Tuesday, July 10, 2018

12 CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA KETIKA HAMIL UNTUK ELAKKAN STRESS

Assalamualaikum & Hai... 


Siapa antara readers blog saya ni yang kerap kali diserang sakit kepala ketika hamil sampaikan rasa stress la? Dulu saya pun alami masalah yang sama. Nasiblah hanya di trimester pertama ja. So, hari ni saya nak share cara-cara untuk menghilangkan sakit kepala ketika hamil untuk elakkan stress. Ibu hamil tak bagus tau stress-stress ni. 

PUNCA SAKIT KEPALA



Sepanjang tempoh mengandung atau kehamilan, bakal ibu-ibu akan mengalami pelbagai perubahan dalaman tubuh mahupun luaran. Ini termasuk beberapa tabiat tertentu yang hadir seperti ibu hamil mudah cepat lapar, mengidam makanan tertentu, alahan semasa mengandung dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini kadangkala boleh menyebabkan sakit atau pening kepala.


Di antara faktor terjadinya sakit kepala ketika hamil ialah disebabkan oleh:

  1. Tekanan emosi atau stress
  2. Ketagihan kafein
  3. Kurang tidur
  4. Terlalu penat
  5. Masalah sinus & alahan
  6. Rasa lapar & kekurangan gula dalam badan
  7. Dehidrasi – Kurang minum air
  8. Masalah mata
  9. Sembelit

Adakah Sakit Kepala Ketika Hamil Berbahaya?

Kebiasaannya, di awal kehamilan iaitu pada usia kandungan bawah 13 minggu, sakit kepala yang menyerang adalah tidak berbahaya. Selalunya, apabila memasuki trimester ke-2, sakit kepala akan beransur-ansur hilang seiring dengan hormon yang semakin stabil dan seimbang dengan syarat, sakit kepala tersebut tidak ada kaitan dengan tekanan darah tinggi.
Jika anda seorang ibu hamil, menghidapi tekanan darah tinggi dan sering diserang sakit kepala, ketahuilah bahawa ia bukanlah sakit kepala yang biasa. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan daripada doktor dengan segera  kerana penyakit itu boleh meragut nyawa anda dan bayi anda.

11 Tips Mengurangkan Sakit Kepala

  1. Kenalpasti punca anda mengalami sakit kepala. Apabila punca telah dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan sakit kepala tersebut
  2. Gunakan air panas suam untuk menuam pada sekitar tengkuk atau bahagian kepala yang sakit
  3. Mandi menggunakan air suam mampu meredakan sakit kepala buat seketika
  4. Elakkan berlapar. Tahap gula di dalam darah yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  5. Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap bagi mengelakkan muntah
  6. Dapatkan rehat yang secukupnya. Berhenti bekerja apabila terasa penat
  7. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Tidur sebenar pada waktu tengahari mampu mengurangkan sakit kepala.
  8. Jika anda  sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tidur di dalam bilik yang sunyi dan gelap.
  9. Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak
  10. Berurut. Minta suami untuk mengurut anda secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Elakkan untuk menyentuh dan mengurut di bahagian abdomen.
  11. Amalkan doa mohon disembuhkan dari kesakitan, zikir dan banyakkan membaca al quran terutama ayat-ayat ruqyah.
  12. Amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE secara konsisten kerana dengan adanya suplemem tambahan yang diambil semasa hamil,  sedikit-sebanyak mampu memenuhi lopong-lopong nutrien yang tidak cukup hasil daripada pengambilan makanan seharian. 
In shaa Allah,  selagi mampu berusaha untuk menyelesaikan masalah sakit kepala ini secara natural daripada ubat mestilah kena usaha kan. Maklumlah ibu hamil tak boleh ambil ubat sembarangan dan perlu ambil ubat atas nasihat doktor sahaja. 



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL


Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964


Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

1 comment:

Hans Hanis said...

terima kasih atas perkongsian
zaman sekarang memang ramai ada masalah sakit kepala nih
bertambah ilmu baca info-info dalam entry nih :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...