Friday, December 13, 2013

GASTRIK ADA PENAWARNYA


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hopefully semuanya sihat-sihat belaka. Adakah anda pernah mengalami gastrik? Siapa yang pernah alaminya mesti tau macam mana peritnya kan. Sampai kadang-kadang tu jalan pun terbongkok-bongkok sebab tak mampu nak berdiri tegak disebabkan di kawasan abdomen terasa tegang.

Gastrik

Bagaimanakah gastrik boleh berlaku?

Gastrik akan/boleh terjadi disebabkan oleh tekanan, rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan ataupun jangkitan bakteria yang akan mengakibatkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan tersebut akan menyebabkan seseorang itu mendapat gastrik atau dalam istilah perubatannya, gastritis.

Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ni sangat kuat dan jika terkena tangan sekalipun, kulit akan terkakis. Sel perut juga menghasilkan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai perlindung kepada kesan asid hidroklorik tadi.

Gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan lemah, ulser atau pembengkakan  akan berlaku. Contohnya, jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Punca Gastrik
  1. Merokok
  2. Meminum minuman beralkohol
  3. Jangkitan bakteria Helicobater Pylori
  4. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu
  5. Gaya hidup yang tidak sihat
  6. Pengambilan ubat-ubatan berlebihan seperti aspirin dan NSAID (Non-steroidal anti-imflammatory)
  7. Anemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun dan jangkitan virus tertentu.
Simptom Gastrik
  1. Sakit perut (tidak semua sakit perut menandakan anda gastrik)
  2. Cirit-birit teruk melebihi 3 hari
  3. Rasa berangin dan kembung perut
  4. kerap sendawa dan buang angin selepas makan
  5. Hilang selera makan
  6. Loya dan muntah2
  7. Najis berdarah berwarna hitam dan muntah darah (tanda penyakit gastrik semakin serius)
Rawatan Penyakit Gastrik
  1. Makan mengikut waktu (jika berasa lapa jangan lengah-lengahkan untuk makan)
  2. Pastikan selepas makan nasi (malam @ tengahari) minum air suam bukan air manis @ ais batu.
  3. Elakkan mengambil makanan ringan, jeruk kering seperti asam boi dan juga jeruk basah serta mee segera.
  4. Elakkan minum teh, kopi, nescafe, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash dan air limau
  5. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti donat, pau, pizza dan lain2 jika gastrik anda di peringkat yang serius
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka dan makanan yang pedas
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak dan nangka, rebung dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut dan banyak angin
  9. Minum susu segar atau susu tepung penuh krim (bukan HL atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
Penyelesaian Masalah Gastrik Dengan Shaklee

Jangan biarkan "sakit perut" yang anda lalui dengan terlalu lama kerana ia boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan anda. Jika "sakit perut" yang anda alami hanyalah simptom2 kepada penyakit gastrik, jangan ragu, jangan lengah untuk mencuba SET GASTRIK Shaklee untuk meredakan kesakitan yang di alami. Antara suplemen yang dicadangkan dalam SET GASTRIK adalah seperti berikut:
  • ESP
  • Peppermint Ginger Plus
  • Ostematrix



Masing2 mempunyai manfaat dan kelebihan tersendiri dalam menyelesaikan masalah gastrik ini. Cuba dahulu baru tahu. In Shaa Allah, anda pasti berpuas hati.Dapatkannya dengan harga yang berbaloi-baloi.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies




No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...