Friday, January 5, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 5 hari kita di tahun baru 2018. Alhamdulillah juga bersempena tahun baru ni dapat juga capai impian nak make over kan blog kesayangan Sue ni.

Semoga tahun 2018 dapat memberi seribu kejayaan dan kegembiraan. In shaa Allah. Macam mana dengan tahun baru korang? Untuk Sue takde la celebrate apa pun cumanya Sue sefamily ke Dataran Kuala Kubu Baru sebab dah berjanji nak bawa Hannah tengok bunga api. Nak ke KL jauh sangat. lagipun esoknya Hannah dah nak kena register darjah 1. Best juga kat situ sebabnya sementara nak tunggu jam 12 tengah malam tu dapat berhibur dulu dengan Aiman Tino, Farah Hazel dan Projector Band. Ramai sungguh manusia malam tu. Sampai kan nak duduk makan-makan pun takde meja. Penangan Aiman Tino agaknya.







Sekejap je masa berlalu. Hannah pun dah masuk darjah 1. Later Sue cerita pasal first day Hannah masuk sekolah darjah 1 ye.

Azam Sue tahun ni memang nak kejar cita-cita dan impian dalam bisnes Shaklee ni. Sue nak pastikan vision board Sue menjadi kenyataan semuanya.

Seronok sebenarnya bila berbisnes Shaklee ni walaupun Sue sekadar hanya buat as part-time. Seronok bila bersama-sama sahabat-sahabat di alam maya sharing pelbagai ilmu, tidak hanya ilmu berkaitan shaklee sahaja. Malah, lebih daripada itu. Dalam masa yang sama dapat tambah kenalan dan bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.

Sahabat-sahabat Sue yang masih tercari-cari bisnes untuk menambah pendapatan samada secara part-time atau full time boleh contact Sue ya. In shaa Allah Sue akan guide korang sampai korang berjaya.
Dengan support group yang super awesome memang sangat memudahkan cara.

Macam mana nak join bisnes shaklee? contact je Sue seperti nombor yang tertera di bawah ok.
Last but not least, HAPPY NEW YEAR to all.


SUZAINI ISMAIL
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
***Konsultasi adalah PERCUMA

1 comment:

Anonymous said...

Cantiknya blog ni..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...