Assalamualaikum & Hai..
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam khasnya pembaca setia blog saya dan juga customers Shaklee kesayangan saya.
Saya menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang berurusan dengan anda semua. Semoga di bulan yang baik, penuh kegembiraan dan kesyukuran ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita yang telah terbina ini.
Alhamdulillah, tahun ke-8 dapat beraya bersama dengan suami dan anak tapi tahun pertama beraya tanpa mak dan abah mertua kesayangan sekaligus. Sedih, sebak, sayu semua ada sebab bila mak abah ada rumah tak pernah sunyi. Ada ja saudara-mara yang datang. Rindu sangat-sangat. Walau apa pun yang pergi tetap pergi kan.
AL-FATIHAH untuk arwah mak mertua, HAZIZAH BINTI YUSOF & arwah bapa mertua, JAMALUDDIN BIN MAT YUSOF
.
.
.
.
Ok, back to our raya story, alhamdulillah tahun ni dapat sedondon hijau pula. Actually, memang jenuh juga la nak mecari warna sedondon ni tau sebab bila warna bertepatan dengan mata dan hati saiz pula tak ada. But after all we manage to settle hal-hal baju raya ni dalam satu hari je. Kira ok la tu kan.
Aidilfitri tahun ni giliran beraya di kampung suami jadinya ke Trolak Utara lah kita. Raya kedua barulah bertolak balik ke Kedah.
Aktiviti sama akan dilakukan bila tiba raya ni. Settle bermaaf-maafan antara satu sama lain, aktiviti yang tak boleh ditinggalkan semestinya lah aktiviti bergambar.
Lepas bergambar semua barulah keluar beraya menziarah jiran tetangga di sekitar rumah arwah mertua yang dah pun kami anggap macam keluarga sendiri dah. Disebabkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, makanya lepas Solat Jumaat la baru sambung beraya semula ke rumah saudara-mara dan juga sahabat taulan suami la yang pastinya.
Memang ditakdirkan kami suami isteri ni suka kalau bab-bab ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjung ni tau terutama musim-musim raya macam ni sebabnya time ni jek lah kebanyakannya dapat bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman masing-masing kan.
Cuma sayangnya masa balik ke Kedah tak sempat nak beraya banyak tempat sebabnya ramai tetamu yang berkunjung ke rumah melawat adik saya dan keluarganya yang kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah tempoh hari. Alhamdulillah, mereka semua selamat. Cuma kereta jek la cedera parah. Hehehe.
Nanti saya story lagi pasal excident ni ye.
Anyway, raya masih berbaki 2 minggu lagi lebih kurang kan. So, jangan lupa gunakan masa yang ada ni sebaiknya ye.
No comments:
Post a Comment