Pisang Goreng Cheese di Restoran Warisan Anjung |
Sekali ada member cerita dekat area rumah dia ada pisang goreng cheese yang sedap. Apa lagi, plan la dengan member & husband untuk ke sana. Kebetulan husband cuti hari Jumaat lepas.
Buat pertama kali untuk orang macam saya yang baru nak rasa ni memang sedaplah. Tambahan pula makan masa perut tengah lapar & makan pula beramai-ramai. Sedar tak sedar dah licin sepinggan pisang goreng cheese. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak makan pisang goreng cheese yang tengah popular ni.
Selain daripada tu saya juga ada order tauhu bakar yang super delicious. Sedapnya dia punya kuah. Teingat-ingat sampai sekarang. Kesimpulannya makanan di restoran tu semuanya sedap-sedap belaka.
Tauhu Bakar |
In shaa Allah akan ke sana lagi bila ada kelapangan & bila 'mengidam' tu sampai. Korang pun boleh cuba untuk ke sana ye. Restoran Warisan Anjung.
1 comment:
wah sedapnya tgk resepi ni..dah lah memang tgh hujan ni..hehhe..kena g cari lah ni jap lg..
Post a Comment