Tuesday, November 25, 2014

RESIPI SPAGHETTI CARBONARA SENANG & CEPAT

Hari ni saya nak berkongsi 1 resipi Spaghetti Carbonara yang senang & cepat untuk di masak. Sangat sesuai untuk wanita bekerjaya yang berkejar masa untuk kerja-kerja rumahtangga setelah menjejak kaki masuk ke rumah. Perkara yang paling susah untuk difikirkan semestinya adalah menu apa nak dimasak untuk makan malam. Jika suami atau anak-anak adalah golongan yang tidak makan malam memang selamatlah kan.

Bagi saya pula En. Husband jenis yang tak kisah untuk makan malam. Jikalau saya masak dia akan makan & kalau saya tak masak dia akan bungkuskan makanan. Tapi lately memang dah tersangat boring untuk makan di luar atau makanan berbungkus sebabnya di pejabat pun dah makan makanan kedai kan. So, balik rumah sedaya-upaya saya akan cuba sediakan makan malam walaupun sekadar roti bakar kecuali kalau balik dari kerja pun dah lewat, kadang-kadang kami makan juga di kedai mengenangkan Hannah yang sorang tu takut dia lapar.

Resipi yang nak saya kongsikan ni sangat simple. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais sahaja. Untuk pengetahuan semua saya pun baru first time cuba resipi ni memandangkan ada lagi 1 tin sos carbonara Prego yang belum di guna. Sumber resipi saya google je dari merata blog resipi yang ada & lastly saya mix & match kan dengan barang-barang masakan yang saya ada. Yang pastinya olahan yang saya buat terhadap resipi tu mendapat pujian En. Husband. Siapa lagi nak puji isteri selain dari suami kan..kan..kan.. Check it out the ingredients jom!


RESIPI SPAGHETTI CARBONARA SENANG & CEPAT

Bahan-bahan:

Minyak / mentega untuk menumis (kuantiti ikut keperluan)
Spaghetti (Ikut suka jenis mana & brand apa)
 
Saya menggunakan Spaghetti San Remo

Bawang putih yang dicincang
Bawang Holland (dipotong dadu)

Saya hanya menggunakan sebiji bawang Holland yang besar & seulas bawang putih

Sosej
Saya menggunakan 6 ketul sosej

Daging cincang
Meatball
 
Saya menggunakan daging cincang keluaran AZMY & Meat Ball keluaran RAMLY

Sos carbonara Prego



Fresh Milk / Susu Penuh Krim



Cara penyediannya:
  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak atau mentega. Setelah minyak panas / mentega cair masukkan bawang putih & bawang Holland tadi. Tumis hingga kekuningan & naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging cincang. Boleh masukkan sedikit air untuk memastikan daging cincang tersebut masak dengan betul.
  3. Setelah itu masukkan meatball yang telah siap direbus untuk menjimatkan masa memasak. Kacau sebati dan kemudiannya bolehlah masukkan sos carbonara Prego.
  4. Kacau sebati & masak sehingga menggelegak. Masukkan susu sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Jika anda suka sos carbonara yang pekat masukkan sedikit sahaja susu, manakala jika anda sukakan sos yang agak cair bolehlah masukkan 1 kotak susu seperti dalam gambar yang saya sediakan di atas.
  5. Kacau sebati. Masukkan pahan perasa mengikut selera anda.
  6. Tutup api & siap!! Bolehlah dihidangkan bersama spaghetti yang direbus tadi.

Tadaaa!!Dah siap Spaghetti Carbonara saya.


Selamat menjamu selera

Tips mudah: Sementara menunggu sos carbonara siap bolehlah anda rebuskan spaghetti mengikut kuantiti keperluan anda berserta dengan sedikit minyak untuk mengelakkan spaghetti melekat serta sedikit garam.


~SELAMAT MENCUBA~

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...