Thursday, July 5, 2018

9 SEBAB WAJIB AMBIL SUPLEMEN

Assalamualaikum & Hai...



Ramai yang sering bertanya kenapa kita perlukan suplemen terutamanya bila kita dah sehabis baik menjaga diet pemakanan kita dan melakukan aktiviti senaman yang dianggap "perfect" dan mencukupi. So, di sini saya senaraikan 9 sebab wajib ambil suplemen.

Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1.  Kita banyak ambil makanan rapu walaupun bukan junk food. Rapu kat sini bermakna nutrien dan kurang dan tak sama macam zaman toknenek kita dulu. Contohnya la susu lembu. Lembu-lembu yang diternak untuk mass market (especially overseas) ni dicucuk dengan macam-macam vaksin la antibiotik semua (macam orang jugak) so that diorang tak kena penyakit. Rugi tau kalau lembu-lembu kena penyakit sebab dah la nak membelanya dah banyak belanja, sakit pulak. Nak lupuskan pun kena belanja juga.

So kalau nak minum susu, elakkan minum susu import. Kalau kita kenal pengusaha lembu tenusu & kita tahu dia takde cucuk-cucuk, tanam secara organik, lebih baik kita beli susu dari dia je. Masih dalam topik susu ni juga hasil dari lembu ni bukan susu je tau. Antaranya keju, sosej dan sebagainya Lagilah kita ni bukannya tau pun keju tu macamana jenis-jenisnya, rasa aslinya. Kalau ada orang jual keju kita beli je kan tanpa tau apa benda letak dalam tu pun kita tak ambil pedula kan (sesetengah otang sahaja yang bersikap begitu)?

2.  Tanah pertanian hilang zat. Ni bukan saja-saja kata sebab memang dah lama orang buat study ke atas tanah pertanian. Paling awal saya pernah baca report tahun 1982 (dah hilang tak jumpa dah aduhhh). Bayangkan 36 tahun yg lalu pun hasil tanaman dah hilang dalam 20% nutrien. Harini macamana agaknya?

3. Air pun kurang mineral. Orang dulu-dulu minum air ambil dari perigi, dari mata air dan lain-lain lagi dari sumber asli tapi harini kita minum air dari mana? Dari paip! Air paip dari mana? Dari pusat memproses air. Air tu asal dari mana? hehehe..

4. Low calorie diet = low nutrients. Sekarang ni kan banyak jenis cara nak kawal pemakanan. Salah satunya calorie count tapi sebenarnya bila kita berkira dengan kalori, kita sebenarnya berkira dengan nutrien. Sebab tu Dr Sonhee cakap (she was a dietitian), kalau anda betul-betul nak makan makanan ikut saranan RDA, anda akan terlebih kalori. Tapi kalau anda kawal kalori, nutrien pulak tak cukup. Hadoi!!!

5. Makanan yang tak organik lagi sikit nutriennya. Saya ada baca atikel yang kata tiada beza pun organik ke tak organik, sama je (saya rasa atikel tu nak protect farmers mass market & taknak bagi kita takut nak makan makanan biasa...hehehe...) tapi study membuktikan makanan yang bukan organik lebih rendah nilai nutrisi tapi tinggi gula. Mind you asal usul pertanian adalah secara organik ye.

6. Grain-fed, hasil ternak yang makan dedak (bijirin) insted of rumput... haiwan yang grain fed ni dia akan malnourished. So bayangkan la apa jadi kat daging-daging dia? Walaupun grain fed ni  lebih sedap dan lebih lembut.

7. Pendedahan terhadap toksin. Tak payah pergi jauh. Udara dalam rumah kita yang kita sedut hari-hari ni ingat bersih sangat ke? Bersih cuma takde habuk dan asap kereta je. Tapi ada macam-macam chemical yang kita dan keluarga kita sedut hari-hari daripada perabot, sampailah kepada peralatan di dapur dan alatan mencuci.

8. Penyerapan nutrien makin berkurang bila kita makin tua. Kalau budak-budak perlukan nutrien yang cukup untuk mereka membesar, orang tua pula sebab badan mereka dah kurang efisyen untuk serap zat makanan.

9. Bersenam menyebabkan tubuh kita perlukan lebih nutrien. Walaupun orang kata 'bersenam adalah ubat terbaik' tapi bila kita bersenam, kita gunakan tenaga simpanan kita. Oleh itu kita perlukan tenaga tambahan untuk recovery.

Idea bahawa kita boleh dapatkan cukup nutrien daripada makanan memang sangat ideal secara teori. Tapi secara praktikalnya, amat sukar untuk dilaksanakan. Kita boleh makan 2 mangkuk bayam setiap hari untuk keperluan vitamin A, C and E, asid folik dan kalsium harian. Tapi realitinya, semangkuk pun kita kongsi satu keluarga. Betul tak?


Kredit : FB Master Lyna Noh


1 comment:

ejulz said...

terbaek.. good info :)

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...