Saturday, July 14, 2018

10 MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA IBU HAMIL

Assalamualaikum  & Hai. . 
Biasa kan kita dengar dan mungkin alami sendiri alahan ketika mengandung. Kadang ada yang alami seawal trimester,  tak kurang juga terpaksa lalui alahan mengandung sepanjang tempoh kehamilan. Ikut rezeki dan badan masing-masing la kan..😃
Saya senaraikan 11 masalah yang biasa berlaku pada ibu hamil agar dapat menjadi panduan buat anda semua. 

#1 : Mabuk Dan Muntah

Perkara biasa yang akan dihadapi oleh ibu-ibu hamil.  Saya sendiri alaminya masa trimester pertama tapi takde la teruk sehingga tak boleh makan or minum. Ada sesetengah ibu hamil terpaksa hadapi mabuk dan muntah ni sehingga bersalin.

Ada yang mabuk sampai terpaksa di tahan di wad sebab berlakunya dehidrasi yang teruk sehingga boleh membahayakan ibu dan anak yang dikandung. 
Untuk atasi masalah ini, anda boleh amalkan:
  • makan sedikit tetapi kerap.
  • minum air sedikit demi sedikit (jangan banyak sekaligus) untuk elakkan dehidrasi.
  • makan sedikit sebelum bangun dari katil (makan biskut kering).
  • jauhkan dari bau makanan yang boleh meloyakan.
  • jauhkan junkfood
  • ambil vitamin B6 untuk mengurangkan morning sickness.
  • gigit halia dalam bentuk fresh atau pun biskut halia.
  • minta orang lain masakkan masakan anda, boleh hilangkan mabuk untuk memasak sendiri.

#2: Rasa Nak Pitam

Kenapa rasa nak pitam ye? Ini kerana ibu mengalami pertambahan darah dalam badan dan tekanan darah menurun. Hati-hati masa berdiri masa nak bangun dari katil, bangun perlahan-lahan dah rasa stabil baru berjalan.
Bersandar pada kusyen lembut dan angkat sedikit kaki, rehatkan badan pada dinding, dengan itu boleh beri sedikit kelegaan pada ibu.

#3: Pedih Ulu Hati

Ini juga biasa berlaku. Saya perasan apa yang berlaku pada saya, semakin membesar perut semakin kerap saya alami pedih ulu hati. So,  bila selalu terjadi memang dah tau macam mana nak kawal. Tambahan pula memang saya dah ada gastrik kan. Lagi la kena sentiasa berjaga-jaga. Sesetengah makanan boleh memburukkan lagi keadaan seperti mengambil tomato, buah buahan sitrus, rempah, kafein dan coklat. Kalau ada pedih ulu hati elakkan dulu makanan ini.
Kalau keadaan masih tak berubah juga, masih ada pedih ulu hati, boleh cuba mengambil kalsium karbonat antacid selepas makan. Ianya selamat untuk ibu mengandung.
Ada tips lain untuk elakkan pedih ulu hati ni:
  • makan sedikit dan kerap, elakkan makanan berlemak dan bergoreng
  • makan nenas satu slice selepas makan, dalam nenas ada enzim yang boleh menghalang asid dari terbentuk.
  • jangan baring selepas makan, ia kaan menyebabkan asid memasuki upper digestive tract ibu-ibu.
  • jauhkan kopi, teh dan minuman berkarbonat.
  • jangan bersulam air semasa makan

#4 : Sakit Kepala

Biasa tak ibu-ibu jadi sakit kepala? Bagaimana cara nak kurangkan sakit kepala?
  • minum air (kebanyakan sakit kepala disebabkan kurang minum air).
  • buat exercise ringan (ini boleh bantu badan mengeluarkan hormon endorphin.
  • letak tuala sejuk pada leher.
  • mandi dengan kerap supaya badan sentiasa sejuk. 

#5 : Bengkak Dan Edema

Semasa hamil, banyak air akan dikumpul dalam badan dan biasa menyebabkan bengkak pada kaki dan juga betis. Boleh cuba tips ni untuk mengurangkan masalah ini.
  • sentiasa bawa air untuk diminum
  • bersenam dengan berkala, untuk meningkatkan peredaran darah yang baik.
  • sambil rehat tinggikan kaki sedikit.
  • ambil asparagus, anggur, nenas, parsley dan kacang hijau.
  • kurangkan pengambilan garam.
  • ambil vitamin B.
  • mengurut badan.
  • pastikan kasut yang dipakai adalah bersesuaian dan selesa. 

#6 : Varicose Vein

Nampak urat timbul pada kaki? Jangan risau ini kerana peredaran darah yang lebih banyak melalui salur darah menyebabkan dindingnya menjadi kurang elastik.
Cara nak mengurangkan masalah ini:
  • jangan duduk atau berdiri terlalu lama
  • jangan duduk dengan bersilang kaki
  • buat exercise setiap hari

#7 : Kejang Kaki

Ada banyak faktor berlakunya kekejangan kaki. Antaranya sebab perubahan hormon pada ibu mengandung, tekanan pada salur darah, kekurangan kalsium, magnesium dan potassium.
Boleha malkan tips ini:
  • minum lebih banyak air
  • bila rasa nak jadi kejang, bawak bawak berjalan.
  • letakkan botol berisi air panas suam pada tempat yang berlaku kekejangan.
  • makan pisang (sumber potassium) atau pun air kelapa.
  • tambahkan magnesium dalam diet anda seperti sayuran hijau, kurma dan epal.

#8 : Sakit Belakang

Ianya biasa berlaku kerana pertambahan berat badan yang menekan bahagian belakang badan ibu. Cuba tidur menggunakan maternity pillow. Di siang hari boleh cuba maternity support belt.

#9 : Buasir

Takutnya buasir menyakitkan! Ia boleh berlaku sewaktu hamil kerana tekanan uterus pada salur sekitar anus. Buasir menyebabkan ketidakselesaan pada ibu boleh menyebabkan kegatalan, sakit dan pendarahan.
Cara untuk elakkan:
  • minum banyak air dan buah buahan juga serat untuk elakkan sembelit.
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan ubat buasir berbentuk krim.

#10: Perubahan Pada Kulit

Semasa hamil ni lah juga macam-macam berlaku. Kulit pun boleh alami perubahan tau. Kulit akan ada jerawat, kusam atau pun adanya pigmentasi.
Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi dan gunakan pelembab pada kulit.

Haa..anda ada alami tak semua masalah yang disebutkan di atas ni semasa hamil?  Kalau ada semoga ianya bermanfaat buat anda. 

Untuk dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE boleh roger saya ye. 



SUZAINI ISMAIL


Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964


Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...