Tuesday, December 10, 2013

MENYELESAIKAN MASALAH BUASIR DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Ramai daripada kita menganggap penyakit buasir ini adalah keturunan dan hanya terjadi pada peringkat umur yang lebih tua iaitu 50 tahun dan ke atas. Sebaliknya buasir boleh terjadi kepada remaja, wanita hamil dan sedang berpantang yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.


Jom kita kenali penyakit buasir


Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur.  Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur.  Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.  

Terdapat empat peringkat yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap Pertama

Berlaku pendarahan dan  bengkak yang menonjol keluar

Tahap Kedua

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur)

Tahap Ketiga

Keadaan yang sama seperti tahap kedua tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setengah dan boleh ditolak masuk secara fizikal.

Tahap Keempat

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau Penyebab Buasir 
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit
  • Cirit-birit yang kronik
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian
  • Mengandung atau bersalin

Kenali Simptom Penyakit Buasir

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Bagaimana Suplemen Shaklee Dapat Menyelesaikan Permasalahan Ini?

Untuk mengatasi  masalah ini, suplemen yang dicadangkan adalah seperti berikut:


1. Ostematrix
  • Memabantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Selain daripada itu, dapat memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagiam dubur.
2. Omega Guard
  • Baik untuk sendi & otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Oleh yang demikian, Omega Guard dapat membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
3. Zinc Complex
  • Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dalam proses membuang air besar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
Pengesanan awal penyakit ini dapat mengelakkan daripada pembedahan. Suplemen Shaklee seperti yang dicadangkan ini sangat membantu pesakit buasir ini. Pilihan terletak di tangan anda. Tepuk dada tanyalah "selera" anda.

Untuk mencuba/mendapatkan Set Buasir ini, bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi.

***Penghantaran percuma disekitar Bukit Beruntung & Rawang.


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies























Monday, December 9, 2013

OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum..

Sempena dengan promosi Omega Guard Shaklee bulan Disember ni, saya nak kongsikan sedikit info (saya budak baru belajar)  mengenai khasiat Omega Guard untuk kanak-kanak. Sebenarnya tanpa kita sedari anak-anak kita seawal dalam kandungan lagi telahpun menikmati khasiat Omega Guard ini jika sekiranya ibu tersebut mengamalkannya dalam tempoh kehamilannya.

 Khasiat ini juga dapat diteruskan lagi melalui penyusuan susu ibu. Kanak-kanak seawal usia setahun pula sudah boleh mengambil minyak ikan Omega 3 ini mengikut sukatan dan cara pengambilan yang telah ditetapkan.

Antara khasiat Omega Guard untuk kanak-kanak adalah:
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak2 yang mana kajian menunjukkan kanak2 yg mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas dan aktif.
  • Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, biasanya ibu2 mengambil alternatif untuk menyapu ubat atau krim luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian penyakit tersebut akan muncul kembali. Dengan pengambilan Omega 3 ianya dapat mengelakkan masalah eczema daripada berulang kembali.
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan.
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan inhaler.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak2 lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar.

Setiap ibu bapa pasti akan berusaha memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Oleh yang demikian, para ibu dan bapa boleh mencuba memberikan Omega Guard ini kepada anak-anak untuk memastikan kesihatan jangka panjang buat anak-anak.

Cepat2 dapatkan Omega Guard ini dengan HARGA ISTIMEWA. Anda boleh dapatkannya dengan harga dibawah RM100!!! Kalau nak jimat lagi boleh beli 6 PERCUMA 1 siap dapat membership free lagi. So, tunggu apa lagi??? Cepat2 hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies



ATASI MASALAH SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Topik hari ni memang khas ditujukan buat wanita. Lelaki pun boleh baca buat rujukan sekiranya senggugut ini dialami oleh isteri, anak-anak remaja, adik mahupun kakak. ok, let's start!!

Apakah sebenarnya senggugut atau period pain ini? 

Senggugut sangat mengganggu perjalanan harian kita sehingga boleh mengakibatkan MC, kelewatan ke tempat kerja, kusut-masai, murung dan lain-lain

Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Terdapat 2 jenis senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer ini berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. Kesakitan yang di alami hanyalah dirasai sekitar hari pertama dan kedua semasa kedatangan haid sahaja dan lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan pengambilan ubat penahan sakit seperti 'paracetamol' atau 'ponstan'.

Senggugut sekunder pula adalah sakit yang dialami disebabkan oleh masalah penyakit pelvis lain. Antaranya ialah seperti cyst, endometriosis, fibroid, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin mahupun tekanan dan kebimbangan. Bagi wanita yang mengalami senggugut sekunder ini, sakit yang dialami lebih lama dan lebih teruk. Sekiranya berlaku sedemikian, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan secepat mungkin agar masalah tersebut dapat diatasi segera sebelum ianya menjadi lebih serius.

Hmm..agak2 anda mengalami senggugut kategori yang mana satu? Anda perlu tahu apakah kategori senggugut anda supaya rawatan dapat diberikan dengan sebaiknya. Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh malu untuk merujuk kepada yang lebih pakar untuk mengelakkan perkara yang lebih serius belaku seperti penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan penahan sakit dan sebagainya sangat tidak bagus untuk kesihatan jangka masa panjang kerana boleh menjejaskan fungsi hati, buah pinggang dan lain-lain organ dalaman. Oleh yang demikian, Shaklee menyediakan SET SENGGUGUT untuk diamalkan dengan selamat dan sihat. Supplement yang terkandung di dalam set tersebut adalah seperti berikut.


Apakah kepentingan & kelebihan vitamin2 tersebut dalam usaha mengatasi masalah senggugut ini?

1. B-Complex
> vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 yang terkandung dalam vitamin B-Complex telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
>Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
>Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal. Ia juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
>Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
>Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
> Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain.
>Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
>Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. 
>Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. 
>Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Jom dapatkan segera SET SENGGUGUT ini dengan harga yang dijamin HOT.

Hubungi segera:

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

 









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...