Thursday, July 9, 2015

8 PUNCA CEPAT MARAH SAMPAI ORANG TAKUT NAK TEGUR


Adakah anda tergolong dalam kalangan yang cepat marah atau panas baran tanpa sebab-sebab yang munasabah?

Marah sebenarnya merupakan emosi yang sihat seperti juga menangis atau ketawa. Jika seseorang marah mungkin juga penyebabnya adalah disebabkan kecewa, takut, tersinggung atau merasa terluka. Namun, jika sekiranya anda dapati insan terdekat anda yang selalu marah secara berlebihan, selidik dahulu puncanya. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan atau penyakit.

PUNCA-PUNCA CEPAT MARAH

### Hipertiroidisme
  • Terjadi kerana kelenjar tiriod menghasilkan hormon tiroid yang terlalu banyak.
  • Biasa dialami oleh wanita.
  • Hormon tiroid mempengaruhi sistem metabolisme dan secara tak langsung akan meningkatkan kegelisahan, gugup serta kesukaran memberi tumpuan.
  • Jika hormon ini terlalu aktif ianya akan menyebabkan anda mudah marah kepada orang disekeliling anda.
### Ubat Kolesterol
  • Bagi sesiapa yang mengambil ubat kolesterol tinggi akan memberi kesan sampingan seperti mudah hilang sabar.
  • Statin yang membuat serotonin lebih rendah sekali gus akan menyebabkan peningkatan depresi & kematian.
### Diabetes
  • Pesakit diabetes akan kekurangan gula dalam darah yang boleh menyebabkan amarahnya meningkat.
  • Ketidakseimbanagn kadar gula pada tubuh akan menyebabkan ketidakseimbangan serotonin dalam otak.
  • Akibatnya, seseorang menjadi lebih agresif, kebingungan, marah berlebihan dan mudah berasa panik.
### Depresi
  • Mereka yang berada dalam keadaan depresi akan mudah merasa marah, gelisah dan akan menyebabkan perasaan tidak berharga, malu atau merasa bersalah.
### Autisme
  • Gangguan perkembangan ini boleh mempengaruhi pertumbuhan otak secara normal serta ketrampilan diri dan cara bersosial.
  • Kebanyakan perkara yang menstimulasi sensori dapat meningkatkan kemarahan para penghidap autisme.
### Alzheimer
  • Pesakit yang menderita penyakit ini akan menyebabkan ledakan kemarahan mudah terjadi.
 ### Ubat Tidur
  • Ubat tidur seperti Benzodiazepin bertindak sebagai melambatkan fungsi otak.
  • Dengan pengurangan beberapa fungsi , ubat tidur ini mampu menambah kemarahan seseorang.
### Sindrom Pra Menstruasi
  • Sindrom PMS ini terjadi pada wanita akibat ketidakseimbangan hormon estrogen & progesteron.
  • Wanita akan menjadi sangat sensitif & mudah marah tanpa alasan yang munasabah.
  • Mood wanita juga mudah berubah-ubah pada 2 minggu terakhir atau sebelum PMS.

Dengan penjelasan-penjelasan seperti di atas diharapkan agar kita tidak terlalu berfikiran negatif terhadap mereka-mereka yang mudah marah atau cepat baran ini. Mereka sebenarnya memerlukan sokongan moral daripada orang-orang yang mereka sayag & paling dekat dengan mereka.


2 comments:

Unknown said...

Ooo...patut la kadang2 mcm singa bila marah...tq sharing info yang sangat berguna...

permatamama said...

marah ni memang berbahaya menyebabkan datang penyakit, baca al-quran banyak2 untuk membantu mengurangkan kemarahan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...