Friday, October 17, 2014

ASID FOLIK : MENGAPA IA DIPERLUKAN?

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang asid folik, jom kita berkenalan dulu dengannya.

APAKAH ASID FOLIK?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ianya wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan juga ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti & bijirin mempunyai asid folik.

MENGAPAKAH ASID FOLIK DIPERLUKAN?

Keperluan asid folik amat penting untuk ibu-ibu hamil kerana ia dapat membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melindungi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak & sistem saraf bayi terbentuk & berkembang dengan pesat. Oleh sebab itulah pengambilan asid folik pada setiap hari amat penting di awal kehamilan.

Dalam trimester kedua pula, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda boleh berhenti mengambil asid folik tetapi amat digalakkan untuk meneruskan pengambilannya disepanjang tempoh kehamilan kerana ia sama sekali tidak menjejaskan kandungan anda sebaliknya memberi manfaat yang lebih kepada si ibu & juga kandungan.

Anda dinasihatkan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian teruskan pengambilan untuk 12 minggu pertama kehamilan. Untuk pengetahuan anda, mana-mana wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Begitu juga jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti untuk mengawal epilepsi, maka doktor akan meningkatkan jumlah pengambilan asid folik kerana ubat-ubatan itu akan menghalang keupayaan badan kita untuk menyerap asid folik.

 

SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI ASID FOLIK


Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bayi kerana kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.

 
Asid Folik

MAKANAN BERIKUT MENGANDUNGI 100 KE 200 MIKROGRAM FOLAT DALAM SETIAP HIDANGAN.

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

MAKANAN BERIKUT MENGANDUNGI 50 - 100 MIKROGRAM FOLAT BAGI SETIAP HIDANGAN

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan sumber asid folik melalui B-COMPLEX SHAKLEE. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenali B-COMPLEX dengan lebih mendalam korang boleh rujuk sini.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

 



1 comment:

Mama iskh vitamin terbaik said...

Asid folik perlu bagi perkembangan otak janin lam kandungan. Kekurangan asid folik menyebabkan kecacatan pada bahagian otak bayi. Waallahualam.. B complex memang terbaikk

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...