Pengalaman pertama meng 'update' blog di dalam kereta sebab telah terjebak dalam jammed yg amat 'awesome'. Malam minggu kali ni saya habiskan masa di KL bersama-sama dengan mak-mak sedara & sepupu-sepapat yang sangat sporting.
Sekali-sekala 'lepaking' bersama mereka memang best! Kebetulan mereka datang ke KL untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudara kami di Telok Gong, Klang. Punya la happy berjumpa saudara-mara lain dari kampung yang turut hadir ke majlis tersebut sampai lupa nak ambil walau sekeping gambar untuk kenang-kenangan.
Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan tersebut, saya & famili kecil saya ni terus berkonvoi bersama famili Makcik kesayangan saya ke rumah Makngah saya di Sungai Besi.
Berehat sebentar di rumah Makngah untuk solat & segarkan badan. Kemudian terus kami decide untuk ke KL untuk ke Jalan Tar sebenarnya. Agak sedih sebab tak dapat nak bawak Makcik sekeluarga ke Jalan Tar disebabkan hujan yang boleh tahan lebatnya. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke SOGO sahaja. Senang & lebih mudah bergerak. Hujan pun tak kena kan.
Apa yang berlaku sepanjang kami di dalam SOGO biarlah gambar sahaja yang menceritakannya. Semoga menjadi kenangan buat kami & juga boleh dibaca oleh ayah & emak saya kelak kerana mereka tidak dapat sertai kami pada kali ini berikutan memyertai Hari Keluarga anjuran pejabat ayah saya ke Johor & juga Singapura. Jom cuci-cuci mata..
Polo untuk semua peringkat usia, lelaki & perempuan ada SALES UP TO 70% |
Hannah bergaya dengan handbag Sembonia nye, then suruh mama ambil gambar dia.. |
Hannah sendiri yang request untuk ambil gambar sambil menunggu babahnya membayar hasil 'borongan' |
Nak bayar pun kena beratur panjang..So sangat tak berbaloi kalau hanya setakat membeli 1 helai baju. |
Handbag pun ada offer ye tapi tak sempat tengok sangat pun sebab saya kena handle Hannah. Orang terlalu ramai di situ.. |
Hannah mood baik nak berpegang tangan dengan kakak Nurul. |
Maaf ye..kualiti gambar agak kurang memuaskan sebab menggunakan phone sahaja & mengambil gambar sambil berjalan. So, seiapa yang tak tahu nak ke mana lagi untuk weekend ini & ada bajet lebih bolehlah berkunjung ke SOGO ye.
Sales POLO adalah sehingga esok 30 November 2014. Cepat-cepat serbu SOGO!!!
No comments:
Post a Comment