Saturday, October 25, 2014

SALAM MAAL HIJRAH - 1436H

Assalamualaikum & selamat pagi...

SALAM MAAL HIJRAH buat semua. Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah kita masih dipanjangkan umur & diberi kesempatan untuk memasuki tahun baru hijrah yang bermula selepas maghrib 24 Oktober 2014. Allahu..cepat betul masa berlalu.

Salam Maal Hijrah

Semoga dengan kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kita ini dapat digunakan sebaiknya. Semoga diri ini sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan. Saya pasti untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif perlulah dilakukan dengan ikhlas, istiqamah & tentunya banyak pengorbanan yang perlu dilaksanakan. In Shaa Allah, kita serahkan seluruh kebergantungan kepada Allah yang Maha Esa.

Setiap kali Maal Hijrah mesti saya akan terkenang kembali kenangan saya bersama dengan kumpulan pancaragam sekolah semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Bila tiba Hari Sambutan Maal Hijrah di peringkat sekolah, kami akan menjadi perhatian apabila memainkan lagu Maal Hijrah sambil murid-murid & cikgu-cikgu menyanyikan lagu tersebut.

Itulah kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan kerana pada mulanya saya tidak yakin saya boleh mengendalikan peralatan muzik yang dinamakan "Melodian" dengan baik.

Sempena dengan Hari Maal Hijrah ini, saya dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang menulis di blog ini. Sesungguhnya segala ketidaksempurnaan itu adalah daripada saya & yang baik datangnya daripada Allah Taala. Semoga Ukhwah persahabatan kita samada melalui blog ini atau diluar blog sentiasa dirahmati & diredhai Allah Taala.


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...