Friday, October 26, 2018
PENGEDAR SHAKLEE AKTIF BANDAR PENAWAR DAN PENGERANG, JOHOR
Wednesday, August 15, 2018
CHEWABLE VITAMIN C KINI KEMBALI!!!
CHEWABLE VITAMIN C DAH KEMBALI!!
Happy sangat bila Chewable Vitamin C dah ada dalam pasaran Malaysia ni balik. Baru la ibu dan anak dapat menikmati khasiat vitamin C semulajadi dari Shaklee ni. Alhamdulillah, semalam dapat grab 1 dulu Chewable Vitamin C ni untuk Hannah. Gembira tak terkata dia! Asyik cakap terima kasih je kat mama dia ni. Of course bila anak happy mama pun lagi la happy kan.
Chewable Vitamin C ni kan bukan sahaja untuk kanak-kanak ye. Orang dewasa dan warga emas yang mana ada masalah susah nak telan Vitamin C Sustained Release untuk dewasa pun boleh amalkan. Saya pun dah cuba semalam. Rasanya lebih kurang Vitamin C shaklee untuk orang dewasa tu. Sedap!
Harapkan sedap je tak best jugak kan. So, saya senaraikan kelebihan-kelebihan Chewable Vitamin C untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
- Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan.
- Chewable vitamin c shaklee membantu menguatkan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
- Meningkatkan sistem imun tubuh badan.
- Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Rasa oren yang sangat semulajadi masam-masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
- 1biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.
- Tablet Chewable Vitamin C, lebih kecil berbanding Sustained Release Vitamin C, sangat mudah dihisap, kunyah, mahupun ditelan.
- Manfaat yang utama untuk penggemar Chewable Vitamin C & Sustained Release Vitamin C ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekzema, resdung dan juga sebarang alergic! Wowww hebatkan?
- Sebab itulah kanak-kanak sangat digalakkan amalkan Chewable Vitamin C ini kerana mereka mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
- Khasiat best yang bakal orang dewasa dapat bila amalkan Chewable Vitamin C adalah dapat menikmati rasa Chewable Vitamin C yang sedap berbanding Sustained Release Vitamin C, lebih kepada rasa masam.
- Boleh ambil sehari sehingga 5biji!!!
- Sangat sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami alahan, muntah-muntah dan juga mabuk.
- Boleh makan mengikut waktu kegemaran (contoh : waktu bekerja)
Thursday, August 9, 2018
CARA MUDAH UNTUK MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL
Bagaimana cara mengurangkan loya, mual, perut memulas dan muntah-muntah ketika hamil?
Seriously morning sickness bukan sahaja boleh mengganggu keharmonian kehidupan seorang wanita hamil, tetapi ia boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak yang dikandungnya. Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas , tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan.Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah mabuk ketika hamil ataupun senang cerita morning sickness. Hari ini saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah loya dan muntah ketika hamil ni. Ya, saya faham bila anda yang sedang hamil mengalami masalah loya-loya dan muntah-muntah ni memang akan membuatkan anda rasa tak selesa, lemah longlai dan keletihan sepanjang masa. Ini disebabkan bila rasa-rasa yang tak best tu menjengah tak kira la di waktu pagi, petang atau malam membuatkan selera makan & minum akan merudum.
Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini terutamanya di peringkat yang teruk adalah dengan mengamalkan Performance Drink, B-Complex dan Ostematrix Shaklee. Pastikan anda mendapat pemeriksaan dan nasihat doktor terlebih dahulu ye.
Jom kita tengok kebaikan ketiga-tiga vitamin ini!
Kebaikan Performance Drink- Meningkatkan Tenaga dan Daya Ketahanan Badan
- Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
- Menggantikan air yang hilang akibat muntah
- Meningkatkan daya tahan otot.
- Mengurangkan dehidrasi. Seseorang ibu yang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.
- B-complex boleh melegakan mabuk, loya, pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin.
- Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.
- Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
- Bantu tidur lena sepanjang malam.
- Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan B-Complex Shaklee.
- Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
- Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil.
- Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit).
Tuesday, August 7, 2018
6 CARA ATASI MASALAH MABUK KETIKA HAMIL
Betapa gembiranya sang isteri dan suami saat UPT menunjukkan tanda positif yang isterinya telah mengandung. Bertambah gembira bila mana doktor pula memberi pengesahan terhadap ujian kehamilan tadi. Tapi, kadangkala ada juga isteri yang terpaksa melalui fasa mabuk hamil atau "morning sickness". Jangan tak tahu ye, adakalanya suami juga terpaksa menanggung alahan kehamilan si isteri. Pelik tapi benar.
Bersabarlah tika anda perlu hadapi "morning sickness" ini. Ada yang perlu hadapinya sedari awal kehamilan sehinggalah hendak bersalin. Ada yang hanya alami untuk satu jangka masa pendek sahaja seperti saya. Saya hanya alami mild morning sickness di mana setiap pagi mesti akan berasa mual tetapi bukan muntah dan juga tak boleh bau tumisan masakan di trimester pertama. Selepas pada itu, i' really enjoy my pregnancy journey. Jangan risau sebab ada cara untuk mengatasi masalah "morning sickness" ni.
Apakah Maksud Mabuk Hamil / Morning Sickness?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, jom kita faham dulu apa maksud mabuk hamil atau morning sickness ni dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
1. Jumpa Doktor Dahulu
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya dan ada kalanya jika tahap morning sickness anda terlalu teruk, doktor mungkin akan masukkan anda ke wad untuk pemantauan rapi.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
2. Hidu Bau Limau
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang. Nak mudah siap sediakan minyak Cap Kapak je. Hehehe..
3. Minum Air Dalam Kuantiti Yang Banyak
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Jangan biarkan badan anda terhidrat begitu lama kerana bimbang akan memberi kesan yang lebih buruk kepada anda dan juga bayi yang dikandung. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.
4. Elakkan Perut Kosong
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong. Jangan nanti bila perut dah dipenuhi angin masalah kesihatan lain pula yang terpaksa dihadapi seperti gastrik.
5. Minum Teh Halia
Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Saya ada cara yang lebih mudah dan langsung takkan terasa halia tersebut. Apakah itu? Mestilah Peppermint Ginger Plus. Ianya selamat untuk diambil oleh ibu hamil ok.
6. Amal Vitamin Secara Konsisten
Biasalah bila dah alami mabuk hamil ni memang akan membuatkan kita tiada selera makan dan tak dapat rehat yang secukupnya. Ianya akan menyebabkan ibu dan bayi kekurangan nutris sedangkan nutrisi yang secukupnya amat diperlukan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Cuba ambil Vitamin B6 seperti yang terdapat dalam Set Kehamilan Shaklee jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Semoga perkongsian saya dapat membantu ibu-ibu hamil mengatasi masalah mabuk hamil anda. Ketahuilah, tiada sesiapa yang mahukan mabuk hamil ni sebabnya semua pasti nak enjoy the moment of pregnancy journey kan? Anggaplah ianya satu rezeki buat anda dan hadapinya dengan sabar. Pasti ada sesuatu dari Allah dipenghujungnya nanti.
PIL YANG WAJIB ADA UNTUK MEREKA YANG ADA GASTRIK
Rasa-rasa kan apa agaknya pil yang wajib ada untuk mereka yang ada gastrik supaya gastrik tu dapat dikawal pada peringkat awal sebelum merebak sampai kena warded? Yang pasti bukan pil sembarangan ye.
Dah nama pun pengedar sah shaklee kan, memang saya amalkan sepenuhnya suplemen daripada Shaklee sendiri. Pil yang saya maksudkan tu adalah Peppermint Ginger Plus.
Peppermint Ginger Plus memang wajib ada ke mana sahaja saya pergi. Wajib ada dalam handbag selalu. Dulu sebelum kenal Shaklee memang ubat gastrik dan angin sentiasa ada stok. Siap minta stok lebih kat doktor sebab boleh dikatakan setiap bulan mesti kena gastrik ni. Samada sebab terlebih makan, terlewat makan atau makan makanan dan minuman yang berangin tanpa alas perut terlebih dahulu.
Tapi sejak kenal Peppermint Ginger Plus ni, stok ubat memang dah takde. Siap lupa dah nama ubat yang selalu makan dulu bila diserang gastrik. Nak tau tak kelebihan Peppermint Ginger Plus ni?
KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE
- Membantu melegakan otot perut
- Membantu mengurangkan simptom-simptom demam
- Melancarkan sistem penghadaman
- Melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
- Meningkatkan fokus
- Menghalang muntah selepas pembedahan
- Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
- Melegakan haba pada musim sejuk / panas
- Membantu melegakan / mengurangkan morning sickness
- Melegakan senak perut
- Pertama, boleh ditelan Perppermint Ginger Plus begitu sahaja. Cara kedua dengan mencampurkan 2 atau 3 biji Peppermint Ginger Plus dengan air teh o panas. Rasa dia sungguh nyaman dan melegakan. Boleh mengamalkannya 2 -3 kali sehari.
- Jika untuk tujuan mencuci usus dan perut boleh melarutkan 3 biji Pappermint Ginger Plus dengan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam kemudian boleh diminum.
- Jika untuk penghadaman saya sarankan ambil 3 biji selepas makan.
- Jika untuk melegaan tekak, batuk atau sendawa boleh terus hisap 2 biji Peppermint Ginget Plus.
- Jika untuk merawat sakit atau masalah gastrik atau nausea boleh ambil 3-5 biji Peppermint Ginger Plus dan dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba.
Sunday, August 5, 2018
KETAHUI POSISI TIDUR IBU HAMIL AGAR TIDAK MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA BAYI YANG DIKANDUNG
Korang rasa kan apakah posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung? Ibu-ibu digalakkan untuk tidur dengan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur. Kenapa agaknya posisi ini adalah sangat disyorkan?
Ingat lagi dulu waktu mengandungkan Hannah, bila masuk trimester kedua je memang masalah tidur pun terjadi. Mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan tak selesa, tidur menegak apatah lagi, memang langsung tak selesa. Akhirnya tidur dengan posisi duduk bersandar ke katil. Tapi tak adalah setiap masa tidur dalam posisi begitu. Jenuh pula sakit pinggang kan. Dalam banyak-banyak posisi, memang diakui posisi tidur mengiring di sebelah kiri dapat memberi keselesaan di kebanyakan masa.
Kenapa Ibu Hamil Sukar Tidur Dengan Selesa?
- Saiz abdomen yang semakin membesar sesuai dengan perkembangan bayi yang dikandung.
- Ibu ada masalah sakit belakang.
- Masalah pedih ulu hati juga mengundang masalah sukar tidur dengan sempurna.
- Nafas rasa pendek/mengah
- Insomnia (satu penyakit sukar tidur). Mungkin terjadi kerana ibu memikirkan kandungan atau bimbangkan detik bersalin dan penjagaan selepas bersalin nanti.
- Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.
- Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.
- Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.
- Juga dikatakan posisi tidur mengiring ke kiri lebih baik kerana tidak mahu membebankan dan beri tekanan pada jantung bayi yang menghadap ke sebelah kanan.
Kerana ianya akan memberikan sepenuh tekanan pada tulang belakang, otot-otot dan juga saluran darah.
Bila tekanan berlebihan, ia akan boleh menyebabkan ibu rasa pening kerana tekanan darah yang rendah. Kadangkala ia juga boleh menyebabkan terjadinya buasir atau kesakitan pada tulang belakang.
Bagaimana Mahu Memastikan Ibu Dapat Tidur Dengan Selesa?
Boleh cuba tips ini. Pastikan ibu dapat cukup kalsium seperti minum susu sebelum tidur. Ini kerana dalam susu mengandungi Tryptophan iaitu sejenis asid amino yang boleh membantu tidur lebih lena.
Tapi bagaimana pula bagi ibu yang tidak gemarkan susu? Ibu-ibu boleh mencuba rangkaian produk yang saya pernah cadangkan sebelum ini iaitu ESP (energizing soy protein) dan juga Ostematrix (pil kalsium). ESP adalah berasaskan soya dan mengandungi Tryptophan yang sangat mudah diambil.
ESP ini boleh dibancuh segelas sebelum tidur. Atau jika korang tidak sukakan jenis bancuh, tak boleh nak telan susu atau pun soya, pilihan lain adalah Ostematrix. Cuba dulu baru akan rasa kesannya, insyaAllah lebih senang tidur sebab tidur yang berkualiti lebih baik daripada kuantiti tidur itu sendiri.
Saturday, August 4, 2018
5 PETUA ORANG LAMA UNTUK LEGAKAN BATUK
Cuaca yang kering dan panas di Malaysia ni membuatkan kita tak lari dari dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada sakit, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.
Yang paling stress, apabila nak tidur di malam hari. Malam sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai…
Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa! Haa..apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!
BERENDAM DALAM AIR HANGAT
PERANAN SUAMI DALAM MEMBAHAGIAKAN ISTERI YANG SEDANG SARAT HAMIL
Peranan suami dalam membahagiakan isteri yang sedang sarat mengandung sangatlah penting. Bakal-bakal bapa diluar sana jangan buat tak peduli ye bila isteri anda disahkan hamil.
Banyak perubahan yang mereka terpaksa alami dan lalui demi si kecil yang sedang membeaar di dalam rahim. Banyak yang terpaksa mereka korbankan demi zuriat yang sedang dikandung. Apa yang mereka alami sebenarnya bukan nak mengada-ngan cuma inginkan lebih perhatian disebabkan emosi yangbkurang stabil yang mana salah satu penyebabnya adalah kerana gangguan hormon.
Isteri akan hargai setiap detik bersama, setiap apa yang suami lakukan untuk mereka dengan melayani karenah seorang ibu hamil" yang pelbagai kan. Barulah anak dalam kandungan dapat membesar dengan baik, sihat dan sempurna. In shaa Allah.
PAPA...TERIMA KASIH SEBAB FAHAM MAMA MASA MENGANDUNGKAN SAYA....
- Bila papa faham keadaan mama, mama rasa dihargai.
- Bila papa gembirakan mama, saya pun turut gembira.
- Bila papa ambil tahu perubahan emosi & fizikal mama, mama semakin rasa ringan beban.
- Bila papa urut kaki mama, bantu uruskan keluarga kita, mama jadi lebih ceria dan bersyukur.
- Bila mama bersyukur.. hatinya senang & lapang... mama akan mudah melahirkan dan membesarkan saya dengan gembiranya.
Thursday, August 2, 2018
PROMOSI SHAKLEE BULAN OGOS 2018 YANG AWESOME
Sekejap saja masa berlalu kan? Tup-tup kita dah sampai ke bulan Ogos 2018 dah. Alhamdulillah. Bulan Ogos 2018 ni diserikan lagi dengan Promosi Shaklee yang Awesome yang mungkin anda takkan dapat di bulan-bulan lain. So, kena cepat-cepat buat keputusan dan grab peluang yang ada ni dengan segera!
Nak tau tak apakah Promosi Shaklee Bulan Ogos 2018 yang Awesome tu?

![]() |
3. ALFAFA YANG SUPERB
4. SET BERSALIN / BERPANTANG KESUKAAN PARA IBU
5. SET SHAKLEEBABY YANG MENYEGARKAN
Best kan promo bulan ni? Rugi kalau tak dapatkan. Banyak penjimatan yang akan berlaku dengan belian set-set promosi di atas. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya ye.
Wednesday, August 1, 2018
5 TIPS IBU HAMIL PERLU LAKUKAN UNTUK LAHIRKAN ANAK YANG BIJAK
Jangan jadikan alasan mengidam, teringin dan tak lalu makan makanan yang lebih sihat ye. Pentingkan kesihatan dan keperluan bayi dalam kandungan juga. Jangan pentingkan diri sendiri!
Tuesday, July 31, 2018
HAPPY CLOSING DAY UNTUK SEMUA PENGEDAR SAH SHAKLEE
Monday, July 30, 2018
KEPENTINGAN PENGAMBILAN KALSIUM OLEH IBU HAMIL
Adakah anda sedang hamil?
Selalu diserang sakit gigi dan gusi ketika hamil?
Selalu kekejagan kaki atau tarik mengkarung ketika hamil?
Adakah anda selalu diserang sakit kepala atau migrain ketika hamil?
Adakah anda mempunyai masalah sukar tidur?
Sering mengalami masalah sembelit?
Haaa..kalau semua atau ada di antara jawapan kepada persoalan di atas adalah "YA" maka jangan skip pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium. Nak mudah jangan skip amalkan pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung.
Ostematrix Shaklee ni kan sebenarnya istimewa daripada kebanyakan pil kalsium brand lain tau. Sebab tu ramai yang tercari-cari pil kalsium Shaklee ni. Nak tau tak apa keistimewaannya yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan yang lain?
Ostematrix Shaklee dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang.Sebenarnya, kita perlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat supaya ibu-ibu dapat mengelakkan daripada terkena dengan kekejanan kaki, lenguh-lenguh, sakit pinggang dan lain-lain masalah. Terdapat 7 zat istimewa yang terkandung dalam ostematrix untuk kegunaan badan kita seperti yang saya senaraikan dibawah.
Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.
Dengan mengambil hanya 2 biji tablet OsteMatrix menghasilkan peningkatan ketara dalam kadar kalsium darah secara statistik yang diukur selama tempoh 12 jam.
- Kalsium - Blok binaan untuk tulang
- Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
- Boron - Membantu metabolisme tulang
- Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
- Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
- Ini pengenalan ringkas setiap zat dalam ostematrix & fungsinya
Fakta Pemakanan untuk 1 tablet Ostematrix
Setiap tablet menyediakan:
Ramuan Bahan Per tablet ostematrix
- Vitamin D3 (sebagai cholecalciferol) 100 IU
- Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat, dan malat kalsium sitrat) 250 mg
- Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glukonat dan magnesium sitrat) 100 mg
- Zink (sebagai zink gluconate) 10.4 mg
- Tembaga (sebagai tembaga glukonat) 0.05 mg
- Mangan (sebagai glukonat mangan) 0.05 mg
- Boron (seperti protein hidrolyzate protein surih) 0.75 mg
Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan mencegah sesetengah mineral. Kandungan kalsium Ostematrix adalah kadar penyerapan yang paling seimbang ialah 99%. Ostematrix mempunyai formula unik & dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.
Kajian telah menunjukkan peningkatan kalsium meningkatkan kepadatan tulang wanita hamil & juga warga tua dengan berkesan. Selain itu, ada banyak kajian lagi yang menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi semasa hamil bagus untuk kesihatan.
Mengapa anda memerlukan kalsium semasa mengandung?
Apabila kita hamil, bayi yang sedang berkembang dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf, dan otot yang sihat. Kalau protein digunakan badan untuk membina otot. Kalsium pula membantu otot kita lebih sihat. Sebab tu dalam set ibu hamil shaklee ada ESP Shaklee untuk sumber protein & juga kalsium. Serta membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
.
Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. Ada penyelidikan yang dilakukan saintis untuk keadaan ini.
Sebab itu penting untuk ibu hamil cukupkan kalsium semasa hamil. Biasanya, makanan tambahan kalsium perlu dimulakan semasa trimester pertama lagi dan jika selepas bersalin kita memang berhasrat nak menyusu badan kepada anak. Lagilah berganda pentingnya. Mungkin boleh cuba set menyusu shaklee.
Memandangkan kalsium penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat di dalam janin, kekurangan kalsium dalam diet mesti di elakkan dan makanan berkalsium ni mesti di jarakkan dari diambil bersama sama makanan kaya zat besi seperti vitalea shaklee. Kedua dua nya penting untuk ibu mengandung.
Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen sepanjang kehamilan harus diambil berdasarkan nasihat pakar obstetrik / ginekologi. Berapa banyak kalsium yang anda perlukan semasa hamil?
Garis panduan berikut akan membantu memastikan bahawa anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan kita.
Kalsium Ostematrix Shaklee ni bukan sahaja untuk ibu hamil tau, bahkan untuk semua golongan. Espcially mereka yang kurang minum susu dan tak gemarkan susu. Eh, jangan tak tau ye memang ada mereka yang tergolong dalam golongan tak sukakan susu macam saya. Kalau nak minum susu tu memang susah tapi bila ada Ostematrix ni senang sikit. Telan je!
Sunday, July 29, 2018
PENGEDAR SAH VITAMIN C SHAKLEE AKTIF DI BUKIT BERUNTUNG DAN RAWANG

Sebelum tu saya terangkan sedikit kebaikan Vitamin C Shaklee yang sinonim dengan kecantikan tapi sebenarnya kebaikannya lebih daripada itu.
- Imuniti – Kolagen adalah umpakan gam untuk pelekatan otot-otot kita, kekurangannya kulit akan mula menunjukkan tanda penuaan. Ia juga melindungi badan dari jangkitan dan menjaga kesihatan tulang dan gigi.
- Juga terkenal dengan keupayaan untuk menyembuhkan luka.
- Mengurangkan “common cold”. Contohnya seperti hidung berair dan selsema.
- Antioksidant – terbaik juga sebagai agen antioksidant. Ianya melawan radikal bebas yang berupaya menghalang kita dari serangan penyakit yang tidak diingini seperti kanser.
- Darah tinggi – dikatakan boleh mengurangkan simptom darah tinggi dengan menurunkan tekanan darah anda.
- Mencegah katarak – penyakit katarak adalah berkaitan dengan mata. Ia berupaya menjaga kesihatan mata dengan memberikan kesihatan mata yang optimum.
Saturday, July 28, 2018
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MULTIVITAMIN KETIKA HAMIL
Assalamualaikum & Hai..
Multivitamin yang saya maksudkan tentunya Vita-Lea shaklee. Multivitamin amat penting untuk diamalkan oleh para ibu hamil supaya segala nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilanyang tidak dapat diperoleh dari sumber makanan dapat diperoleh ibu dan bayi dengan sempurna.
Manfaat Utama Vita-Lea
1. Penambahan Tenaga Segera — pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
2. Pelengkap Nutrisi – Amat sesuai buat mereka yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran sebagai menu utama (vegetarian) dan anaemia.
3. Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
4. Metabolisma — Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
6. Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
Vita A – Kesihatan mata, kulit. anti-oksida. melawan kanser, cegah rabun malam. bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi. sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
Vita C – anti oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan ketahanan penyakit, mempercepat penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
Vita D – memperkasakan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
Vita E – Anti-oksida. kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak. atritis. baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
Asid folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia. osteoporosis, tekanan, ulser mulut, keslhatan kulit
Vita B1 – menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasa memori dan kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran,masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoester.
Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga. anemia. keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan
Vita B3 – Menukarkan makanan kepada tenaga menghasilkan hormone, merangsang peredaran darah, lower blood ripdi, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus.
Vita B6 – Metabolisma protin,baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
Vita B12 – membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan dan keresahan.
Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
Vita B5 – meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan , atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat penyembuhan luka.
Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang. rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut
Fosforus – meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, melegakan kesakitan akibat atritis, anoreksia
Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu. kekuatan fizikal, mengawal berat badan
Zat besi – membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat pénenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
Copper – membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, dan masalah kebengkakan.
Zink – perkasa sistem imun, mempercepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaham minda.
Cadangan pemakanan:
Untuk kesihatan berpaniangan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali [selepas makan)
Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...

-
Assalamualaikum & Hai.. Pernahkah anda alami perkara seperti di bawah? Pedih di ulu hati? Perut kembung? Kurang selera m...
-
Jeng..jeng..jeng.. Benarkah buah betik dapat membesarkan saiz payudara? OMG..my favorite fruit ni!! But mostly saya akan cari betik ni bi...
-
Assalamualaikum & Hai.. Wanita hamil tidak dapat lari daripada pantang larang demi memastikan kesihatan dan keselamatan buat diri...