Pejam celik..pejam celik kita dah pun sampai ke pertengahan Ramadan iaitu dah pun 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia & diberi kesempatan untuk bertemu lagi & menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Alhamdulillah juga pada tahun ni dapat sambut 1 Ramadan di rumah keluarga saya di Alor Setar Kedah bersama-sama ayah dan emak. Sayangnya satu-satunya adik saya tak dapat join bersama berikutan tidak mendapat cuti. Almaklum la, tinggal di Selangor memang tiada cuti untuk awal Ramadan kan. Saya & Mr. J memang dah lama planning cuti ni.
Macam biasa bila balik berpuasa di kampung halaman terasa best sebab dapat makan masakan ibunda tercinta selain daripada dapat ke bazar2 Ramadan yang superb best. Bazar Ramadan favourite saya of course la di depan Billion & juga di sekitar kawasan Stadium Darul Aman. Saya berkesempatan pergi ke bazar Ramadan dari 1 hingga 3 Ramadan. Biasa la kan di awal-awal Ramadan memang sangat sesak dengan lautan manusia pelbagai kaum. Tapi kali ni ada 1 air istimewa yg saya jumpa di bazar berhadapan dengan Billion iaitu Teh Ais "Green Tea". Teringat-ingat kesedapan air tu sampai sekarang. Menu favourite lain-lain tu biasa la macam bihun sup utara, ayam golek dan lain-lain. Tapi menu yang paling win semestinya air Teh Ais "Green Tea" & Teh Bunga Madu.
Berpuasa tahun ni rasa lebih bertenaga, sihat & cergas. Almaklum la saya ni ada gastrik kan. Haippp..gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa tau. Kawan office pun tegur muka glowing je, cergas je macam tak puasa. Alhamdulillah boleh bekerja seawal sahur hinggalah menutup mata untuk tidur. Saya sendiri rasa berbeza dengan Ramadan2 lepas sebab saya dah tak perlu berebut surau untuk take a nap di waktu rehat tengah hari yang hanya setengah jam itu. Kadang2 tak sedar pun dah sampai waktu rehat rupanya. hahaha..
Apa rahsianya?Jeng..jeng..jeng..takde yg istimewa pun. Selain daripada niat berpuasa & menjaga sahur saya juga amalkan & konsisten mengambil ESP, Ostematrix, Vitamin C & juga Peppermint Ginger Plus. Selain dari itu, saya juga amalkan pengambilan Lecithin & Alfafa Complex selepas berbuka. Alhamdulillah dah masuk 15 hari puasa ni masalah gastrik takde pun menyerang & saya takde pun buat spare ubat-ubatan khas untuk gastrik. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Selain dari suplemen yang saya nyatakan tadi, bagi anda yang nak kekal cergas & bertenaga boleh juga amalkan 3 serangkai ni.
Seisi keluarga boleh amalkan 3 serangkai ni. In shaa Allah anda dapat lalui & laksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Macam mana cara nak dapatkannya? Senang saja..Hubungi saya seperti details di bawah.
Hubungi segera:
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies
***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali
No comments:
Post a Comment