Wednesday, January 27, 2016

DAPAT MERASA DAPAT SUPLEMEN FREE DARI SHAKLEE

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Ini cerita panas minggu lepas yang yang menyebabkan Shaklee Independent Distributor (SID) menempuh debaran dahsyat.. Saya juga tak terkecuali. So, nak throwback sikit cerita panas tu.

Debaran mula terasa apabila mendapat SMS yang menyatakan Shaklee telah menghantar barang ke alamat rumah saya. Dalam hati berkata bila masa pulak saya ada order barang Shaklee siap kurier ke alamat rumah pulak tu. Padahal sebelum ni segala urusan kurier memang menggunakan alamat tempat kerja. Pelik. Tapi bila dah bercerita di dalam special group, barulah tahu saya entitle untuk dapat hadiah BONANZA 3 dari Shaklee. Maklumlah tiada pengalaman & belum rezeki untuk terima suplemen FREE dari Shaklee masa Bonanza 1 & 2. Akhirnya hasil usaha keras saya sepanjang tempoh yang ditetapkan Shaklee untuk mendapatkan BONUS BONANZA 3 SHAKLEE membuahkan hasil.


Ini la SMS yang buatkan hati berdebar-debar..
Akhirnya keesokan harinya kurier yang dinggu dengan penuh debaran sampai dengan selamat di rumah. Kebetulan juga ketika itu En. hasben ada di rumah. Nak tau apa yang saya dapat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..jeng..jeng..saya dapat FREE VITALEA & ZINC COMPLEX yang bernilai lebih RM100.00. Shaklee ni macam tau2 jek bekalan Vitalea saya dah makin susut. Jimat sudah belanjawan suplemen saya bulan ini.

Mama yang dapat FREE Vitalea & Zinc, Hannah yang excited.

So, korang..siapa yang kata buat Shaklee ni susah & takde faedah? Saya dah pun merasai peluang & kelebihan yang Shaklee sediakan. Cuma fokus tahun ni untuk mendapatkan point kelayakan untuk tiket VIP UMRAH & ZIARAH yang memang superb! Doakan saya ye kawan2. Semoga Allah perkenankan doa & usaha saya. Amin..


Hannah lah yang selalu menjadi model "bidan terjun" mama. TQVM sayang..

In shaa Allah..semoga satu hari nanti saya boleh menjadi WAHM seperti idola saya Master Wan Fatihanum. Amin...


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, January 20, 2016

MEMBERSIHKAN DAPUR SEMUDAH ABC DENGAN BASIC H




Dapur memang tempat favourite saya sebenarnya setelah berpindah ke rumah sendiri. Walaupun ruang dapur saya masih belum mencapai 100 % citarasa saya, cukuplah dulu di permulaan ini saya mempunyai dapur yang luas daripada rumah sewa dahulu. Jangan tak tahu, kadang-kadang update blog pun kat dapur tau.hahahaha..

Azam 2016 ni salah satunya nak maksimumkan penggunaan dapur. Maksudnya haruslah hari-hari memasak kan. Bila dah memasak haruslah dapur akan berminyak & kotor terkena percikan dek segala tumisan dan minyak bagai kan. Ada masanya lepas memasak saya terus mengemas dan mengelap seluruh dapur. Ada masanya lepas masak terus makan & lepas tu terus berehat dulu baru kemas. Bergantung kepada keadaan. Tapi bila dah melengah-lengahkan waktu mengemas & mengelap kesan-kesan minyak & kotoran tadi semestinya lah akan menjadi lebih degil untuk dibersihkan dan perlu tenaga dan masa yang banyak untuk memastikan kebersihan dapur kan.

Dengan adanya Basic H, segala masalah dapat diselesaikan. Daripada membersihkan dapur memasak, table top dan sinki sehinggalah ke kerja mengemop lantai memang saya gunakan Basic H. Sebab apa:

# Mudah 'menyental' kotoran yang melekat di dapur tempat memasak.
# Tidak melekit dan berminyak.
# Tidak merengsakan kulit.
# Selamat & semulajadi.


Haaa..tudia sebab-sebab saya sukakan Basic H. Pendek kata hari-hari saya akan pastikan menggunakan Basic H untuk dapur saya barulah 'cik sitikus' dan 'cik silipas' takut nak menghuni dapur kita kan. Sejak guna Basic H ni saya jadi syok pulak buat kerja-kerja mengemop. Memang 1 rumah saya mengemop hanya dengan menggunakan beberapa titisan Basic H yang dicampur dengan air biasa sahaja.



So, semestinya kerja rumah dapat diselesaikan dengan mudah dengan Basic H ni terutamanya buat ibu-ibu yang berkerjaya. Kulit tangan pun terpelihara tau.

Korang nak juga dapur bersih dan berkilat? Hubungi saya seperti maklumat yang tertera di bawah ye.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964

Wednesday, January 6, 2016

HARI YANG TAK BEST

Pasaipa pula hari ni TAK BEST?

Sebab...ada order masuk tapi tak boleh beli. Dengan confident nya ingatkan duit tak cukup dalam bank. Rupa-rupanya sebab Kad Debit Maybank dah deactivate since 01.01.2016. Daku yang ketinggalan kereta api tak tahu menahu pasal hal ni.

Nasib la ada support group yang sangat prihatin bagitahu berkenaan hal tersebut. Malangnya order tak sempat submit sebelum jam 3 petang & yang pastinya tak dapatlah barang yang di order keesokan hari. Alhamdulillah..after consult & negotiate with customers mereka pun setuju untuk saya deliver order mereka pada hari Jumaat. So, special thanks to all my lovely customer tau.

So, sesiapa yang alami masalah yang sama seperti saya senang senang sahaja. Cara paling mudah call jek customer service. Nombor taliannya seperti yang tertera pada belakang kad debit Maybank anda. Saya sertakan sekali nombor nya iaitu 1-300-88-6688. Sangat pantas dan mesra customer service nya.

Gelabah juga tadi sebab even dah try 3 ke 4 kali online transaction still failed. Bukan sebab sitem online Shaklee tapi masalah timbul bila nak proceed with payment.

So, sekarang dan seterusnya aktiviti online order akan berjalan seperti biasa ye kawan-kawan.

Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang baru tahu akan kewujudan masalah ni jangan gelabah macam saya ye. Just call customer service Maybank sebab perkhidmatannya adalah 24 hours.

Good luck all.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...