Tuesday, July 7, 2015

MERAWAT SELSEMA BAYI SECARA SEMULAJADI


Para ibu bapa pastinya akan rasa sedih dan terseksa melihat anak-anak mengalami selsema terutama yang masih bayi. Saya sendiri pernah laluinya semasa Hannah berusia 1 tahun lebih di mana Hannah terkena selsema. Sedihnya hati saya pada ketika itu bila tengok keadaanya yang tidak selesa dengan tidurnya terganggu kerana hidungnya tersumbat dan berair serta makan minumnya juga terganggu. Nak tak nak memang saya dan suami memang ada bawa Hannah berjumpa pakar kanak-kanak. Selain daripada itu, saya juga ada mencuba beberapa petua tradisional seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Untuk petua kali ni saya dapatkan dari majalah Pa & Ma. Almaklumlah dulu hingga kini peminat tegar majalah tersebut. Tidak elok sebenarnya jika kita terlalu dedahkan bayi kita pada ubat-ubatan.

Bagaimana caranya?

Semestinya dengan menggunakan bawang putih. Rawatan semulajadi yang sangat mudah dan kosnya juga murah. Boleh diperoleh daripada dapur rumah masing-masing bukan. Dengan izin Allah, selsema bayi akan berkurangan. 

 

 


Caranya dengan mengambil seulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut di atas dapur masak sehingga berwarna kehitaman. Seeloknya bakar/panggang bawang putih tersebut sekali dengan kulitnya. Kemudian ketukkan bawang tersebut dan campurkan dengan minyak habbatusauda atau jika tiada boleh juga menggunakan minyak zaitun atau minyak masak. Setelah itu sapukan minyak tersebut pada dada bayi anda, belakang badan dan juga tapak kaki anak anda selepas mandi dan sebelum tidur.

Seorang bayi memang tidak pandai untuk mengeluarkan hingus di dalam hidungnya, jadinya kita sebagai ibu bapa perlulah membantunya mengeluarkan hingus tersebut agar sistem pernafasannya tidak terganggu. Kita boleh juga lakukan rawatan wap air dengan campuran minyak bawang putih. Caranya dengan memanaskan air menggunakan pemanas botol atau makanan bayi, sterilizer botol atau dalam periuk/baldi.


Selepas air menggelegak, bolehlah dimasukkan beberapa titis minyak bawang putih berserta sedikit bawang putih yang diketuk daripada minyak tersebut. Kemudian tiarapkan anak di atas peha anda supaya hidungnya dapat menghidu wap minyak bawang putih tersebut. Lalukan selama 10 hingga 20 minit dua kali sehari selama tiga hingga keempat hari. In Shaa Allah, melalui cara ini, ia dapat membantu hingus anak anda mengalir keluar dengan lebih lancar.

Sekiranya bayi anda menangis, jangan risau kerana keadaan ini dapat membantu mengeluarkan cairan lendir dari hidungnya. Selepas tamat sesi rawatan wap, ibu bapa boleh gunakan alat penyedut hingus bayi  (nasal aspirator) untuk menyedut saki-baki hingusnya.

1 comment:

Unknown said...

Pernah buat juga mcm ni...tp keluar skit je sbb baby tak nangis pun..kalau nangis lg byk keluar...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...