Of course setiap pasangan suami isteri inginkan zuriat dalam rumahtangga. Apabila si isteri disahkan mengandung tentunya dapat memberikan kegembiraan & kebahagiaan sang suami. Mengimbas kembali kenangan sewaktu saya mengandungkan Hannah dulu setelah 4 bulan berumahtangga sangat mengujakan. Maklum la mengandung anak sulung & Hannah juga adalah cucu sulung buat parents saya manakala cucu ke 17 buat mertua.
Masalah utama saya adalah sakit pinggang & susah untuk mendapat posisi tidur yang betul terutama pada trimester kedua sebabnya perut yang besar berbanding saya yang kurus. Untuk atasi masalah ni saya ada praktikkan beberapa posisi tidur hasil dari rujukan & bacaan saya di internet dan majalah kekeluargaan seperti Majalah Mingguan Wanita.
Antara posisi tidur yang boleh dipraktikkan:
1. TIDUR MENGIRING KE KIRI
- Posisi tidur ni sangat digalakkan sebabnya ianya bagus untuk melancarkan pengaliran darah ke tahap yang optimum dari tubuh kembali ke jantung. Kesannya, aliran darah & nutrisi dapat disalurkan semaksimum mungkin kepada baby melalui plasenta. Hmmmm..secara tak langsung dapat membantu buah pinggang untuk membuang sisa toksik & cecair dalam badan si ibu sekali gus dapat mengurangkan pembengkakan pada pergelangan kaki & tangan. Posisi ni memang saya selalu amalkan & alhamdulillah saya tak alami pembengkakan kaki atau tangan.
- Posisi tidur ni sangat tidak digalakkan ye korang. Kenapa? Sebabnya secara tidak langsung telah menekan usus & vena besar yang mengganggu aliran aliran darah untuk kembali ke bahagian jantung seterusnya akan memberi kesan terhadap tekanan darah si ibu. Korang akan mudah rasa pening, sakit kepala & sesak nafas. Korang sangat diingatkan jika tidur dalam posisi ni cepat-cepat ubah ke posisi mengiring apabila terjaga.
- Cara yang paling mudah untuk mendapat keselesaan tidur. Terpulang kepada korang untuk menggunakan bantal biasa atau bantal khas untuk menyokong perut & kaki korang. Untuk menyokong bahagian belakang badan pula, korang boleh gunakan beberapa biji bantal yang lebih kecil untuk mengelakkan posisi tidur terlentang.
- Actually banyak jenis bantal kehamilan di pasaran. Ikut citarasa & bajet korang untuk membuat pilihan. Dengan menggunakan bantal tersebut, sangat membantu untuk korang tidur dalam posisi yang betul. Saya tak sempat membeli & cuba bantal kehamilan ni sebabnya kurang pendedahan berkenaan perkara ini.
Selain daripada tu, korang juga boleh cuba SET KEHAMILAN SHAKLEE yang dapat mengatasi masalah-masalah normal yang dialami oleh kebanyakan ibu-ibu hamil.
Set Kehamilan Shaklee |
WeChat : amerainies
No comments:
Post a Comment