Monday, July 2, 2018

5 TANDA KEHAMILAN YANG MUNGKIN ANDA AKAN ALAMI

Assalamualaikum & Hai...

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk hamil zuriat sendiri kan? Bagi pasangan suami isteri yang telahpun mempunyai zuriat pertama pastinya ingn menambah lagi ahli keluarga baru. Hari ini saya nak kongsikan tanda-tanda kemungkinan anda hamil.

Perkongsian saya ni lebih kepada pengalaman sendiri dan juga kebanyakan wanita lain juga. Ianya tidak semestinya sama, tetapi boleh dijadikan rujukan.

5 TANDA KEHAMILAN

1. Mengidam

Mungkin tanda ini nampak cliche sebab sesetengah wanita juga mengalami simptom ini apabila di ambang kedatangan period ataupun selepas period. Mengidam juga boleh ditafsirkan sebagai hamil ataupun tanda badan kita kekurangan nutrien-nutrien tertentu. Tetapi jika anda bukan jenis yang suka mengidam di hari-hari biasa, maka ini mungkin petanda positif untuk anda! Tambahan pulak disertai dengan tanda-tanda lain seperti yang akan saya ceritakan nanti.

Tanda-tanda kehamilan


2. Warna aerola menjadi gelap

Seringkali menjadi tanda-tanda kehamilan yang pasti apabila warna disekeliling puting menjadi gelap daripada kebiasaan. Ianya membawa petanda bahawa persenyawaan telah berjaya. Namun begitu ianya juga boleh menjadi petanda akan ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas kesan kehamilan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Hal ini seringkali berlaku apabila perlekatan embrio & bermulanya penghasilan hormon "human chorionic gonadotropin" atau hCG. Semakin besar janin maka semakin keraplah anda akan ke tandas kerana pundi kencing terhimpit dengan kandungan. Tetapi jangan dipandang enteng tanda ini kerana ianya juga boleh membawa petanda lain seperti anda mungkin menghidapi penyakit kencing manis.


Tanda-tanda kehamilan


4. Period tidak muncul

Petanda ni mungkin akan membuatkan anda dan suami tersenyum lebar jikalau anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Jikalau period anda adalah kucar-kacir, maka kelewatan period itu adalah perkara biasa yang dipengaruhi oleh hormon dalam badan anda.



Tanda-tanda kehamilan


5. Ujian kehamilan adalah positif

Setelah anda dapati period anda lewat samada sehari, seminggu atau sebaik-baiknya 2 minggu maka anda bolehlah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh di dapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Jika hasil ujian tersebut adalah positif maka sudah pastinya anda hamil dan bersiaplah untuk ke klinik untuk mendapatkan jawapan yang pasti.


Tanda-tanda kehamilan


Haa..macam mana? Ada yang sedang alami tanda-tanda yang disenaraikan ni ke?

TAHNIAH saya ucapkan. Bolehlah cuba amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan anda kekal bertenaga, sihat dan mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.


Set Kehamilan Shaklee



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964





Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

4 comments:

Unknown said...

Orang kata siapa ibu hamil mengidam tu mengada-ngada.. ishkkk ishkk.

zetty said...

Sy dulu tau pregnant sebab suka makan pedas 😆

Nuna said...

Naluri seorang ibu tu boleh rasa kot dia mengandung.. Tapi ada tu, dapat tau ja mengandung, terussss mula alahan..��

Unknown said...

wahhh tq for info. Kadg memg xsedar pun kan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...