Saturday, July 11, 2015

BANYAKNYA GANJARAN PUASA RAMADHAN


Alhamdulillah sampai sudah kita ke 24 Ramadhan. Semoga amalan kita diterima Allah. Semoga kita juga dapat mempertingkatkan lagi amalan-amalan di malam akhir Ramadhan kali ini. In Shaa Allah. Banyak sebenarnya ganjaran yang dijanjikan Allah pada seluruh UmmatNya terutama sekali di bulan penuh keberkatan & mulia ini. Jom sama-sama kita merebut segala ganjaran yang tersedia indah ini untuk bekalan kita di akhirat sana.

GANJARAN-GANJARAN YANG DIJANJIKAN ALLAH DI BULAN RAMADHAN






1. Pintu Syurga Dibuka, Ditutup Pintu Neraka

"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan." (Hadith Riwayat  Al-Bukhari dan Muslim)

2. Pahala Berlipat Kali Ganda

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah 700 kali ganda. Allah berfirman: ' Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith Riwayat Muslim)

3. Perisai Dari Siksaan

"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

4. Doa Sangat Mustajab

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (Hadith Riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)

5. Diampun Segala Dosanya Yang Lalu

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat An-Nasai'e)

6. Jauh Dari Api Neraka

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

7. Beroleh 2 Kegembiraan

"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

8. Masuk Dalam Syurga

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)



No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...