Saat paling indah ketika menyusukan bayi |
Para ibu sepatutnya tidak boleh membiarkan stress menguasai diri kerana stress merupakan salah satu punca pengeluaran susu akan berkurangan. Walaupun saya tidak berpeluang memberikan Hannah susu ibu secara eksklusif suatu masa dulu akibat daripada kekurangan ilmu, saya faham apa yang dirasai apabila susu mulai berkurang. Walaupun anak saya telah diberikan susu formula tetapi saya sangat mengehadkan penggunaan susu formula terutamanya apabila Hannah bersama-sama dengan saya. Apabila saya mula masuk kerja sekalipun saya tetap bekalkan Hannah dengan susu EBM yang saya pam di pejabat & juga dirumah untuk bekalan hari-hari Hannah dirumah pengasuh. Setiap hari saya membekalkan Hannah dengan sekurang-kurangnya 3 botol penuh susu EBM bersaiz 8 oz ke rumah pengasuh.
Alhamdulillah rezeki Hannah dimurahkan kerana dapat menikmati susu ibu sehingga 2 tahun setengah seperti mana yang saya idam-idamkan selama saya mengandungkan Hannah. Saya juga pernah melalui fasa di mana pengeluaran susu merudum. Salah satu faktor yang saya dapat kenal pasti adalah kerana stress di tempat kerja & mengalami dehidrasi. Selain daripada saya mengambil suplemen penyusuan Shaklee saya juga mengamalkan beberapa petua seperti yang disenaraikan di bawah.
Banyakkan minum susu sekurang-kurangnya 3 hingga 4 gelas sehari. Pengalaman saya ketika berpantang, saya mengamalkan susu Anmum Lacta ketika sarapan, minum petang & juga sebelum tidur & kadang-kala awal pagi selepas menyusukan Hannah.
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus yang dicampurkan dengan air asam. Saya juga amalkan petua ini ketika berpantang. Tapi dalam seminggu 2 kali sahaja ibu mertua saya sediakan. Pelbagaikan cara pemakanan untuk berpantang kerana di dalam tempoh berpantang inilah kita boleh reshape semula bentuk badan, mengembalikan tenaga & membuat stok susu ibu dengan banyak sebelum masuk kerja.
Rebus segenggam longan kering yang telh dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Kemudian bolehlah diminum. Boleh juga diletakkan bersama gula batu. Saya senderi sukakan minuman ini sehinggalah kini saya masih amalkan walaupun bukan untuk tujuan penyusuan.
Jika anda belum lagi berusaha menggunakan cara & petua di atas, eloklah kiranya anda cuba kerana lain orang lain hasil & penerimaanya terhadap tubuh badan masing-masing. Apa yang paling penting jangan mudah berputus asa & tingkatkan usaha selagi terdaya kerana susu ibu adalah sangat berkhasiat & memberi kebaikan kepada anak-anak anda.
Selebihnya adalah kita serahkan kepada Allah Taala.
Sumber rujukan: Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment