Wednesday, July 25, 2018

RESEPI PENGAT PISANG SEMUDAH ABC

Assalamualaikum  & Hai..

Akhirnya hari ni dapat juga penuhi keinginan tekak yang dah berkurun lama nak makan pengat pisang atau ada yang panggil serawa pisang. Untuk kali ni saya guna pisang tanduk ye sebab pisang tanduk ni masam-masam sikit kan. So, tak la cepat sangat rasa muak or kembang tekak kan sebab memang ada orang yang tak suka manisan jenis-jenis bersantan ni. So, straight forward saya kongsikan resepi pengat pisang semudah ABC saya ni.


BAHAN-BAHAN:

Pisang tanduk ( nak guna pisang lain pun boleh macam pisang awak, pisang nangka atau pisang emas)
Sekotak santan (saya guna santan KARA)
3 sudu besar gula merah (nak guna gula melaka pun boleh)
1/2 sudu kecil garam (adjust la ikut kesukaan anda)
Gula (lupa dah sukatan tapi boleh adjust ikut citarasa masing-masing samada suka manis atau kurang manis macam saya)
3 sudu besar sagu (suka letak sagu banyak-banyak)
Daun pandan jangan dilupakan!


CARA-CARA MEMASAK:

1. Potongkan pisang ikut kesukaan anda. Saya guna pisang tanduk jadinya saya potong pisang tu secara serong.
2. Masukkan pisang tanduk tadi dalam periuk dan air sehingga tenggelamkan pisang. Buka api dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sagu yang telah direndam sebelumnya supaya cepat kembang.
4. Masukkan gula melaka. Kalau suka lebih boleh masukkan lebih. Saya cuma gunakan sedikit untuk "warnakan" pengat pisang saya tu kecoklatan sedikit. So, takde la nampak putih santan je kan. Jangan lupa masukkan sekali daun pandan.
5. Masukkan santan dan kacau selalu supaya santan tidak pecah.
6. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda. Garam tak perlu banyak sebab tujuannya adalah untuk menaikkan aroma rasa lemak santan. Biarkan mendidih sekejap.
7. Tadaaaa...dah siap!


RESEPI PENGAT PISANG TANDUK
Gambar Ihsan Google disebabkan pengat pisang sendiri dah selamat dalam perut masing-masing baru teringat nak ambil gambar.

Senang kan? Bila dah siap bolehlah nikmati pengat pisang tu samada semasa panas atau sejuk. Kalau nak sejuk kena la masukkan dalam petiais dulu. Tapi untuk saya, saya lebih gemarkan makan ketika panas. NIKMAT.

Selamat mencuba ye.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...