Friday, October 24, 2014

KHASIAT SEBIJI EPAL

Epal rangup memang my favourite seisi keluarga. Mudah di cari & mudah di makan kan. Tapi tahukah anda khasiat disebalik sebiji epal?

Khasiat Sebiji Epal

 

Khasiat Epal
  1. Sebagai buah-buahan pencuci mulut, epal bukan sahaja enak dimakan tetapi dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser dan kolesterol darah.
  2. Kandungan serat epal mampu memberi kekenyangan kepada perut.
  3. Pigmen merah yang terdapat pada buah epal adalah antioksida semula jadi.
  4. Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
  5. Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
  6. Epal tidak mengandungi lemak.
  7. Epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
     

    Jangan pandang epal sebelah mata ye. Banyak khasiatnya dalam hanya sebiji buah epal dan saya pasti bukan semua di antara kita yang mengetahui khasiatnya. Kita selalu menjadikan epal sebagai snek dalam diet harian kita. Bagi yang tidak meminati buah epal, saya rasa anda harus cuba!!!
     

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...