Tuesday, November 22, 2016

TEMPAT MENARIK DI KEDAH: MUZIUM PADI

Lepas cuti sakit yang agak lama dek kerana operate endometriosis dulu, ni kira first trip balik kampung Kak Chaq kat Alor Setar, Kedah. So, selain daripada tempat makan ada juga tempat-tempat best untuk dikunjungi dan dilawati tau.

Rasa-rasanya semua pun dah tau negeri Kedah ni dikenali sebagai negeri “Jelapang Padi” kan. So, memang tak sah la kalau tak melawat ke MUZIUM PADI. Since Hannah pun tak pernah jejak lagi ke Muzium padi ni so, we all decided untuk bawa Hannah ke sana. Mudah-mudahan dia teruja & happy sebab mama dia ni dah 3 kali pegi pun still teruja lagi terutama bila naik ke tingkat atas. Perasaan dia “wowwww” tau.


Sebelum masuk wajib ambil gambar dulu.

Apa yang “wowwww” sangat tu? Of course la teruja dengan lukisan yang seakan-akan hidup di bahagian sisi bumbung dia dengan lantai yang berpusing seolah-olah kita sedang melihat kehidupan dan suasana kampung yang sebenar, yang luar dari muzium tu. Tetiba terkenang zaman kanak-kanak Kak Chaq dulu tau.


Wow kan?

Wefie dulu..

Mama & Hannah yang tengah melayan keterujaan.

Muzium Padi ni ada 3 tingkat. Jangan risau lif ada, tangga pun ada. Pilih la yang mana suka. Aras 1 ni lebih kepada pengetahuan & fakta sejarah penanaman padi berserta alatan dan juga peralatan menangkap ikan tradisional zaman datuk nenek kita dulu yang makin pupus sekarang ni. Bagus untuk pendedahan kepada anak-anak kita yang di zaman moden ni. Hannah suka kat bahagian ni sebab alatan yang dpamerkan adalah real ok.

Kak Chaq dengan puteri kesayangan di bahagian peralatan memancing tradisional.

Babah buli kami asyik suruh posing je.

Haaa...baru ada gambar Hannah dengan babahnya.

Lagi gambar kenangan di Aras 1

Aras 2 pula ada 6 galeri siap ada lukisan2 yang cantik yang menggambarkan aktiviti pertanian zaman purba dulu hingga zaman moden sekarang. Kat sini boleh luangkan masa untuk menonton dokumentari berkenaan kaedah penanam padi yang memang ditayangkan hari2. Kat sini Hannah leka tengok jenis2 padi dan beras dari seluruh dunia yang terlibat dengan penanaman padi ni.





Aras 3 ni la yang best. Korang kena panjat 59 anak tangga untuk sampai ke puncak. Hahaha. Bukan setakat Hannah teruja, babah Hannah pun teruja sebab kat sini ada lukisan mural & lanskap yang terbesar dan tercantik di Malaysia tau. Hannah sampai tak nak turun ni. Nasib la bukan time cuti sekolah kan. So, duduk lama atas tu pun takpe.


Di depan pintu masuk nak ke aras 3


Ni la 59 anak tangga yang perlu didaki untuk ke Aras 3

Separuh jalan Hannah dah letih tapi sebenarnya lebih kepada takut
sebab di pertengahan anak tangga gelap sket.

Dah sampai ke puncak.
Ni la dia Mural dan landskap yang tercantik & terbesar di Malaysia.



Macam biasa kalau nak beli cemderahati buat kenangan kedai Cenderahati ada je disediakan. Siap duit jek ye akak2, abang2.

Shopping jangan tak shopping. haha..

Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan muzium ni boleh terus ke website ni tau. Macam2 info ada.

Last but not least mestilah kena ada gambar Kak Chaq dengan shuben kan.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...