Saturday, July 11, 2015

CARA MENGATASI MASALAH KEKEJANGAN YANG SERING MENGHANTUI IBU-IBU HAMIL


Pemilihan kasut

Penggunaan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari sangat penting. Dalam pada itu, gunakan juga stoking sokongan yang boleh membantu anda daripada mengalami kekejangan. Oleh sebab itulah ibu hamil tidak digalakkan memakai kasut betumit tinggi untuk menjaga kestabilan badan. barulah dapat elakkan dari kesakitan pinggang, kaki & abdomen.

Senaman regangan

Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh melakukannya dengan menarik jari kaki ke arah lutut sambil menolak tumit jauh daripada badan. Tapi harus diingat ye bahawa hanya senaman ringan dan khas untuk ibu hamil sahaja yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sebrng komplikasi atau kecederaan.

Banyakkan pergerakan

Elakkan daripada berdiri untuk tempoh masa yang agak lama. Apabila duduk pula, sentiasa putarkan buku lali dan lakukan pergerakan kaki. Sebenarny membuat banyak pergerakan semasa hamil amatlah bagus untuk melatih otot-otot badan kita berfungsi dengan baik & persediaan untuk melahirkan nanti.

Suplemen kalsium

Amalkan pengambilan suplemen kalsium setiap hari. Sebaik-baiknya ambil Ostematrix Shaklee 4 biji sehari sebelum waktu tidur. Selain dapat elakkan kekejangan, sembelit pun dapat dielakkan. Korang dapat bangu pagi dalam keadaan yang segar. In shaa Allah.

Tinggikan kaki

Alas kaki dengan bantal ketika tidur. Jadi anda dapat meninggikan paras kaki berbanding badan. Cara ini memang digalakkan bukan sahaja ketika hamil malahan juga sangat bagus diamalkan oleh semua. Memang dapat elakkan dari kekejangan kaki dan juga rasa lenguh-lenguh.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

2 comments:

Unknown said...

Dulu masa pregnant jarang kejang kaki..tp lepas bersalin jadi kerap kejang pulak...tak bole salah gerak sikit...

Emalin Mohd said...

Kalsium memang perlu sangat untuk wanita terutama yang dah 30an ke atas samaada hamil atau tidak..Kalau kurang kalsium antara simptomnya kejang kaki lah kan?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...