Saturday, July 7, 2018

CARA MEMOTIVASIKAN DIRI SUPAYA TERUS POSITIF

Assalamualaikum &  hai

Bila bercakap perihal motivasi untuk diri sendiri ni semestinya konsep self-reward yang paling best dan paling mudah untuk memotivasikan diri. Self-reward ni boleh diadakan setiap bulan, setiap tahun atau setiap hari pun boleh. Apa salahnya kan. Untuk diri sendiri juga.


Kalau nak self-reward untuk sesuatu tujuan or perkara yang kita dah berjaya laksanakan pun tiada masalah. Reward ni tak semestinya diberikan oleh orang lain kepada kita. 

Biasa la kan, bila berbisnes ni ada turun naiknya. So, motivasi diri kadang-kadang merudum juga. Tapi bukan dalam bisnes je tau. Dalam kerjaya pun kadang-kadang motivasi kita jadi turun naik disebabkan faktor kerja dan faktor sekeliling.


Sepanjang tahun 2017 yang lalu banyak benda yang saya berjaya hadiahkan buat diri sendiri. Alhamdulillah...dan yang paling bermakna bila boleh dapat 2 benda ni.




meja IKEA



Gubahan bunga orked tu ada sentimental value tersendiri tau. Bila mana gubahan bunga orkid tu ditempah di kedai yang sama yang kakak ipar dan arwah mak mertua tempah sebelum ni. Arwah mak mertua yang bagi cadangan supaya cuba ke kedai yang sama dan sebut nama kakak ipar. Hahaha..Bila dah siap gubahan tu suami saya tunjukkan gambar kat arwah mak then arwah cakap cantik sangat. Rindu sangat kat arwah mak mertua.

Al-Fatihah untuk arwah mak mertua.

Meja tu pula memang benda pertama beli kat IKEA tanpa plan. Selalunya pergi IKEA memang plan nak beli apa, dah search siap-siap dekat website & personal shopper.


Memang best la kan. Rasa nak lompat walaupun meja tu takde la mahal tapi bila masuk dalam rumah dan ianya sepadan di mata we all 1 family memang happy tak terkata la.

So, for me bila dah reward diri ni kita akan rasa lebih bersemangat. Kita akan rasa nak nak plan lagi, nak cabar diri lagi dan lagi dan lagi kan.

Untuk tahun 2018 ni setakat ni belum ada lagi self reward dalam bentuk material. Konsep ganjaran tu tetap ada. Cuma lebihkan diri kepada membuat perkara kebaikan dan positiviti dulu. Banyak memberi ganjaran kepada orang-orang yang kita sayang pun dapat membantu memotivasikan diri kita juga kan. Bila tengok orang-orang yang kita sayang semestinya kita akan rasa bahagia kan.

Macam baru ni time cuti Chinese New Year. Plan asal memang taknak balik Kedah pun sebab memang dah tahu tahap kesesakan kat highway tu memang tahap kronik. Tapi sebab dah terbayang-bayang wajah kesayangan ibu bapa menanti dan menyambut kepulangan kami sekeluarga terus lupakan pasal kesesakan tadi.

Lagi happy bila dapat bawa mak ayah jalan-jalan sampai ke Penang, belanja dorang makan dan dapat luangkan masa berborak, bergurau-senda bersama memang satu kepuasan. Sempat minta mak doakan semoga saya berjaya mencapai Vision Board saya untuk tahun ni dalam bisnes Shaklee dan juga dalam kerjaya.

Terus naik kerja muka glowing habis dan tersenyum ceria walaupun workload dah banyak menanti dan kepenatan meredah kesesakan jalanraya belum habis. Sampaikan bos pun tegur sebab ceria sangat.

Mestilah ceria sebab dah dapat cas positif banyak daripada my parents yang memang sentiasa berfikiran positif. Alhamdulillah dapat melaksanakan tugasan dengan penuh motivasi dan bisnes berjalan lancar.

So, more to come anda pastinya akan sediakan self reward yang gempak-gempak tahun ni supaya diri ini lebih menghargai diri sendiri dan supaya berusaha lebih gigih untuk mencapai segala impian.

Dan, In shaa Allah akan cuba adakan rewards yang best-best juga buat anak didik saya di bawah D' Lavender Team.

Untuk yang berminat untuk menyertai D' Lavender Team, jangan malu jangan segan ok. Kita mula dari zero to hero ok? Just fill in the form completely ok. Click link di bawah. I will contact you ASAP.

D' Lavender Team


1 comment:

Julia Johari said...

Bagus perkongsian motivasi. Self reward!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...