Di minggu-minggu akhir Ramadhan memang dipenuhi dengan majlis berbuka puasa di sana dan di sini. Tempat kerja Mr.J pun tak terlepas dari mengadakan majlis berbuka puasa ni. So, dorang pilih untuk berbuka puasa di Restoran Merah di area Bukit Beruntung juga. So senang. Tak payah rushing2 nak ke sana & ke sini.
Rakan-rakan sekerja Mr.J majoritinya telahpun berkahwin. Sempat berbual-bual & berkenalan dengan ister-isteri kepada kawan Mr.J. Semuanya peramah belaka. Almaklum la, Mr. J ni di kira sebab ahli baru jugak dalam team 'Shift B' ni sebab sebelum ni Mr.J di 'Shift A'. Kalau di 'Shift A' saya dah pun kenal kebanyakan isteri-isteri kepada kawan Mr.J.
Dapat tambah lagi kenalan. Biar ramai kenalan tapi zero musuh kan. Menu iftar pada hari tersebut macam biasalah, menu yang simple dan yang pastinya 'kena'dengan tekak semua yang hadir. Antara menunya adalah seperti Ikan Siakap Masak 3 Rasa, Udang Celup Tepung, Sambal Udang dengan Petai, Sup Ekor, Sayur Campur, Tomyam Campur, satay dan Sup Ayam untuk kanak-kanak serta Jus Tembikai sebagai penyegar tekak. Tuan kedai pula sediakan buah tembikai sebagai pencuci mulut.
Semua menu memang sedap-sedap belaka. Lagipun Restoran Merah ni memang kedai makan favourite kami sekeluarga kalau tak sempat masak or nak penuhi impian Hannah yang sangat sukakan Koteow Ladna. Special nya kat situ, tukang masak & tukang order memang dah tahu cara penyediaan Koteow Ladna untuk Hannah yang taknak pedas & cili tapi nak sotong banyak.
So. Lets the picture tells the story ok. Check it out!
Ni la Restoran Merah kegemaran kami sekeluarga |
Panjang kan table kami? |
Selamat Berbuka Puasa |
Seronoknya rasa berbuka puasa bersama-sama ni. In shaa Allah...panjang umur, murah rezeki tahun depan kita anjurkan lagi.
2 comments:
Meriahnya buka puasa ramai2....
tahun ini sekali je buka puasa di luar, yang lain di rumah dan di masjid sahaja. malas nak berkejar2 solat tarawih
Post a Comment