Wednesday, July 11, 2018

5 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES DAN JUGA KERJAYA

Assalamualaikum & Hai...
Sebagai manusia biasa adatlah orang kita kata ada pasang surutnya, ada turun naiknya dalam kehidupan masing-masing kan. Yang penting jangan mudah berputus-asa dan berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan segala urusan kita dan ditingkatkan kesabaran serta kekuatan menghadapi segala rintangan. So, hari ini saya nak kongsi tips untuk berjaya dalam bisnes dan juga kerjaya untuk manfaat bersama.
5 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES DAN JUGA KERJAYA
1) Berkawanlah dengan orang-orang yang positif dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan

BERKAWAN DENGAN ORANG POSITIF

Jangan kata anak-anak je kena memilih kawan ye. Kita yang dah dewasa ni pun perlu memilih kawan yang sama-sama beraura positif dan boleh menasihati kita untuk berjaya. Berkawan bukan setakat ketika senang, ketika susah pun mesti ada. Itulah erti seorang kawan / sahabat. Of course don’t expect la nak sokmo rasa positif je kalau sekeliling kita semua dok benda-benda negatif belaka. Hidup ni kalau kira sempit sangat-sangat, dan singkat sangat-sangat kalau nak fikir dan tengok benda-benda yang negatif ni. So, kalau ada agak-agak sesuatu tu ala mukaddimah negatif tu, lari jauh-jauh sikit. Kalau ade button hide Facebook tu, hide kan seumur hidup. Jangan sampai block pula. Nati timbul pula salah faham lain kan. Hehehhe.:mrgreen: 
<
2) Duplicate cara dan proses orang berjaya buat


DUPLICATE


Kena faham ye perkataan duplicate tu bukan setakat copy & paste without knowledge. Maksudnya adalah dapatkan mentor dan buat apa yang yang terbukti berjaya je sebab sekurang-kurangnya apa yang mentor tu buat, memang dah valid menjadikan dia berjaya. Dengan cara mentoring juga, kita boleh elakkan kesilapan yang sama berulang-ulang. So, kat sini kita tak perlu bazir lalu jalan yang susah sebab kita ada guide dari mentor untuk beri tunjuk ajar sepenuhnya. Kita yang nak belajar ni pula janganlah harapkan mentor suap semuanya ye. Kita sendiri perlu ada semangat dan keinginan untuk berjaya dan melaksanakan ilmu yang diperolah bersungguh-sungguh.
<
3) Letak target dan cintailah target anda


LETAKKAN TARGET YANG INGIN DICAPAI

Bila kita cinta dan sayang pada target kite, kita akan buat apa sahaja untuk dia kan? Ibarat kita sayang anak-anak, kita akan try-to-death apa sahaja untuk protect anak kan. Sama lah juga macam target ni. Bila kita dan terlalu sayang dan obses pada target kita, kita dalam separa sedar memang akan buat apa sahaja untuk terus dapatkan target kita tu.
<
4) Baca kisah kejayaan orang lain


BACA TIPS KEJAYAAN ORANG LAIN

Saya memang suka baca kisah inspirasi kejayaan orang lain. Kenapa, supaya kita terinsiprasi dengan kejayaan orang. Bukan semua lahir terus goyang kaki senang lenang. Perjalanan berliku untuk berjaya, hanya orang yang berjaya tu sahaja yang tau, mungkin depan-depan kita nampak;
“Wah bestnya orang tu dah berjaya. Wah bestnya orang tu dah kaya-raya”.
Walhal, sakit derita dia ada kita tahu? Air mata dia ada kita nampak? Sedangkan nak berjaya tu bukan mudah. Langsung tak mudah. Liku-liku perjalanan untuk berjaya tu ada banyak batu-batu kecil, yang mana meskipun kecil, kadang boleh sangat menjadikan kita tersadung jatuh teruk dan luka sana sini. Dan tanamkan dalam diri,
“Jika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak aku?”
<
5) Teruskan belajar, belajar dan belajar


TERUSKAN BELAJAR

Teruskan belajar! Jangan terasa diri tu dah terlalu pandai sampaikan sombong dengan orang dan ilmu. Cara mudah untuk terus belajar adalah dengan berkongsi ilmu yang kita ada. Jangan assume anda tahu semua benda. 
Dengan cara inilah, barulah kita sentiasa improve ke hadapan. But of course, buang ego jauh-jauh ok. Successful person is always learning from their mentors. 
So tak kiralah dalam bidang apa pon yang kita nak ceburi, sama ada nak jadi SAHM yang lebih baik ke, WAHM yang lebih berjaya ke atau FTWM yang serba boleh ke, target yang very-very clear tu sangat penting dan percaya atau tidak, kita akan nampak semua tu ter-refleks atau ter-cermin dalam setiap hasil kerja yang kita lakukan.
Secara logik, kalau buat separuh hati, rasanya hasil kerja kita pon nampak macam separuh complete jek kan..
Good luck guys! Semoga anda semua menjadi seorang yang kuat, hebat dan berjaya ok.

No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...