Monday, October 27, 2014

HARI MINGGU BERSAMA SI PUTERI MANJA

Alkisah throwback cerita minggu lepas yang mana hanya tinggal saya bersama anak sahaja di rumah. En. Husband ke Port Dickson untuk training selama 3 hari 2 malam since hari Jumaat sampai la ke Ahad.

Plan asalnya nak balik kampung En. Husband di Trolak yang jauhnya hanya 45 minit sahaja daripada rumah saya. Tapi plan bertukar bila mana baju Hannah untuk dipakai pada majlis pertunangan adik ipar saya iaitu Mak Cik Mia pada 1 November 2014 ni. Aiyooo..saya hanya ada minggu ni sahaja untuk settlekan baju & kelengkapan Hannah yang lain.

So, kami 2 beranak ke Aeon Anggun sahaja untuk shopping. Lagipun Hannah memang dah dapat green light dari babahnye untuk shopping (senyum lebar). Keluar pun dah jam 11.oo pagi. Sampai jek Aeon terus cari tempat nak makan dulu. Hannah terus memilih untuk ke Orchid Bistro untuk Brunch. Kemahin anak dara sorang ni punya taste.



After settled makan we all terus ke kedai demi kedai demi untuk mencari dress untuk Hannah. Kalau nak tahu Hannah ni boleh tahan cerewet bab-bab pemilihan pakaian. Boleh bikin mama dia jadi resaksa dalam tu bila baju tu tak suka..baju ni tak suka. Sampai ke F.O.S hampir 5 helai juga dress yang dicuba. Sambil-sambil Hannah berangan jadi princess akhirnya dapat juga pujuk Hannah untuk dia pilih salah satu dress yang telah dicuba. Jangan Hannah taknak pakai time majlis nanti sudah. Ni antara baju yang Hannah dah cuba. Saya suka tapi Hannah pula tak suka.


Dah siap shopping untuk Hannah ape lagi masa untuk Hannah pula teman mama shopping. Setia Hannah ikut mamanya ni tapi Hannah beruntung sebab mama masuk 1 kedai dah dapat baju idaman. So, sebab Hannah baik je budi pekerti teman mama dia, saya belanja dia main permainan yang kena masukkan duit dalam mesin tu. Hahaha.. bagi Hannah main sampai bosan.


Lepas dah letih main Hannah mintak nak makan aiskrim pula. So, moh ler kita ke Baskin Robin untuk basahkan tekak. Dah lama sebenarnya janji dengan Hannah nak belanjan dia BR ni. So, tertunai sudah segala janji.



Dalam jam 3.00 petang kami pun bergerak balik sebab adik saya yang dalam perjalanan pulang dari kampung nak singgah ke rumah untuk berjumpa ank sedara dia yang sorang ni.

Hmmm.. baju mana yang menjadi pilihan Hannah & mamanya akan di reveal pada minggu hadapan ye. 

In shaa Allah...

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...