Tuesday, July 3, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum & Hai..


Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam khasnya pembaca setia blog saya dan juga customers Shaklee kesayangan saya.

Saya menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang berurusan dengan anda semua. Semoga di bulan yang baik, penuh kegembiraan dan kesyukuran ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita yang telah terbina ini.

Alhamdulillah, tahun ke-8 dapat beraya bersama dengan suami dan anak tapi tahun pertama beraya tanpa mak dan abah mertua kesayangan sekaligus. Sedih, sebak, sayu semua ada sebab bila mak abah ada rumah tak pernah sunyi. Ada ja saudara-mara yang datang. Rindu sangat-sangat. Walau apa pun yang pergi tetap pergi kan.



AL-FATIHAH untuk arwah mak mertua, HAZIZAH BINTI YUSOF & arwah bapa mertua, JAMALUDDIN BIN MAT YUSOF
.
.
.
.

Ok, back to our raya story, alhamdulillah tahun ni dapat sedondon hijau pula. Actually, memang jenuh juga la nak mecari warna sedondon ni tau sebab bila warna bertepatan dengan mata dan hati saiz pula tak ada. But after all we manage to settle hal-hal baju raya ni dalam satu hari je. Kira ok la tu kan.



Aidilfitri tahun ni giliran beraya di kampung suami jadinya ke Trolak Utara lah kita. Raya kedua barulah bertolak balik ke Kedah.

Aktiviti sama akan dilakukan bila tiba raya ni. Settle bermaaf-maafan antara satu sama lain, aktiviti yang tak boleh ditinggalkan semestinya lah aktiviti bergambar.




Lepas bergambar semua barulah keluar beraya menziarah jiran tetangga di sekitar rumah arwah mertua yang dah pun kami anggap macam keluarga sendiri dah. Disebabkan raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, makanya lepas Solat Jumaat la baru sambung beraya semula ke rumah saudara-mara dan juga sahabat taulan suami la yang pastinya.



Memang ditakdirkan kami suami isteri ni suka kalau bab-bab ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjung ni tau terutama musim-musim raya macam ni sebabnya time ni jek lah kebanyakannya dapat bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman masing-masing kan.

Cuma sayangnya masa balik ke Kedah tak sempat nak beraya banyak tempat sebabnya ramai tetamu yang berkunjung ke rumah melawat adik saya dan keluarganya yang kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah tempoh hari. Alhamdulillah, mereka semua selamat. Cuma kereta jek la cedera parah. Hehehe.

Nanti saya story lagi pasal excident ni ye. 

Anyway, raya masih berbaki 2 minggu lagi lebih kurang kan. So, jangan lupa gunakan masa yang ada ni sebaiknya ye.

Monday, July 2, 2018

5 TANDA KEHAMILAN YANG MUNGKIN ANDA AKAN ALAMI

Assalamualaikum & Hai...

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk hamil zuriat sendiri kan? Bagi pasangan suami isteri yang telahpun mempunyai zuriat pertama pastinya ingn menambah lagi ahli keluarga baru. Hari ini saya nak kongsikan tanda-tanda kemungkinan anda hamil.

Perkongsian saya ni lebih kepada pengalaman sendiri dan juga kebanyakan wanita lain juga. Ianya tidak semestinya sama, tetapi boleh dijadikan rujukan.

5 TANDA KEHAMILAN

1. Mengidam

Mungkin tanda ini nampak cliche sebab sesetengah wanita juga mengalami simptom ini apabila di ambang kedatangan period ataupun selepas period. Mengidam juga boleh ditafsirkan sebagai hamil ataupun tanda badan kita kekurangan nutrien-nutrien tertentu. Tetapi jika anda bukan jenis yang suka mengidam di hari-hari biasa, maka ini mungkin petanda positif untuk anda! Tambahan pulak disertai dengan tanda-tanda lain seperti yang akan saya ceritakan nanti.

Tanda-tanda kehamilan


2. Warna aerola menjadi gelap

Seringkali menjadi tanda-tanda kehamilan yang pasti apabila warna disekeliling puting menjadi gelap daripada kebiasaan. Ianya membawa petanda bahawa persenyawaan telah berjaya. Namun begitu ianya juga boleh menjadi petanda akan ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan ataupun bekas kesan kehamilan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Hal ini seringkali berlaku apabila perlekatan embrio & bermulanya penghasilan hormon "human chorionic gonadotropin" atau hCG. Semakin besar janin maka semakin keraplah anda akan ke tandas kerana pundi kencing terhimpit dengan kandungan. Tetapi jangan dipandang enteng tanda ini kerana ianya juga boleh membawa petanda lain seperti anda mungkin menghidapi penyakit kencing manis.


Tanda-tanda kehamilan


4. Period tidak muncul

Petanda ni mungkin akan membuatkan anda dan suami tersenyum lebar jikalau anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Jikalau period anda adalah kucar-kacir, maka kelewatan period itu adalah perkara biasa yang dipengaruhi oleh hormon dalam badan anda.



Tanda-tanda kehamilan


5. Ujian kehamilan adalah positif

Setelah anda dapati period anda lewat samada sehari, seminggu atau sebaik-baiknya 2 minggu maka anda bolehlah melakukan ujian kehamilan sendiri dirumah menggunakan Urine Pregnancy Test (UPT) yang boleh di dapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Jika hasil ujian tersebut adalah positif maka sudah pastinya anda hamil dan bersiaplah untuk ke klinik untuk mendapatkan jawapan yang pasti.


Tanda-tanda kehamilan


Haa..macam mana? Ada yang sedang alami tanda-tanda yang disenaraikan ni ke?

TAHNIAH saya ucapkan. Bolehlah cuba amalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE untuk memastikan anda kekal bertenaga, sihat dan mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.


Set Kehamilan Shaklee



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964





Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Wednesday, February 7, 2018

8 TAHUN YANG INDAH


Alhamdulillah, Isnin lepas genap 8 tahun usia perkahwinan daku bersama suami tercinta. Dalam tempoh 8 tahun yang indah ni pelbagai suka duka, turun naik, jatuh bangun dilalui bersama. 

Biasa la adat berumah tangga kan, ada pasang surutnya. Tapi biarlah kita atasinya dengan kematangan dan bukan emosi semata-mata. Lagi 2 tahun akan memasuki usia 10 tahun iaitu fasa kedua dalam perkahwinan kan.



Doakan yang baik-baik, In shaa Allah yang baik-baik juga akan datang dan diperoleh.

Terima kasih tak terhingga buat suami untuk segala-galanya. Teman gaduh yang paling setia ni. Hahaha..Gaduh-gaduh manja je pun barulah harmoni rumahtangga, ye dak?

Paling best bila suami buat surprise dengan delivery kek dan 3 kuntum bunga dihiasi dengan coklat-colat kegemaran. Wow sangat tau. Jimat sebulan tak payah beli coklat. Yang kelakarnya, dari hari Sabtu minta alamat office sampai ke sudah daku tak bagi sebabnya lupa. Last-last terpaksa la En. Suami google sendiri alamat.

Senyuman terkejut bercampur happy namanya ni.
Bila delivery boy dah sampai boleh pulak berpakat dengan Tasha Recep kat depan kata ada orang KPJ nak jumpa. Adoiii, terkena pulak daku time tu. Dah la tengah ada discussion dengan bos time tu. Kalau teringat balik memang kelakar. Terima kasih juga pada kawan kepada En. Suami yang menyediakan servis surprise delivery yang tip top ni. Kek pun superb!

Serius sedap kek ni.

Anyway, thanks to all sweet wishes samada melalui FB, IG or Whatsapp. I love you all.

HAPPY ANNIVERSARY TO US


8 tahun lepas di Majlis Bertandang, Trolak Utara, Sungkai, Perak.
Alhamdulillah kedua-dua pengapit we all pun masing-masing dah berkahwin.
Di pagi Anniversary, En. Suami cuti Isnin lepas. Jadinya beliau la jadi driver daku pada hari tu.










Saturday, February 3, 2018

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH - PART 1

Bila anak dah cuti sekolah mulalah banyak pertanyaan yang muncul antaranya, "kita tak pegi holiday or jalan-jalan ke mana-mana ke mama?" Eh, jangan kata anak, mama pun dah terfikir soalan tu lagi awal dari Hannah. Bukan apa, cuti sekolah hujung tahun macam ni la kita dapat spend lebih banyak masa dengan anak-anak sebab anak-anak pun dah free from any scholl activities kan.

Alang-alang juga tu cousin Hannah yang sulung bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya dari Johor ngam-ngam pula tu tarikhnya jatuh pada first day cuti sekolah. Jadinya we all decide untuk jalan-jalan, pusing-pusing bahagian selatan je la. Senang, sekali harung ja.

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG KHAIRUL DAN IZAH 
Di malam Majlis Pernikahan Along & Izah

Di hari Persandingan Along & Izah. Sempat bergambar kenangan dengan ipar-duai sekali dengan mak pengantin berbaju kuning diraja tu dan anak-anak buah yang super gorjes.


Sambil tunggu Pengantin ready dengan team kompang bagai kita berswafoto dulu lah.


Our sweet litte family dengan pengantin.
Selepas selesai majlis, masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang terus balik KL, ada yang sambung cuti macam we all ni la. Bila lagi kan nak merasa? Selalunya percutian kami hanya setakat Melaka ja paling jauh. Susah sungguh nak sampai ke Johor.

Jadinya we all decided untuk ke rumah my cousin. Ala, lupa pulak nama tempatnya. Sampai dah petang, rehat-rehat kejap then my cousin bawa dinner & pusing-pusing bandar JB. Best weh. Maklumlah dah almost 9 years tinggalkan Johor dengan pelbagai kenangan kan.

Jadi babysitter jap supaya mama nya dapat makan dengan tenang.

Ronda-ronda JB jap.

Actually masa di Johor tak banyak masa sangat berjalan-jalan sebabnya mungkin dah keletihan dan blur ke mana nak tuju lagi. Dalam kepala Sue memang set dah nak ke UTM je sebab rindu sangat suasana di sana. 

Alhamdulillah, dapat juga la masuk UTM, tempat Sue study dulu selama 3 tahun. Sayangnya bila dah terlalu asyik mengimbau kenangan dulu terlupa pula nak ambil barang 2 ke 3 shoot gambar sebagai kenangan. Takpe la, itu tandanya kena datang semula la kan. Jadi la dapat lepak & kidnap dengan cousin sekejap.

UTM DIHATIKU
Berpeluang melepas rindu di UTM setelah 9 tahun meninggalkan tempat belajar ni.
So, lepas breakfast we all menuju terus ke UTM, singgah ambil cousin lagi sorang dan terus lunch pula. Kali ni my cousin yang kami tumpang tidur kat rumah semalam tu bawa we all lunch Nasi Padang di Restoran Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali. Makan sampai sengkak perut orang Kedah kata. 


Ambil sepupu dulu yang study di UTM juga bawa makan-makan, ronda-ronda JB.
Ale-Ale Nasi Padang Safee Sali
Semua enjoy makan penuh pinggan ni.
Destinasi seterusnya ke Forest City pula. Hujung-hujung dah tempat ni. Dah dekat-dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dah. Subhanallah, cantik sungguh-sungguh ok view persekitaran kat tempat tu. Siap ada taman rekreasi sekali dengan swimming pool lagi kat sana. Apa lagi, Hannah meronta-ronta la nak terjun pool tu. tapi nak buat macam mana, we all kejar masa nak check in di Melaka pula.

Forest City, Johor Bahru

Forest City, JB

Forest City, JB

Forest City, JB

Rasanya macam tiap-tiap tahun ke Melaka, tapi masih rasa macam tak puas-puas juga. Rasa macam banyak benda lagi tak try makan. Nak buat macam mana memang dah style we all kalau bercuti ke mana-mana mesti nak cari makanan yang tengah viral dan trending.

So, untuk percutian di Melaka Sue sambung next entry ya.










Wednesday, January 17, 2018

PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2018 : OMEGA GUARD

Assalamualaikum & hai


Nampaknya bulan Januari 2018 dah sampai ke pertengahan bulan barulah iolss sempat nak mengwar-warkan PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2018 ni. Rasa-rasanya ramai dah tahu kan pasal promo ni sebab my loyal customer pun dah grab Omega Guard ni.



Sesiapa yang belum grab this promotion cepat-cepatlah contact SID seluruh Malaysia untuk dapatkannya. Kalau tidak melepas la jawabnya kan.



Seperti mana entry sebelum-sebelum ni, Omega Guard ni sesuai diamalkan oleh orang, dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Kalau dapat amalkan sebelum didiagnos dengan apa-apa penyakit pun lagi bagus sebabnya bila kita amalkan Omega Guard semasa sihat dan tujuan pengambilannya adalah untuk kesihatan, ianya lebih mudah serasi berbanding apabila ditimpa sakit, keserasian tersebut agak mengambil masa. 



Bulan ini Shaklee menyediakan promosi Omega Guard dalam bentuk:



Dengan pembelian 3 botol Omega Guard akan dapat 5% potongan lagi.


Berbaloi kan? Boleh beli untuk suami/isteri, anak-anak, ibu/bapa or hadiahkan kepada orang yang tersayang. Tapi sebelum tu mesti korang nak tau kebaikan Omega Guard ni dulu kan? Baiklah. Meh kita refresh balik ok.



KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE 


Banyak kebaikan Omega Guard yang akan korang peroleh bila diamalkan secara konsisten. Anak-anak yang baru melalui fasa peralihan daripada tadika ke darjah 1 pun dah boleh mula amalkan Omega Guard ni sebab ianyan bagus untuk sistem imun dah juga ketajaman minda.

So, antara kebaikan-kebaikan Omega Guard ini adalah seperti di bawah:

  1. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  2. Membantu meningkatkan kesuburan.
  3. Pengambilan secara berterusan memyerikan kulit, kulit lebih licin dan kemerah-merahan.
  4. Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  5. DHA dan EPA mampu menentang trombosis.
  6. Merendahkan kepekatan darah dan tekanan  darah tinggi.
  7. Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar
  8. Mengekalkan tekanan darah normal.
  9. Mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala.
  10. Merendahkan kolestrol.
  11. Menghindarkan  pembekuan darah didalam badan.
  12. Mengawal masalah obesiti.
  13. Mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction.
  14. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  15. Membantu tumbesaran  dan perkembangan otak janin.
  16. DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting dalam 3 bulan terakhr perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
  17. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
  18. Mencegah penyakit alzheimer.
  19. Memelihara penglihatan dan pendengaran dan  mencegah migrain.
  20. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  21. Membaiki alahan kulit, psorisis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupuserythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  22. Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  23. Meningkatkan enterogastritis, merangsang hati selepas pembedahan.
  24. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  25. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
  26. Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  27. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  28. Membaikpulih gout dengan berkesan.
  29. Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.
  30. EPA dan  DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophernia.

Dos pengambilan untuk setiap peringkat seperti di bawah:

*Dewasa = 3 biji maksimum* Wanita Hamil = 1 @ 2 biji * Kanak-kanak = 1 biji / 2 @ 3 biji mengikut keperluan.


Promosi Omega Guard ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2018. Untuk dapatkannya boleh hubungi nombor seperti di bawah.


SUZAINI ISMAIL
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
***Konsultasi adalah PERCUMA



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Friday, January 5, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk 5 hari kita di tahun baru 2018. Alhamdulillah juga bersempena tahun baru ni dapat juga capai impian nak make over kan blog kesayangan Sue ni.

Semoga tahun 2018 dapat memberi seribu kejayaan dan kegembiraan. In shaa Allah. Macam mana dengan tahun baru korang? Untuk Sue takde la celebrate apa pun cumanya Sue sefamily ke Dataran Kuala Kubu Baru sebab dah berjanji nak bawa Hannah tengok bunga api. Nak ke KL jauh sangat. lagipun esoknya Hannah dah nak kena register darjah 1. Best juga kat situ sebabnya sementara nak tunggu jam 12 tengah malam tu dapat berhibur dulu dengan Aiman Tino, Farah Hazel dan Projector Band. Ramai sungguh manusia malam tu. Sampai kan nak duduk makan-makan pun takde meja. Penangan Aiman Tino agaknya.







Sekejap je masa berlalu. Hannah pun dah masuk darjah 1. Later Sue cerita pasal first day Hannah masuk sekolah darjah 1 ye.

Azam Sue tahun ni memang nak kejar cita-cita dan impian dalam bisnes Shaklee ni. Sue nak pastikan vision board Sue menjadi kenyataan semuanya.

Seronok sebenarnya bila berbisnes Shaklee ni walaupun Sue sekadar hanya buat as part-time. Seronok bila bersama-sama sahabat-sahabat di alam maya sharing pelbagai ilmu, tidak hanya ilmu berkaitan shaklee sahaja. Malah, lebih daripada itu. Dalam masa yang sama dapat tambah kenalan dan bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain.

Sahabat-sahabat Sue yang masih tercari-cari bisnes untuk menambah pendapatan samada secara part-time atau full time boleh contact Sue ya. In shaa Allah Sue akan guide korang sampai korang berjaya.
Dengan support group yang super awesome memang sangat memudahkan cara.

Macam mana nak join bisnes shaklee? contact je Sue seperti nombor yang tertera di bawah ok.
Last but not least, HAPPY NEW YEAR to all.


SUZAINI ISMAIL
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
***Konsultasi adalah PERCUMA

Friday, December 22, 2017

6 KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE

Bila sebut Vitamin C ni kan mesti kita akan kaitkan dengan kecantikan kan. Walhal kebaikan Vitamin C ni tidak terhad pada kecantikan semata-mata. 

Dulu punya cerita sebelum kenal Shaklee memang Sue tak pandang sangat kepentingan Vitamin C ni sebab Sua dah amalkan multivitamin. Bila dah kenal Shaklee, dah tau kandungan Vitamin C ni terus rasa teruja nak amalkan Vitamin C.

Memang pilihan saya tepat terutama bila 2 tahun lepas saya disahkan mempunyai penyakit Endometriosis. Bila minta nasihat doktor pakar O&G memang salah satu suplemen yang digalakkan untuk diamalkan ialah Vitamin C. Rupanya Vitamin C ni termasuk dalam senarai suplemen yang mempunyai antioksidan yang tinggi.

Nanati di entry akan datang saya akan share sedikit sebanyak maklumat berkenaan Endometriosis ni. So, now lets focus on Vitamin C. Banyak sebenarnya kebaikan Vitamin C ni selain daripada untuk kecantikan dan kesihatan kulit.


KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE

🌸Imuniti
Kolagen adalah umpama gam untuk pelekatan otot-otot kita, kekurangannya kulit akan mula menunjukkan tanda penuaan. Ia juga melindungi badan dari jangkitan dan menjaga kesihatan tulang dan gigi. 

🌸Juga terkenal dengan keupayaan untuk menyembuhkan luka.

🌸Mengurangkan “common cold”. Contohnya seperti hidung berair dan selsema.

🌸Antioksidan
Terbaik juga sebagai agen antioksidan. Ianya melawan radikal bebas yang berupaya menghalang kita dari serangan penyakit yang tidak diingini seperti kanser.

🌸Darah tinggi
Di katakan boleh mengurangkan simptom darah tinggi dengan menurunkan tekanan darah anda.

🌸Mencegah katarak
Penyakit katarak adalah berkaitan dengan mata. Ia berupaya menjaga kesihatan mata dengan memberikan kesihatan mata yang optimum.



Saya nak kongsi satu tips terbaik untuk membantu penyerapan zat besi dalam badan adalah dengan mengambilnya bersama sumber Vitamin C. Vitamin C ibarat sahabat baiknya yang membantu. So, sebab tu Sue sering cadangkan pengambilan Vitalea diambil bersama-sama dengan Vitamin C untuk memaksimumkan penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vitalea.



Best kan Vitamin C Shaklee ni? Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sue seperti yang tertera di bawah.


SUZAINI ISMAIL
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964
***Konsultasi adalah PERCUMA


Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...