Saturday, October 11, 2014

10 SEBAB DIET ANDA GAGAL

Ada di antara kita yang berdiet tapi masih tak nampak hasil kan? Tak kira la dari segi bentuk badan (body shaping) ataupun penurunan berat badan walaupun kononnya dah kawal pengambilan makanan, dah buat senaman, dah kurang makan di luar. Kenapa ye agak-agaknya??? Mesti stress kan??


Stress

Ok. Taknak stress ye korang. Meh kita tengok antara sebab diet kita gagal. 

10 SEBAB DIET GAGAL

  1. Berhenti mengambil makanan kegemaran secara drastik
Ø        Menggantikan jenis makanan secara drastik akan membuatkan kita kembali kepada jenis makanan sebelumnya secara drastik juga. Menukar jenis makanan perlu dilakukan secara bernasur-ansur supaya badan kita sudah bersedia untuk menerima perubahan.
  1. Tidak mengambil langsung lemak
Ø        Kita perlu ada pengetahuan tentang zat gizi yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Tidak semestinya dengan tidak mengambil langsung lemak diet kita akan berjaya. Lemak adalah antara keperluan gizi yang dipenuhi. So, jangan takut untuk mengambil nasi lemak @ burger tapi makan dengan sedkit bukan hari-hari ye.
  1. Tidak mengambil langsung karbohidrat
Ø        Ada yang berjaya mendapatkan berat badan yang diidamkan dengan cara tidak mengambil langsung karbohidrat. Tetapi perlu diingatkan kekurangan karbohidrat akan menyebabkan kita keletihan & kekurangan tenaga. Pastinya akan mengganggu aktiviti harian kita. Jadi, jangan menolak terus karbohidrat sebaliknya ubahlah jenis karbohidrat daripada nasi kepada kentang.
  1. Hadkan pengambilan makanan secara tiba-tiba
Ø       Tak perlu menghadkan makanan secara tiba-tiba ye korang. Memadai dengan makan secara teratur dengan menu seimbang. Jangan lupa untuk melakukan senaman juga. Kalau hanya sekadar menjaga pemakanan tanpa bersenam bagaimana segala toksin, peluh nak keluar dari badan.
  1. Pengamalan diet yang membosankan
Ø      Contohnya seperti kita hanya mengambil oat sahaja setiap kali waktu makan. Diet yang membosankan akan menyebabkan kita kembali kepada corak pemakanan asal. Untuk mengelakkan hal ini terjadi pelbagaikan resepi diet yang kita boleh dapatkan melalui buku masakan, majalah, internet dan juga bertukar-tukar resipi dengan rakan-rakan.
  1. Tidak mampu menahan nafsu makan 
Ø        Masalah ini semestinya datang daripada diri sendiri terutama apabila makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kita boleh mengambil makanan yang kita suka tetapi dalam kuantiti yang sedikit jika ingin berjaya dengan diet yang kita amalkan.
  1. Berfikiran negatif
Ø        Kita sering berfikiran negatif & meletakkan matlamat yang tidak realisitk pada diet kita apabila sesudah seminggu berdiet kita telahpun mengharapkan bahawa berat badan kita telah turun berkilo-kilo. Apabila matlamat tidak kesampaian mulalah kita berhenti secara mendadak dari berdiet & merasakan anda diet anda gagal. Kita perlu tau setiap dari kita berbeza-beza. Ada sesetengah orang walaupun baru seminggu berdiet secara betul & sihat dia sudah dapat hasil yang menakjubkan begitu juga sebaliknya.
  1. Senaman yang tiada variasi
Ø        Melakukan senaman menggunakan treadmill sahaja memang berkesan untuk membakar lemak. Tetapi jika kita pelbagaikan lagi senaman mesti kita akan rasa lebih menghargai diri & kesihatan. Berdiet tanpa senaman akan menyebabkan hasil yang dingini akan lambat berhasil.
  1. Melakukan senaman ketika lapar
Ø        Melakuakan senaman ketika lapar akan menyebabkan badan akan membakar tenaga dari otot dan bukannya lemak.
  1. Melewatkan waktu makan
Ø        Kunci utama penurunan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori bukannya dengan cara melewatkan waktu makan kerana ianya akan mengganggu keseimbangan dalam badan. Sesibuk manan pun kita hendaklah dipastikan agar setiap waktu makan dijaga dengan baik.


Piramid Makanan
Piramid Makanan Untuk Kesihatan Jangka Panjang


Jika kita dapat fahami Piramid Makanan ini, In Shaa Allah proses penurunan berat badan atau dengan perkataan mudahnya diet akan menjadi mudah, selamat & berkesan.

Nak kurus & diet yang sihat, selamat & berkesan dengan Shaklee?? 

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies





B-COMPLEX SHAKLEE : KENALINYA DENGAN LEBIH MENDALAM

Adakah korang semua dah kenal dengan vitamin B-Complex terutamanya dari Shaklee??? Kalau dah kenal alhamdulillah sebab banyak manfaatnya. Kalau belum kenal jom sama-sama kita kenalinya.

Berdasarkan daripada pengalaman saya, kebanyakan dari customer saya pada mulanya takut untuk mengambil B-Complex. Ha...nak tau kenapa? Kata mereka antaranya adalah disebabkan rasanya yang kurang digemari dan warna kuningnya yang memberi kesan kepada warna urin @ air kencing. Jangan risau ye korang tentang rasa kerana kita hanya perlu menelan & tidak perlu mengunyah @ menghisap B-Complex tersebut. Perubahan warna pada urin yang kekuningan pekat adalah satu perkara normal kerana B-Complex adalah sejenis vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. So, korang tak perlu takut @ risau lagi okey!

B-Complex Shaklee boleh tahan sehingga 4 bulan

Untuk pengetahuan korang juga B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh yang demikian, pengguna & pengamal B-Complex sangat digalakkan melebihkan pengambilan air putih @ teh herba. Jika pengambilan air adalah mencukupi, korang akan dapati warna urin anda juga akan berubah kepada lebih jernih.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH B-COMPLEX SHAKLEE?

Ini adalah soalan yang selalu saya dapat daripada customer saya. Seperti semua sedia maklum terdapat banyak pilihan B-Complex di pasaran. Apa yang membuatkan B-Complex Shaklee berbeza daripada pengeluar-pengeluar lain adalah kerana B-Complex Shaklee mengandungi 8 vitamin B yang lengkap terdiri daripada B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik), B12(Cyanocobalamin) dan Pantothenic Acid berbanding dengan jenama lain yang mana B-Complex nya hanya mengandungi 7 vitamin B sahaja. Uisshhhh.. Banyak rupanya adik-beradik B-Complex ni kan.

Bukti kandungan 8 vitamin B yg lengkap dalam 1 biji B-Complex Shaklee

KENAPA B-COMPLEX PENTING UNTUK DIAMBIL/DIAMALKAN?

Korang tau tak kekurangan B-Complex ni boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Daya memori akan menurun
  • Mengganggu fungsi otak & seterusnya akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Tekanan perasaan / mudah tersinggung / kurang fokus 
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
Sebab tu B-Complex ni penting untuk kita amalkan dalam diet harian kita. Ada yang mengatakan pengambilan vitamin B-Complex ini tak penting kerana mereka boleh perolehinya daripada sumber makanan & minuman contohnya seperti daging lembu, ikan, gandum, susu & sebagainya. Ianya adalah betul & memang tak dapat disangkal lagi tapi persoalannya adakah mencukupi & adakah kita prihatin dengan kandungan vitamin di dalam setiap apa yang dimakan?
 
In Shaa Allah dengan cara pengambilan B-Complex Shaklee yang betul & berterusan sudah pasti korang akan dapat merasai perubahannya pada kesihatan tubuh korang.

Nak try??? Nak order??


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies





Monday, July 7, 2014

PERUBAHAN FIZIKAL KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum..

Saat yang paling gembira & bahagia pabila kita disahkan mengandung mesti tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi ianya adalah pengalaman pertama kita kan. Pasti suami & seluruh ahli keluarga teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si permata hati.


Walau bagaimanapun, ada dikalangan wanita-wanita hamil di luar sana yang merasa tidak selesa akibat daripada perubahan hormon. Ada kalanya "sickness" tersebut telah menyerang sedari awal kehamilan lagi dan kemudian beransur-ansur pulih. tidak kurang hebatnya apabila "sickness" tersebut menyerang tak kira masa membuatkan mood anda "up & down"


Oleh yang demikian, wanita hamil perlu mengetahui serba sedikit perubahan fizikal terutamanya sedari awal kehamilan hinggalah di saat melahirkan. Perkongsian info ini dipetik daripada majalah Pa&Ma: Mei 2013. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk kita semua.

12 PERUBAHAN FIZIKAL WANITA HAMIL


1)      Mata Rabun
Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap alami sakit kepala. Secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Jika sakit semakin kerap segeralah berjumpa doctor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

2)      Pigmentasi Kulit
Ianya berlaku disebabkan peningkatan hormone pada awal kehamilan menyebabkan kulit menjadi sedikit gelap. Walau bagaimanapun perkara ini adalah normal dan akan beransur pulih dari semasa ke semasa.

3)      Ruam
Terjadi apabila badan anda tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap hormon progesterone menyebabkan badan akan dinaiki ruam. Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya.

4)      Gusi Bengkak @ Berdarah
Mesti ramai dikalangan ibu hamil yang mengalami  ini kan terutamanya semasa anda menggosok gigi. Hal ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada hormone estrogen & progesteron. Pengambilan suplemen kalsium tambahan amatlah digalakkan untuk mengatasi masalah ini.

5)      Payu dara Sakit
Ia juga berlaku disebabkan peningkatan pada hormon estrogen & progesterone yang menyebabkan saiz payu dara berubah bermula pada trimester pertama lagi. Ianya akan berlanjutan di sepanjang kehamilan.

6)      Rahim Mengeras
Hal ini akan kerap berlaku apabila kandungan anda semakin membesar biasanya pada usia 8 bulan. Anda akan berasa seperti kontraksi rahim di mana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang akan berlaku pada bila-bila masa.

7)      Kaki Kejang / Bengkak
Jaga-jaga kerana ia mungkin boleh menjadi petanda praeklampsia. Ianya sering kali menyerang ibu-ibu hamil kerana berlaku terlalu banyak air bertakung di bahagian kaki.

8)      Kuku Pecah / Merekah
Lebihan hormon boleh menyebabkan pertumbuhan kuku menjadi lebih pantas & meningkatkan potensi kuku merekah @ pecah boleh berlaku.

9)      Rambut Berminyak
Juga berlaku akibat hormon progesteron.

10)   Sakit Belakang
Jika diserang sakit belakang anda akan berasa sangat terseksa. Duduk, bangun, berdiri, berjalan, berbaring serba tak kena. Ianya berlaku disebabkan ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. Oleh itu, secara tidak langsung, bahagian belakan akan menerima tekanan.

11)   Sakit Pinggang
Sama seperti sakit belakang tetapi kerap kali dialami di trimester akhir kandungan dan tulang belakang pula semakin membengkok untuk menampung kandungan yang semakin membesar.

12)   Kebas Tangan
Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak member kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Juga dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.

Para ibu hamil perlu menitikberatkan kesihatan diri kerana ketika hamil kita bukan sekadar menjaga diri sendiri malahan juga zuriat kurniaan Ilahi. Shaklee mempunyai suplemen yang boleh membantu ibu-ibu hamil mengatasi masalah-masalah seperti di atas. Sebarang pertanyaan & konsultasi bagi yang membeli suplemen Shaklee dengan saya bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Sunday, July 6, 2014

VIVIX SHAKLEE: FAKTA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU!!

Assalamualaikum...

Salam Ramadan semua..Bagaimana ibadah puasa anda setakat hari ini? Semoga kita dapat hadapi Ramadan mulia tahun ni dengan penuh kesederhanaan & keinsafan. Lama sungguh tak mengupdate di sini. Ok.. tanpa buang masa jom kita bercerita tentang Vivix Shaklee.


Wahhhh...semua peminat tegar Vivix sure senyum dah macam gambar kat atas kan..Alhamdulillah berita gembira buat peminat tegar Vivix bolehlah borong bulan ni sebab promosi Shaklee bulan ni adalah VIVIX!!!

Jom kita kenali tonik yang hebat ini terutamanya buat bakal peminat tegar. Dalam kajian klinikal terkini, penemuan utama menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

4 Ramuan Aktif Yang Tinggi Kandungan Resveratrol & Polifenol Yang Lain



Muscadine Grape : anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu krosom, yang mana saintis percaya ianya dapat mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Anggur ini adalah berbeza dengan anggur biasa.

Purple Carrot : sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk caretenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ianya juga mengandungi anthocyanins yang merupakan sumber antioksidan yang tinggi.

Elderberry (Sambucus Nigra) : satu daripada manfaat Elderberry ini adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom selsema, terutama sekali influanza B. Ia juga mengandungi flavanoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, maka dengan itu ianya mampu mengukuhkan sistem imunasi badan kita.

Polygonum Cuspidatum : juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ianya adalah sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak anggur merah dan juga biji anggur merah.






Di dalam kajian makmal pula, ramuan semulajadi yang terdapat dalam Vivix dapat memberikan impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu:
  1. Melindungi & memperbaiki sellular DNA
  2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  3. menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)
Secara kesimpulannya, untuk kelihatan cantik berseri & awet muda untuk Aidilfitri yang bakal menjelma nanti haruslah amalkan pengambilan Vivix ini. Untuk bakal-bakal pengguna yang ingin mencuba, anda pasti tidak akan menyesal untuk memilikinya. Selain boleh bertahan sehingga 2 bulan (dengan sukatan pengambilan yang betul) ianya juga sudah tentu asli & semulajadi.

Jadi..apa tunggu lagi??? Jom dapatkan segera dengan harga yang berpatutan sementara promosi masih berlangsung!!


Beli 6 botol PERCUMA 1 botol. Boleh kongsi seisi keluarga, saudara-mara & sahabat handai. 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

Tuesday, February 11, 2014

KENALI VITA-LEA SHAKLEE


Ehemm..ehem....lama sudah tak menjengah blog kesayangan saya ni..Kesibukan kerja dengan new tasks memang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Now, alhamdulillah, i can fixed it well.

Ok, entry kali ni saya nak cerita sikit pasal Vita-Lea Shaklee ni atau dikenali juga sebagai Iron Formula. Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin PERTAMA yang dicipta di dunia. Ianya amat sesuai di ambil oleh mereka2 yang sibuk, selalu outstation dan tak suka mengambil pelbagai jenis vitamin dalam satu2 masa. Kenapa saya katakan begitu? Jawapannya adalah kerana Vita-Lea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian  yang lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin & 7 mineral penting seperti mana yang disarankan oleh RDA.

Gambar kiri Vita-Lea kini. Gambar kanan Vita-Lea dulu

MANFAAT UTAMA VITA-LEA:
  1. Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin & mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) sahaja dan anemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - penting kepada kanak2 dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma & melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kedihatan tiroid
  6. Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Tengok tu..berbaloi kan untuk memiliki 1 botol di setiap rumah kerana ianya amat sesuai untuk golongan2 seperti berikut: 
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin tingkatkan sistem imunisasinya 
  • Remaja yang sedang meningkat dewasa
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yg menopous
  • Wanita yang sedang hami;
  • Wanita yang baru bersalin
    Jom pakat ramai2 dapatkan Vita-Lea Shaklee ini dengan saya. Ada sesuatu yang istimewa buat anda pada bulan ini. Nak tau apa..hubungi saya segera samada melalui FB, Whatsapp, SMS atau WeChat seperti yang tertera di bawah sebelum promosi tamat hujung bulan ini.




    Hubungi segera:

    FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
    pm/whatsapp/call : 012-3464964
    WeChat : amerainies

    Thursday, January 23, 2014

    CEGAH RESDUNG DENGAN SHAKLEE


    Assalamualaikum..

    Lama rasanya kali ni 'membiarkan' blog tidak berupdate. Busy lately with new job scope yang memang tak sempat nak panggung (bahasa orang Kedah) @ angkat kepala. Nasib baik la ada ESP peneman setia dikala seharian letih dengan kerja hakiki.

    Ok..back to the topic saya rasa semua pun dah tahu pasal resdung ni kan. Satu keadaan dimana kita asyik nak menggaru hidung, mata dan asyik bersin sahaja tapi bukan selsema, betul tak? Resdung ni tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mengakibatkan MAUT jika ianya telah sampai ke tahap kronik.

    Untuk yang tidak tahu apa itu resdung..resdung merupakan satu keradangan yang biasanya terjadi kepada lapisan membran di dalam mana2 ruang sinus. Ada beberapa lubang yang berisi udara pada tengkorak dan ia diliputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruangan inilah yang kita panggil sebagai sinus.

    Bila tengok gambar2 berkaitan resdung di internet rasa "alamak..sampai tahap rompong hidung macam ni ke??". Ngeri ok! Jika anda mengalami sebarang gejala resdung seperti di bawah sila rujuk pada yang pakar terlebih dahulu ye supaya kita boleh pilih solutions nya.

    GEJALA RESDUNG
    •  Hidung selalu tersumbat yang menyebabkan kesukaran bernafas
    • Lendir dari hidung dan tekak
    • Sakit atau berat muka terutama di antara mata
    • Sering demam dan rasa tidak sedap badan berpanjangan
    • Alahan hidung terjadi seperti bersin, gatal hidung dan lain2.
    Jika tidak dirawat atau dicegah lebih awal akan membawa kemudaratan seperti:
    • Jangkitan nanah pada kawasan sekeliling mata
    • Jankitan pada otak
    • Sakit tekak yang kronik
    • Jangkitan pada tulan muka
    • Lelah menjadi lebih teruk
    • Berdengkur dengan kronik
    • Jangkitan pada telinga dan tonsil
    • Alahan hidung yang kronik
    • Selsema biasa yang berpanjangan
    Apabila kita menghadapi masalah resdung, ia sedikit sebanyak menggangu aktiviti harian kita yang mana ketidakselesaan akan berlaku pada bahagian muka khususnya. Selalunya ia terjadi di waktu pagi yang mana suhu persekitaran yang masih lagi sejuk. Rawatan yang sesuai perlu di ambil kira agar masalah ini dapat ditangani sebaiknya. Terdapat rawatan tradisional dan moden yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda menghargai dan menyayangi diri anda sendiri.

    Shaklee ada menyediakan suplemen yang sesuai untuk mengatasi masalah resdung yang terdiri daripada:


    Set Resdung
    Set Resdung Shaklee


    Anda masih ragu2 dengan Shaklee?? Cuba tengok testimoni di bawah ni. Happy nye customer ni bila hilang. Itulah yang dimaksudkan mencegah lebih baik dari mengubati. Jika sudah sampai ke tahap serius, menyesal pun tiada guna lagi.

    Set Resdung Shaklee
    Testimoni Berjaya


    Hubungi segera:

    FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
    pm/whatsapp/call : 012-3464964
    WeChat : amerainies

    Monday, January 6, 2014

    NEW YEAR YANG AWESOME

    Assalamualaikum semua..


    Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua. Hari ni hari yang keenam di bulan Januari 2014 bersamaan hari Isnin yang ceria (no monday2 blues ok guys..). Mesti masing2 dah tanam azam baru kan. Secara umum saya yakin yang ramai di antara kita nakkan sesuatu yang lebih baik dari tahun 2013, betul tak??? Tak kisah la dari segi kehidupan, pekerjaan, rumahtangga, pelajaran, anak2 dan lain2. Masing2 berazam untuk lebih bersemangat dan produktif di tahun 2014 ini untuk mengejar dan mencapai cita2 yang belum terlaksana sebelum ini. Begitu juga saya.

    Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee pada Oktober 2013 di bawah legasi senior saya semasa di sekolah menengah dulu. Sikapnya masih sama seperti dulu, kini dan in shaa Allah selamanya yang mana beliau tidak pernak lokek ilmu, tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengajar & memastikan 'anak2' nya juga mengikut jejak langkahnya satu hari nanti sepertimana yang beliau pernah membimbing saya & rakan platun Kadet Polis yang lain. Terima kasih Mommy a.k.a Kak Ida Rusyeela.

    Bulan berganti bulan saya mampu mencabar diri untuk mendapat 'sesuatu' yang lebih baik. In shaa Allah saya akan sahut cabaran demi cabaran daripada Leader yang saya sayangi ini. Penutup tahun 2013 yang awesome dan semestinya lebih awesome pabila melihat pada "payslip" Shaklee bulan Disember 2013 yang lepas. Alhamdulillah atas nikmat kurniaanMu Ya Allah..

    In shaa Allah.. kita usaha..kita doa..Allah perkenan doa kita, lambat atau cepat adalah ketentuanNya yang penting kita kena BERANI MENCUBA, MENGUBAH & MELAKUKANNYA.

    Anda ingin menjadi seperti saya dan lain2??Jom sertai kami yang sememangnya saling membimbing..saling membantu..saling bersaing untuk lebih berjaya..Sesiapa yang masih tercari-cari ruang & peluang & serius untuk menjana pendapatan sampingan @ sepenuh masa boleh hubungi saya pada bila2 masa. 

    Pendaftaran Ahli Shaklee
    Hubungi segera:

    FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
    pm/whatsapp/call : 012-3464964
    WeChat : amerainies
     

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...