Tuesday, November 11, 2014

PARACETAMOL MUDARATKAN TUBUH

Adakah anda tergolong dalam golongan individu yang sering mengambil Paracetamol atau mudah dikenali sebagai ubat demam, apabila berasa kurang sihat? Jika ya, anda perlu berwaspada & mencari jalan untuk mengurangkan pengambilannya & tidak terlalu bergantung dengannya kerana ia memberi kesan buruk kepada anda untuk tempoh jangka masa panjang.

Mesti kenal kan dengan pil Paracetamol ni???

KESAN BURUK PARACETAMOL

Para penyelidik perubatan menganggap ubat tahan sakit paling popular  iaitu paracetamol tidak begitu berkesan seperti yang dianggap oleh banyak pihak sebaliknya memberikan kesan sampimgan yang menakutkan. Antaranya adalah seperti:
  • Asma
  • Gangguan daya tumpuan
  • Hiperaktif atau lebih dikenali sebagai "attention deficit hyperactivity disorder" (ADHD)
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang
  • Kemungkinan berhadapan dengan penyakit kanser darah sekiranya di ambil secara berterusan & untuk jangka masa panjang.
Haaa..ngeri kan kesan sampingan paracetamol ini. Walaupun ianya sejenis ubat yang mudah diperoleh tetapi ia tidak bermakna kita boleh mengambilnya sesukan hati tanpa sukatan yang betul mengikut saranan doktor. 

Saya akui kebanyakan daripada kita mengambil langkah mudah dengan mengambil paracetamol ini apabila berhadapan dengan masalah kesihatan seperti demam, sakit otot, sakit kepala, sakit sendi, sakit gigi dan lain-lain. 

Tetapi..sanggupkah kita menanggung kesan buruk daripada pengambilan paracetamol ini pada hari tua kita? Tepuk dada tanya hati. 

Pilihan adalah di tangan kita & kita sahaja yang mampu mengubahnya.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...