Saturday, July 21, 2018

10 MAKANAN UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG

Assalamualaikum  & Hai.. 

Penyakit jantung sering menjadi pembunuh senyap zaman sekarang baik kepada lelaki atau perempuan. So,  harini saya kongsikan 10 makanan yang baik untuk di amalkan untuk melindungi jantung anda. Di samping pengambilan suplemen kita perlu juga memastikan pengambilan makanan harian kita adalah selamat & berkhasiat.

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG ANDA


Sayangi Jantung Anda




1. Makanan beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas kerana oat kaya dengan asid lemak omega-3, folat & kalium. Oat juga kaya dengan serat yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL & mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Salmon
Ikan ini juga kaya dengan omega-3. Sangat efektif untuk menurunkan tekanan darah & mencegah pembekuan darah. Ambillah hidangan yg mempunyai salmon 2 keping seminggu kerana ia dapat mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 %.

3. Avocado
Dapat menambah lemak sihat HDL dalam diet anda.

4. Minyak Zaitun
Kaya dengan lemak tunggal tidak tepu yang merupakan pengganti mentega yang terbaik.

5. Kekacang
Seperti walnut & almond.

6. Berries
Blueberry, raspberry, strawberry dan lain-lain kaya dengan anti-radang yang bagus untuk mengurangkan risiko kanser & jantung.

7. Kacang peas

8. Bayam
Kaya dengan pelbagai nutrien yang sihat seperti lutein, folat, kalium & serat.

9. Biji Rami (Linseed)
Makanan ni kaya dengan serat & omega-6. Pengambilannya boleh dicampur dengan oatmeal.

10. Kacang Soya
Dapat membantu menurunkan kadar kolesterol rendah lemak.

Jom sama-sama kita sayangi & lindungi jantung kita. Mari sama-sama kita amalkan diet yang sihat & seimbang dalam pemakanan harian kita. In shaa Allah, dengan menjaga pemakanan, melakukan senaman bersesuaian & suplemen yg terbaik kita dapat mengurangkan risiko serangan jantung.


Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL



Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...