Tuesday, July 14, 2015

6 CARA MENGATASI ALAHAN KETIKA HAMIL

Pastinya berita kehamilan adalah berita yang paling ditunggu-tunggu dan berita yang paling gembira buat semua pasangan suami isteri yang telahpun berkahwin dan juga keluarga masing-masing. Tapi yang tak sukanya apabila mengalami rasa 'sickness' atau alahan ketika di awal kehamilan. Kadang-kadang alahan ini terjadi sehingga ke trimester akhir bagi sesetengah orang. Kawan sepejabat saya pernah menceritakan bahawa alahan yang di alaminya adalah dari trimester pertama sehinggalah ke trimester akhir menyebabkan  beliau kerap mengambil cuti sakit. Alahan atau morning sickness adalah sebahagian daripada perkara normal yang akan dilalui oleh bakal ibu.

Mungkin ada sesetengah wanita hamil bernasib baik langsung tidak mengalami sebarang alahan tetapi ada pula yang sampai perlu ditahan di wad hospital akibat mengalami dehidrasi teruk kerana muntah dan kehilangan banyak air dalam badan. Setiap kehamilan adalah berbeza-beza pengalamannya pada setiap individu. Alhamdulillah, saya hanya mengalami alahan biasa seperti mual dan loya di awal trimester sahaja. Masuk sahaja trimester kedua alahan langsung tiada dan proses 'membina badan' berlaku dengan jayanya sehingga berat badan naik 17 kg akhirnya.

Bagi wanita hamil yang sedang mengalami keadaan ini jangan cepat hilang sabar. Kuatkan semangat demi zuriat tersayang yang sedang dikandung. Tanamkan dalam minda anda bahawa rasa tidak selesa alahan tersebut akan hilang selepas tiga bulan pertama kehamilan.

Mungkin beberapa tip berikut boleh anda lakukan bagi mengurangkan sedikit sebanyak ketidakselesaan yang dialami.

  1. Jangan minum terlalu banyak
Minum banyak air terutama air masak sememangnya amalan hidup yang sihat. Namun demikian keinginan untuk minum air masak ketika awal kehamilan biasanya hilang dalam kalangan ibu hamil. Bahkan ada yang akan termuntah atau langsung tidak boleh menelan air masak tersebut. Jangan risau tentang hal ini kerana ia akan kembali normal sebaik melepas fasa alahan. Sebaiknya minum air dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  1. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak
Ada kalangan ibu hamil akan hilang selera makan tetapi ada pula yang semakin menjadi-jadi selera makannya. Tidak kira sama ada anda berada dalam kategori hilang selera makan atau semakin berselera, anda perlu amalkan pemakanan yang sihat dan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia juga bagi membolehkan makanan mudah dihadam dan menghindarkan bakal ibu daripada berasa mengah.
  1. Amalkan minum teh halia
Rasa halia yang pedas dan hangat dapat mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. Anda boleh minum teh yang dicampur hirisan halia atau air suam dicampur halia bagi melegakan rasa loya.
  1. Elakkan pergerakan mengejut
Apabila hendak bangun daripada tidur, elakkan daripada bangun secara mengejut. Sebaiknya berbaring seketika bagi mengelakkan kepala berasa pening. Begitu juga ketika sedang duduk, jangan terus bangun mendadak dan melakukan aktiviti lain.
  1. Rajin berjalan kaki
Jangan jadikan alasan loya dan mual di awal mengandung untuk malas berjalan kaki. Tahukah ibu, dengan melakukan rutin berjalan kaki anda dapat mengurangkan rasa mual dan loya. Bahkan senaman berjalan kaki juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

      6. Mengamalkan suplemen yang bersesuaian

Apabila kita disahkan hamil bermakna pengambilan sebaran ubat-ubatan juga terhad dan tidak boleh sembarangan. Sekiranya alahan bertambah teruk semestinya doktor akan memberikan ubat untuk tahan muntah. Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus yang awesome ini. In shaa Allah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan loya & muntah akibat alahan tersebut.



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
 
 

1 comment:

Unknown said...

Saya masa mengandung tak alah teruk..tp kakak sy mmg teruk...siap kongsi2 alah dengan suami...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...