Monday, July 30, 2018

KEPENTINGAN PENGAMBILAN KALSIUM OLEH IBU HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Adakah anda sedang hamil?
Selalu diserang sakit gigi dan gusi ketika hamil?
Selalu kekejagan kaki atau tarik mengkarung ketika hamil?
Adakah anda selalu diserang sakit kepala atau migrain ketika hamil?
Adakah anda mempunyai masalah sukar tidur?
Sering mengalami masalah sembelit?


Haaa..kalau semua atau ada di antara jawapan kepada persoalan di atas adalah "YA" maka jangan skip pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium. Nak mudah jangan skip amalkan pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung.

Ostematrix Shaklee ni kan sebenarnya istimewa daripada kebanyakan pil kalsium brand lain tau. Sebab tu ramai yang tercari-cari pil kalsium Shaklee ni. Nak tau tak apa keistimewaannya yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan yang lain?

Ostematrix Shaklee dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang.

Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.

Dengan mengambil hanya 2 biji tablet OsteMatrix menghasilkan peningkatan ketara dalam kadar kalsium darah secara statistik yang diukur selama tempoh 12 jam.
Sebenarnya, kita perlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat supaya ibu-ibu dapat mengelakkan daripada terkena dengan kekejanan kaki, lenguh-lenguh, sakit pinggang dan lain-lain masalah. Terdapat 7 zat istimewa yang terkandung dalam ostematrix untuk kegunaan badan kita seperti yang saya senaraikan dibawah.
  • Kalsium - Blok binaan untuk tulang
  • Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
  • Ini pengenalan ringkas setiap zat dalam ostematrix & fungsinya

Fakta Pemakanan untuk 1 tablet Ostematrix

Setiap tablet menyediakan:

Ramuan Bahan Per tablet ostematrix

  • Vitamin D3 (sebagai cholecalciferol) 100 IU
  • Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat, dan malat kalsium sitrat) 250 mg
  • Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glukonat dan magnesium sitrat) 100 mg
  • Zink (sebagai zink gluconate) 10.4 mg
  • Tembaga (sebagai tembaga glukonat) 0.05 mg
  • Mangan (sebagai glukonat mangan) 0.05 mg
  • Boron (seperti protein hidrolyzate protein surih) 0.75 mg

Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan mencegah sesetengah mineral. Kandungan kalsium Ostematrix adalah kadar penyerapan yang paling seimbang ialah 99%. Ostematrix mempunyai formula unik & dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.

Kajian telah menunjukkan peningkatan kalsium meningkatkan kepadatan tulang wanita hamil & juga warga tua dengan berkesan. Selain itu, ada banyak kajian lagi yang menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi semasa hamil bagus untuk kesihatan.

Mengapa anda memerlukan kalsium semasa mengandung?

Apabila kita hamil, bayi yang sedang berkembang dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf, dan otot yang sihat. Kalau protein digunakan badan untuk membina otot. Kalsium pula membantu otot kita lebih sihat. Sebab tu dalam set ibu hamil shaklee ada ESP Shaklee untuk sumber protein & juga kalsium. Serta membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
.
Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. Ada penyelidikan yang dilakukan saintis untuk keadaan ini.

Sebab itu penting untuk ibu hamil cukupkan kalsium semasa hamil. Biasanya, makanan tambahan kalsium  perlu dimulakan semasa trimester pertama lagi dan jika selepas bersalin kita memang berhasrat nak menyusu badan kepada anak. Lagilah berganda pentingnya. Mungkin boleh cuba set menyusu shaklee.

Memandangkan kalsium penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat di dalam janin, kekurangan kalsium dalam diet mesti di elakkan dan makanan berkalsium ni mesti di jarakkan dari diambil bersama sama makanan kaya zat besi seperti vitalea shaklee. Kedua dua nya penting untuk ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen sepanjang kehamilan harus diambil berdasarkan nasihat pakar obstetrik / ginekologi. Berapa banyak kalsium yang anda perlukan semasa hamil?
Garis panduan berikut akan membantu memastikan bahawa anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan kita.

Kalsium Ostematrix Shaklee ni bukan sahaja untuk ibu hamil tau, bahkan untuk semua golongan. Espcially mereka yang kurang minum susu dan tak gemarkan susu. Eh, jangan tak tau ye memang ada mereka yang tergolong dalam golongan tak sukakan susu macam saya. Kalau nak minum susu tu memang susah tapi bila ada Ostematrix ni senang sikit. Telan je!




Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...