Monday, December 8, 2014

CARA MUDAH UNTUK SIHAT

Mesti kita suka bila ada perkataan "mudah" dalam sesuatu perkara yang hendak kita laksanakan. Berkaitan dengan kesihatan pula selain daripada mengamalkan suplemen Shaklee ada cara mudah untuk menjaga kesihatan. Apakah??? Bagaimanakah???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Caranya adalah melalui WUDHU'. Jom kita sama-sama ketahui kelebihan-kelebihan wudhu' itu sendiri.


Berwudhu'

1.   Berkumur

Kuman akan membiak dengan pantas sekiranya terdapat sisa makanan dalam mulut kita yang akan menyebabkan kerosakan gigi, ulser mulut & sebagainya. Cara mengatasinya adalam dengan berkumur. Kajian dalam bidang Sains telah membuktikan dengan berkumur dapat mencegah mulut & kerongkong daripada jangkitan kuman & radang. Bahkan ia mampu membuang sisa makanan di dalam mulut yang boleh merosakkan gigi.

2.   Membasuh Hidung

Udara kotor yang kita sedut membawa bermacam jenis kuman & debu yang boleh menyebabkan demam, selsema, batuk, sakit tekak dan lain-lain. Malah yang lebih teruk akan mengakibatkan radang otak. Maka, apabila kita membasuh hidung ketika berwudhu' sudah pastinya kita akan dapat menyucikan rongga hidung & membuang sebahagian besar kuman tersebut. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser hidung.

3.   Membasuh Muka & Kedua-dua Tangan

Bahagian muka & tangan yang terdedah akan mudah terkena debu & bakteria. Maka dengan membasuh muka & tangan akan membersihkan segala debu & kotoran serta peluh pada bahagian tersebut.

4.   Membasuh Kedua Belah Kaki

Kaki merupakan organ yang sentiasa terdedah kepada kotoran ketika berjalan. Segala debu, pasir & cecair akan melekat di kaki ketika berjalan. Maka, dengan berwudhu' lah jalan penyelesaian kerana kita membasuh kaki beberapa kali sehari ketika berwudhu'


Sebagai seorang Islam kita bukan sahaja wajib berwudhu' untuk melaksanakan solat, malahan berwudhu' juga digalakkan ketika kita sedang marah, sebelum tidur dan dalam banyak perkara kerana dengan wudhu' dapat mengelakkan diri kita daripada hasutan syaitan laknatullah.


2 comments:

Unknown said...

tips dan amalan yang bagus untuk diamalkan.

Khasiat Teh Jasmin Dalam Teh Hijau

Suzaini Ismail said...

Alhamdulillah fatihah. Sama-sama kita amalkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...