Sunday, August 5, 2018

KETAHUI POSISI TIDUR IBU HAMIL AGAR TIDAK MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA BAYI YANG DIKANDUNG

Assalamualaikum & Hai..

Korang rasa kan apakah posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung? Ibu-ibu digalakkan untuk tidur dengan mengiring ke sebelah kiri semasa tidur. Kenapa agaknya posisi ini adalah sangat disyorkan?

POSISI TIDUR IBU HAMIL

Ingat lagi dulu waktu mengandungkan Hannah, bila masuk trimester kedua je memang masalah tidur pun terjadi. Mengiring ke kiri tak selesa, mengiring ke kanan tak selesa, tidur menegak apatah lagi, memang langsung tak selesa. Akhirnya tidur dengan posisi duduk bersandar ke katil. Tapi tak adalah setiap masa tidur dalam posisi begitu. Jenuh pula sakit pinggang kan. Dalam banyak-banyak posisi, memang diakui posisi tidur mengiring di sebelah kiri dapat memberi keselesaan di kebanyakan masa.

Kenapa Ibu Hamil Sukar Tidur Dengan Selesa?

  • Saiz abdomen yang semakin membesar sesuai dengan perkembangan bayi yang dikandung.
  • Ibu ada masalah sakit belakang.
  • Masalah pedih ulu hati juga mengundang masalah sukar tidur dengan sempurna.
  • Nafas rasa pendek/mengah
  • Insomnia (satu penyakit sukar tidur). Mungkin terjadi kerana ibu memikirkan kandungan atau bimbangkan detik bersalin dan penjagaan selepas bersalin nanti.
Kenapa Posisi Tidur Mengiring Digalakkan?

  • Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.
  • Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.
  • Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.
  • Juga dikatakan posisi tidur mengiring ke kiri lebih baik kerana tidak mahu membebankan dan beri tekanan pada jantung bayi yang menghadap ke sebelah kanan.
Kenapa tidak digalakkan tidur terlentang?

Kerana ianya akan memberikan sepenuh tekanan pada tulang belakang, otot-otot dan juga saluran darah.

Bila tekanan berlebihan, ia akan boleh menyebabkan ibu rasa pening kerana tekanan darah yang rendah. Kadangkala ia juga boleh menyebabkan terjadinya buasir atau kesakitan pada tulang belakang.

Bagaimana Mahu Memastikan Ibu Dapat Tidur Dengan Selesa?

Boleh cuba tips ini. Pastikan ibu dapat cukup kalsium seperti minum susu sebelum tidur. Ini kerana dalam susu mengandungi Tryptophan iaitu sejenis asid amino yang boleh membantu tidur lebih lena.

Tapi bagaimana pula bagi ibu yang tidak gemarkan susu? Ibu-ibu boleh mencuba rangkaian produk yang saya pernah cadangkan sebelum ini iaitu ESP (energizing soy protein) dan juga Ostematrix (pil kalsium). ESP adalah berasaskan soya dan mengandungi Tryptophan yang sangat mudah diambil.

ESP ini boleh dibancuh segelas sebelum tidur. Atau jika korang tidak sukakan jenis bancuh, tak boleh nak telan susu atau pun soya, pilihan lain adalah Ostematrix. Cuba dulu baru akan rasa kesannya, insyaAllah lebih senang tidur sebab tidur yang berkualiti lebih baik daripada kuantiti tidur itu sendiri.

ESP & OSTEMATRIX SHAKLEE

Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL
FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.


No comments:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...