Friday, July 13, 2018

MERIAH SUASANA RAYA DI PEJABAT

Assalamualaikum & Hai...

Meriah sungguh suasana beraya di pejabat hari ni. Consider last minute plan jugak but alhamdulillah menjadi ok. Masing-masing dah bersetuju dengan konsep "potluck" makanya memang berbaris la menu yang tersedia. Bermula dari sarapan pagi dan in shaa Allah akan membawa sampai ke petang nampak gayanya.

Alhamdulillah syukur atas segalan nikmat Allah. Makanan semua superb sedap! Perut kenyang sungguh. Kalau kat rumah ni rasanya dah cari katil dah ni. Nasib la dekat pejabat kan. Jadinya sambil buat kerja, sambil mengunyah la. Hahaha..




Balas dendam makan roti jala dengan kari kambing air tangan suami sebab masa buat makan-makan kat rumah haritu tak sempat nak rasa.
Apa agak-agaknya menu yang ada untuk hari ni?

* Makaroni goreng tomyam
* Nasi briani 
* Roti jala & kari kambing
* Ayam masak merah
* Satay
* Minuman koktel
* Biskut Raya
* Lemang dan rendang
* Pulut Kuning
* Brownies & kek
* Masak paru berlado
* Tauhu bergedil
* Capati dan sambal tumis ikan bilis
* Agar-agar lapis




Boleh bayangkan kan semua makanan dan minuman tu bersatu di dalam perut. Bagi yang ada gastrik macam saya ni memang tak boleh lepaskan dan lupakan Peppermint Ginger Plus. Kalau tak memang mencari penyakit la sebab penghidap gastrik ni pelik sikit. Memang tak boleh kurang makan, lewat time makan dan terlebih makan. Padah jawabnya!

So, jom kita layan gambar-gambar yang ada untuk harini sempena sambutan "potluck" Hari Raya di Kowamas, Tingkat 13 ni.

Dahulukan bos-bos dan staf lelaki dulu sebab harini kan Jumaat.

Menu breakfast pun penuh meja makan kat pantry ok.



















Muka kekenyangan dari pagi sampai post entry ni tak berhenti makan.

 Semoga ukhwah yang terbina ini kekal selamanya. In shaa Allah. Panjang umur, ada jodoh dan rezeki lagi kita ber"potluck" lagi ye kawan-kawan.






No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...