Thursday, July 2, 2015

BENARKAH PRODUK MILK BOOSTER DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU?

 

 

Sengaja saya pilih tajuk ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan juga ilmu dari hasil pembacaan saya agar kita sama-sama dapat memahami konsep penyusuan ini terutama buat bakal-bakal ibu. Jika soalan tersebut diajukan kepada saya, saya akui produk milk booster atau penggalak susu ibu banyak membantu saya meningkatkan dan memperbanyakkan susu ibu sehingga saya dapat menyusukan Hannah sehingga usianya 2 setengah tahun. Perasaan saya? Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana Allah telah izinkan & permudahkan niat saya untuk menyusukan Hannah sehingga umurnya 2 setangah tahun.


TAPI..produk milk booster bukanlah 100% yang membantu kerana anda perlu tahu dan faham hakikat bahawa menyusukan anak adalah perkara yang bersifat semula jadi dan memang fitrah manusia. Allah telah menciptakan setiap wanita yang mengandung dan melahirkan boleh menyusukan bayinya asalkan ada kemahuan dan niat sejak awal lagi. Kebanyakan wanita sekarang semuanya nak yang ekspress terutamanya wanita-wanita yang berkerjaya termasuklah saya satu ketika dahulu. Apabila dari awal otak dah set dengan "susu badan tak ada", "anak asyik menagis kerana tidak kenyang" dan lain-lain pemikiran negatif maka secara automatik kita sudah menghantar mesej salah kepada otak yang akhirnya menjejaskan pengeluaran susu ibu. Jangan lupa ye, setiap apa yang kita cakap dan minta adalah satu doa.

Setelah saya disahkan hamil memang saya dah pasang niat mahu menyusukan anak saya dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, akibat daripada kekurangan ilmu penyusuan ini, saya jadi kelam kabut dan stress bila hari pertama melahirkan Hannah susu badan saya tiada. TIADA LANGSUNG! Semasa di wad bersalin pula memang Hannah dah pandai nak melekap saja dengan saya dan apabila diletak di katilnya mulalah dia menangis. Sedih hati seorang ibu bila di pemikiran ibu ni si anak sedang kelaparan. Akhirnya, terpaksa la juga singgah kedai beli susu formula setelah dibenarkan keluar hospital. Hari ketiga dah start mengurut. Lepas mengurut tu susu keluar memancut-mancut sampai baju asyik basah dan boleh buat stok lagi. Pada hari ketiga juga barulah Hannah dapat menikmati susu ibu yang pertama yang kaya dengan kolostrum. Alhamdulillah sekali lagi. Apa itu kolostrum? Nanti saya akan share di dalam entry seterusnya. In Shaa Allah.

Walaupun susu badan dah ada but still saya masih berikan Hannah susu formula sebab pemikiran cetek saya ni yang mana saya takut pengasuh Hannah tak dapat uruskan EBM dengan baik dan atas permintaan pengasuh Hannah juga untuk memberikan susu formula sebab katanya Hannah akan cepat kenyang. Saya hanya menyusukan Hannah sepenuhnya pada sebelah malam dan juga pada hari cuti. Sehinggalah saya bertukar pengasuh Hannah pada usia Hannah setahun. Ummi Hannah siap offer lagi untuk berikan Hannah susu EBM sekiranya ada stok. Alhamdulillah, dari situlah saya semakin bersemangat untuk buat stok EBM walaupun untuk bekalan harian sahaja dan walaupun ketika itu Hannah sudahpun makan makanan pejal. Setiap hari bekerja saya akan luangkan masa 5 hingga ke 15 minit untuk mengepam dengan konsisten sebanyak 3 kali sehari. Syukur daya dikurniakan seorang Pengurus yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Bermula daripada pengasuh kedua lah saya mengamalkan Alfafa dan ESP untuk membekalkan tenaga dan juga membantu memperbanyakkan susu ibu. Sehingga kini saya mengamalkannya walaupun sudah tidak menyusukan Hannah lagi. Kini, saya masih lagi belajar, saya masih lagi menggali ilmu-ilmu berkaitan penyususan kerana saya sudah memasang niat dan keazaman untuk fully breastfeed anak yang kedua (jika dikurniakan rezeki oleh Allah untuk hamil zuriat yang kedua).

Kesimpulannya di sini, ibu-ibu perlu mempunyai ilmu dalam penyusuan ini dan jangan mudah berputus asa. Para ibu sendiri perlu memahami formula penghasilan susu ibu iaitu asas "supply and demand", menjadualkan waktu pengepaman, mengambil makanan yang berkhasiat, minum air masak yang mencukupi, menjaga pemakanan dengan diet yang seimbang dan menyerahkan 100% pergantungan hanya kepada Allah. Secara logiknya, jika badan ibu letih dan lesu serta stress sahaja memanjang, memang susu akan berkurangan. Jadi, si ibu memang perlukan milk booster atau suplemen sebagai salah satu ikhtiar untuk membantu ibu-ibu kembali bertenaga, sihat dan cergas agar penghasilan dan kepekatan susu ibu tidak terjejas.



4 comments:

Nila Anggraini said...

Esp dan Alfalfa memang terbaik untuk ibu menyusu. Selain susu meriah, ibu pun boleh memiliki badan yg tip top. Set ini membantu ibu dalam mengatasi masalah dalaman juga. Terbaik lah set ini.

Nila Anggraini said...

Esp dan Alfalfa memang terbaik untuk ibu menyusu. Selain susu meriah, ibu pun boleh memiliki badan yg tip top. Set ini membantu ibu dalam mengatasi masalah dalaman juga. Terbaik lah set ini.

mak jemah jual vitamin said...

inilah orang kata tak kenal maka tak cinta. bila kenal baru kita akan faham kenapa ia benar-benar beri kesan pada diri. bukan semata sbb ianya milk booster tapi lebih dari tu..

akmal rusydi said...

ESP ni bukan saja bagus sebagai milkbooster. malah yang nak kulit cantik glowing dan flawless macam anak kak ton boleh la ambik ESP sokmo.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...