Ok..harini saya nak share sikit info tentang kepentingan air dalam badan kita. Jangan pandang enteng terhadap keperluan air dalam badan terutamanya air putih @ air kosong.
KENAPA BADAN PERLUKAN AIR YANG MENCUKUPI?
MENSTABILKAN SUHU BADAN
·
Kandungan air dalam badan yang
mencukupi amat penting untuk menstabilkan suhu badan terutamanya ketika
diserang demam panas. Bagi mereka yang mengamalkan makanan tambahan @ suplemen,
jamu & ubat-ubatan, pengambilan air dalam sehari perlulah 3L sehari untuk
mengelakkan dehidrasi.
DAPAT MENCATIKKAN KULIT
·
Tentu korang tak suka kan bila
tengok kulit korang seakan ‘bersisik’ & kering. Garisan-garisan halus &
kedutan juga akan menjadi lebih ketara. Ianya sudah pasti mencacatkan imej
anda. Dengan pengambilan air yang mencukupi akan membuatkan kulit anda sentiasa
lembap & nampak lebih muda kerana air diperlukan untuk membersihkan kotoran
& melancarkan peredaran darah.
MEMBANTU MENINGKATKAN TENAGA
·
Apabila berasa letih &
haus, korang perlu terus dapatkan air. Jangan pula korang tidur dulu ye kerana
itu petanda bahawa badan anda sedang mengalami dehidrasi atau kurang cecair
dalam badan.
MELANCARKAN PROSES PENGHADAMAN
·
Selain serat, air juga penting
untuk penghadaman. Air dapat membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia
mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
·
Untuk pengetahuan korang,
kekurangan air akan menyebabkan tubuh kita menyerap air daripada najis &
seterusnya akan menyebabkan sembelit. Usus besar juga boleh menjadi kering
& menjadikan proses penghadaman menjadi lebih sukar.
MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA
Air boleh membantu meningkatkan
kadar metabolisma badan dan membantu untuk rasa kenyang. Kita digalakkan untuk
meminum sedikit air putih sebelum makan untuk mengelakkan anda mengambil
makanan berat yang berlebihan yang mana akan menimbulkan masalah kesihatan yang
lain pula. Perut anda akan cepat & mudah berasa kenyang & secara tidak langsung akan mempengaruhi
pengambilan makanan yang mungkin juga membantu bagi mengekalkan bentuk badan
yang ideal.
Ini adalah sebahagian
daripada kepentingan air untuk badan kita. Diharapkan perkongsian ini dapat
member manfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment