Tuesday, July 31, 2018
HAPPY CLOSING DAY UNTUK SEMUA PENGEDAR SAH SHAKLEE
Monday, July 30, 2018
KEPENTINGAN PENGAMBILAN KALSIUM OLEH IBU HAMIL
Adakah anda sedang hamil?
Selalu diserang sakit gigi dan gusi ketika hamil?
Selalu kekejagan kaki atau tarik mengkarung ketika hamil?
Adakah anda selalu diserang sakit kepala atau migrain ketika hamil?
Adakah anda mempunyai masalah sukar tidur?
Sering mengalami masalah sembelit?
Haaa..kalau semua atau ada di antara jawapan kepada persoalan di atas adalah "YA" maka jangan skip pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium. Nak mudah jangan skip amalkan pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung.
Ostematrix Shaklee ni kan sebenarnya istimewa daripada kebanyakan pil kalsium brand lain tau. Sebab tu ramai yang tercari-cari pil kalsium Shaklee ni. Nak tau tak apa keistimewaannya yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan yang lain?
Ostematrix Shaklee dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang.Sebenarnya, kita perlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat supaya ibu-ibu dapat mengelakkan daripada terkena dengan kekejanan kaki, lenguh-lenguh, sakit pinggang dan lain-lain masalah. Terdapat 7 zat istimewa yang terkandung dalam ostematrix untuk kegunaan badan kita seperti yang saya senaraikan dibawah.
Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.
Dengan mengambil hanya 2 biji tablet OsteMatrix menghasilkan peningkatan ketara dalam kadar kalsium darah secara statistik yang diukur selama tempoh 12 jam.
- Kalsium - Blok binaan untuk tulang
- Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
- Boron - Membantu metabolisme tulang
- Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
- Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
- Ini pengenalan ringkas setiap zat dalam ostematrix & fungsinya
Fakta Pemakanan untuk 1 tablet Ostematrix
Setiap tablet menyediakan:
Ramuan Bahan Per tablet ostematrix
- Vitamin D3 (sebagai cholecalciferol) 100 IU
- Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat, dan malat kalsium sitrat) 250 mg
- Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glukonat dan magnesium sitrat) 100 mg
- Zink (sebagai zink gluconate) 10.4 mg
- Tembaga (sebagai tembaga glukonat) 0.05 mg
- Mangan (sebagai glukonat mangan) 0.05 mg
- Boron (seperti protein hidrolyzate protein surih) 0.75 mg
Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan mencegah sesetengah mineral. Kandungan kalsium Ostematrix adalah kadar penyerapan yang paling seimbang ialah 99%. Ostematrix mempunyai formula unik & dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.
Kajian telah menunjukkan peningkatan kalsium meningkatkan kepadatan tulang wanita hamil & juga warga tua dengan berkesan. Selain itu, ada banyak kajian lagi yang menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi semasa hamil bagus untuk kesihatan.
Mengapa anda memerlukan kalsium semasa mengandung?
Apabila kita hamil, bayi yang sedang berkembang dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf, dan otot yang sihat. Kalau protein digunakan badan untuk membina otot. Kalsium pula membantu otot kita lebih sihat. Sebab tu dalam set ibu hamil shaklee ada ESP Shaklee untuk sumber protein & juga kalsium. Serta membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
.
Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. Ada penyelidikan yang dilakukan saintis untuk keadaan ini.
Sebab itu penting untuk ibu hamil cukupkan kalsium semasa hamil. Biasanya, makanan tambahan kalsium perlu dimulakan semasa trimester pertama lagi dan jika selepas bersalin kita memang berhasrat nak menyusu badan kepada anak. Lagilah berganda pentingnya. Mungkin boleh cuba set menyusu shaklee.
Memandangkan kalsium penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat di dalam janin, kekurangan kalsium dalam diet mesti di elakkan dan makanan berkalsium ni mesti di jarakkan dari diambil bersama sama makanan kaya zat besi seperti vitalea shaklee. Kedua dua nya penting untuk ibu mengandung.
Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen sepanjang kehamilan harus diambil berdasarkan nasihat pakar obstetrik / ginekologi. Berapa banyak kalsium yang anda perlukan semasa hamil?
Garis panduan berikut akan membantu memastikan bahawa anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan kita.
Kalsium Ostematrix Shaklee ni bukan sahaja untuk ibu hamil tau, bahkan untuk semua golongan. Espcially mereka yang kurang minum susu dan tak gemarkan susu. Eh, jangan tak tau ye memang ada mereka yang tergolong dalam golongan tak sukakan susu macam saya. Kalau nak minum susu tu memang susah tapi bila ada Ostematrix ni senang sikit. Telan je!
Sunday, July 29, 2018
PENGEDAR SAH VITAMIN C SHAKLEE AKTIF DI BUKIT BERUNTUNG DAN RAWANG

Sebelum tu saya terangkan sedikit kebaikan Vitamin C Shaklee yang sinonim dengan kecantikan tapi sebenarnya kebaikannya lebih daripada itu.
- Imuniti – Kolagen adalah umpakan gam untuk pelekatan otot-otot kita, kekurangannya kulit akan mula menunjukkan tanda penuaan. Ia juga melindungi badan dari jangkitan dan menjaga kesihatan tulang dan gigi.
- Juga terkenal dengan keupayaan untuk menyembuhkan luka.
- Mengurangkan “common cold”. Contohnya seperti hidung berair dan selsema.
- Antioksidant – terbaik juga sebagai agen antioksidant. Ianya melawan radikal bebas yang berupaya menghalang kita dari serangan penyakit yang tidak diingini seperti kanser.
- Darah tinggi – dikatakan boleh mengurangkan simptom darah tinggi dengan menurunkan tekanan darah anda.
- Mencegah katarak – penyakit katarak adalah berkaitan dengan mata. Ia berupaya menjaga kesihatan mata dengan memberikan kesihatan mata yang optimum.
Saturday, July 28, 2018
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MULTIVITAMIN KETIKA HAMIL
Assalamualaikum & Hai..
Multivitamin yang saya maksudkan tentunya Vita-Lea shaklee. Multivitamin amat penting untuk diamalkan oleh para ibu hamil supaya segala nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilanyang tidak dapat diperoleh dari sumber makanan dapat diperoleh ibu dan bayi dengan sempurna.
Manfaat Utama Vita-Lea
1. Penambahan Tenaga Segera — pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
2. Pelengkap Nutrisi – Amat sesuai buat mereka yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran sebagai menu utama (vegetarian) dan anaemia.
3. Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
4. Metabolisma — Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
6. Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
Vita A – Kesihatan mata, kulit. anti-oksida. melawan kanser, cegah rabun malam. bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi. sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
Vita C – anti oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan ketahanan penyakit, mempercepat penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
Vita D – memperkasakan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
Vita E – Anti-oksida. kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak. atritis. baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
Asid folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia. osteoporosis, tekanan, ulser mulut, keslhatan kulit
Vita B1 – menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasa memori dan kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran,masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoester.
Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga. anemia. keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan
Vita B3 – Menukarkan makanan kepada tenaga menghasilkan hormone, merangsang peredaran darah, lower blood ripdi, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus.
Vita B6 – Metabolisma protin,baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
Vita B12 – membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan dan keresahan.
Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
Vita B5 – meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan , atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat penyembuhan luka.
Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang. rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut
Fosforus – meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, melegakan kesakitan akibat atritis, anoreksia
Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu. kekuatan fizikal, mengawal berat badan
Zat besi – membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat pénenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
Copper – membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, dan masalah kebengkakan.
Zink – perkasa sistem imun, mempercepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaham minda.
Cadangan pemakanan:
Untuk kesihatan berpaniangan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali [selepas makan)
Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.
Friday, July 27, 2018
9 TANDA DAN GEJALA HFMD PADA BAYI DAN ANAK KECIL BERSERTA RAWATAN DAN TIPS MENANGANINYA
Penyakit kaki tangan dan mulut (hand foot and mouth disease) atau singkatannya HFMD yang sedang tular sekarang ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus, iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus. Mungkin ada kita dengar sekolah ditutup disebabkan penyakit HFMD, terutamanya apabila ramai anak-anak telah dijangkiti HFMD. Ini kerana ia biasa terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama seperti taska, pusat jagaan, mahupun sekolah.
Secara umumnya, ia biasa dijangkiti oleh anak kecil berumur bawah 10 tahun, namun kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah yang paling berisiko untuk dijangkiti.
BAGAIMANA HFMD MEREBAK?
Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Contohnya, tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.
9 TANDA HFMD PADA BAYI & ANAK KECIL
- Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak, mulut dan lidah
- Ruam / bintik-bintik berisi cecair (lepuhan kecil kita-kira 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Kurang menyusu (bayi)
- Cirit-birit
- Muntah
- Ubat paracetamol dalam dos spesifik yang dipreskripsikan oleh doktor untuk mengurangkan sakit / demam.
- Berkumur air garam.
- Pemberian makanan lembut seperti bubur, puding, aiskrim / minuman sejuk untuk mengurangkan rasa sakit pada mulut.
- Rehat secukupnya di rumah dan mengelakkan tempat-tempat awam termasuklah sekolah / pusat jagaan / nurseri.
- Menekankan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas memegang anak.
- Fokus kepada demam (Demam terlalu panas, suhu tidak berkurang.)
- Hidrasi (Kurang kencing, lemah, mata semakin cengkung.)
- Muntah / cirit berterusan
- Kurang aktif, meragam tanpa henti, sawan
- Kesukaran bernafas, nafas laju
- Kelihatan pucat, berpeluh-peluh dengan luarbiasa atau apa saja simptom yang membimbangkan.
- Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
- Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin. Tidak membiarkan tisu yang dicemari merata-rata di dalam rumah.
- Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
- Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
- Sentiasa mengelap dan membersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
- Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Thursday, July 26, 2018
8 TIPS UNTUK KEKAL CERGAS BERTENAGA KETIKA HAMIL
Bukan malas, tapi letih...
Wednesday, July 25, 2018
RESEPI PENGAT PISANG SEMUDAH ABC
Sekotak santan (saya guna santan KARA)
3 sudu besar gula merah (nak guna gula melaka pun boleh)
1/2 sudu kecil garam (adjust la ikut kesukaan anda)
Gula (lupa dah sukatan tapi boleh adjust ikut citarasa masing-masing samada suka manis atau kurang manis macam saya)
3 sudu besar sagu (suka letak sagu banyak-banyak)
Daun pandan jangan dilupakan!
![]() |
Gambar Ihsan Google disebabkan pengat pisang sendiri dah selamat dalam perut masing-masing baru teringat nak ambil gambar. |
Senang kan? Bila dah siap bolehlah nikmati pengat pisang tu samada semasa panas atau sejuk. Kalau nak sejuk kena la masukkan dalam petiais dulu. Tapi untuk saya, saya lebih gemarkan makan ketika panas. NIKMAT.
Monday, July 23, 2018
BEST KE JADI MEMBER SHAKLEE NI?
Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya 1065253 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team gempak kami.
Untuk mendapatkan info lanjut mengenai vitamin Shaklee, jangan segan-silu untuk bertanya. Saya bersedia membantu anda!
Hubungi segera:
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
Sunday, July 22, 2018
PERLUKAH MAKAN VITAMIN DAN ASID FOLIK SEMASA MENGANDUNG?
Folic acid membantu kekurangan nutrien yang diperlukan dalam tubuh wanita mengandung, terutamanya yang mengalami ‘morning sickness’ yang teruk.
Dalam keadaan mual begitu, memang tidak banyak makanan yang dapat masuk ke dalam perut untuk diproses bagi keseluruhan badan.
IBU MENGANDUNG PERLUKAN BANYAK NUTRIEN TAMBAHAN
Ketika sedang mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak nutrien daripada biasanya untuk membolehkan bayi membesar dengan sebaiknya.
Oleh itu, kita perlu mengambil makanan tambahan bagi menampung keperluan tambahan tersebut.
Samada melalui pemakanan atau pun vitamin, sememangnya ia adalah penting bagi tujuan kesihatan ibu dan bayi.
Ada beberapa kes yang dilaporkan jika tidak mengambil vitamin, bayi lahir pra-matang boleh berlaku.
Antaranya ada yang dipaksa bersalin seawal bulan ke-7 dan ini akan menimbulkan banyak komplikasi yang lain.
PENGAMBILAN VITAMIN MENGIKUT DALAM DOS TERTENTU
Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu-ibu mengandung untuk mengambil salah satu atau beberapa vitamin berikut :
• 6 mcg vitamin B12
• 70 mg vitamin C
• 400 IU vitamin D
• 10 mg vitamin E
• 400 micrograms (mcg) asid folik
• 200 ke 300 milligrams (mg) kalsium
• 150 micrograms iodin
• 17 mg besi
• 3 mg tiamina
• 2 mg riboflavin
• 20 mg niasin
• 15 mg zink
APA KEPENTINGAN MAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG?
1. VITAMIN B12
Vitamin B12 membantu dalan perkembangan otak, saraf dan salur darah. Ia juga dapat meningkatkan tahap tenaga, mood dan tahap stres semasa kehamilan.
2. VITAMIN C
Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi di dalam makanan bagi mencegah anemia.
3. VITAMIN D
Badan anda memerlukan Vitamin D bagi membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Kekurangannya boleh menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan juga boleh mempengaruhi berat bayi secara keseluruhannya.
4. ASID FOLIK
Ini pil vitamin yang paling biasa diberikan oleh hospital kerajaan untuk ibu mengandung. Asid folik boleh mencegah kecacatan kelahiran tiub saraf, yang menjejaskan otak dan saraf tunjang.
Selain dari memakan pil yang mengandungi asid folik, anda juga boleh mengambilnya secara semulajadi dengan memakan sayur-sayuran hijau, kacang dan buah limau.
5. KALSIUM
Kalsium juga penting bagi seorang ibu mengandung dengan mencegah kehilangan kepadatan tulangnya sendiri kerana bayi turut memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulangnya.
Biasanya, ibu yang alah terhadap susu atau produk tenusu akan diberi vitamin kalsium untuk membantu keperluan kalsium dalam badan.
6. IODIN
Iodin pula sangat penting bagi menjaga fungsi kelenjar tiroid sewaktu kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan fizikal yang terbantut, kecacatan mental yang parah dan kepekakan. Juga boleh menyebabkan keguguran dan lahir mati.
7. ZAT BESI
Zat besi pula membantu dalam penghasilan darah bagi ibu dan bayi dan bertindak sebagai pembawa oksigen ke seluruh bahagian badan.
Sesetengah ibu yang mengandung lebih menggemari vitamin yang boleh dikunyah atau dalam bentuk cecair berbanding dalam bentuk kapsul.
Makan vitamin semasa mengandung adalah penting.
Selain itu, ibu mengandung perlu sedaya-upaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam memastikan kesihatan diri dan kandungan.
Pengambilan Set Kehamilan Shaklee amat digalakkan agar dapat mengisi lompong-lompong nutrien yang sangat diperlukan semasa hamil.
Pastinya ibu sihat, kuat dan bertenaga dan perkembangan bayi dalam kandungan juga seiring dengan usia. In shaa Allah.
Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA:
Saturday, July 21, 2018
10 MAKANAN UNTUK MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG
Penyakit jantung sering menjadi pembunuh senyap zaman sekarang baik kepada lelaki atau perempuan. So, harini saya kongsikan 10 makanan yang baik untuk di amalkan untuk melindungi jantung anda. Di samping pengambilan suplemen kita perlu juga memastikan pengambilan makanan harian kita adalah selamat & berkhasiat.
10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG ANDA
Friday, July 20, 2018
PANTANG YANG PERLU DIJAGA SEMASA KEHAMILAN DAN SAINS TELAH BUKTIKANNYA
Wanita hamil tidak dapat lari daripada pantang larang demi memastikan kesihatan dan keselamatan buat dirinya dan bayi di dalam kandungan. Pantang larang ini harus sentiasa dipatuhi tidak kira samada sebelum atau selepas kelahiran bayi.
Peranan petua lama-lama yang diwarisi oleh nenek moyang sememangnya diakui keberkesanannya dan membuatkan wanita hamil moden hari ini tidak boleh memandang enteng tentang khasiat petua warisan lama masyarakat Melayu.
Kebiasaannya, pantang larang dilihat pada sudut tradisional. Namun, terdapat juga pantang larang dari sudut perubatan moden sebagai panduan para ibu moden hari ini.
PERINGKAT AWAL HAMIL – TRIMESTER PERTAMA (1-3 BULAN)
Pada peringkat awal ini, biasanya wanita hamil akan berasa pening dan loya-loya. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak selesa dari segi fizikal dan mental.Justeru, dinasihatkan ibu hamil mengelakkan makanan yang meloyakan seperti susu atau makanan-makanan berlemak. Elakkan juga makan atau minum yang menambahkan ketagihan seperti kopi, teh, Milo, coklat, merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah.
Ubat-ubatan yang meragukan tanpa mendapat kebenaran doktor harus dielakkan termasuk jamu.
Digalakkan supaya elakkan makan atau minum yang bersifat tajam dikhuatiri bagi mengelakkan keguguran seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa.
Tidak digalakkan berjumpa orang-orang yang menghidap penyakit berjangkit.
Bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, digalakkan mengurangkan aktiviti lasak dan banyakkan berehat.
PERINGKAT PERTENGAHAN, TRIMESTER KEDUA (3-6 BULAN)
Pada peringkat ini, ibu hamil sudah berasa semakin stabil dari segi emosi dan fizikal. Walaupun akan terasa sedikit lenguh dan sengal pada bahagian pinggang, hal ini masih tidak serius. Senaman ringan yang ringkas digalakkan buat ibu hamil pada peringkat ini dengan berpandukan jurulatih bertauliah atau sumber rujukan lain.PERINGKAT AKHIR, TRIMESTER KETIGA (6-9 BULAN)
Pada peringkat ini, berat badan ibu hamil semakin bertambah dan perut juga menjadi semakin besar. Ibu hamil cukup sekadar melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.Pengambilan air yang cukup sangat diperlukan pada peringkat ini untuk memastikan tubuh ibu tidak terhidrat dan bekalan air ketuban sentiasa mencukupi buat bayi di dalam rahim.
Makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah disebabkan keadaan bayi yang semakin membesar dan faktor kedudukan ruang perut.
Ada apa-apa lagi yang saya tertinggal? Mungkin ada yang tahu pantang larang semasa mengandung untuk orang Cina dan India? Kongsikan di ruangan komen.
Semoga bermanfaat!
Thursday, July 19, 2018
7 BAHAN SEMULAJADI PENGUBAT SAKIT GASTRIK
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...

-
Assalamualaikum & Hai.. Pernahkah anda alami perkara seperti di bawah? Pedih di ulu hati? Perut kembung? Kurang selera m...
-
Jeng..jeng..jeng.. Benarkah buah betik dapat membesarkan saiz payudara? OMG..my favorite fruit ni!! But mostly saya akan cari betik ni bi...
-
Assalamualaikum & Hai.. Wanita hamil tidak dapat lari daripada pantang larang demi memastikan kesihatan dan keselamatan buat diri...