Tuesday, July 31, 2018

HAPPY CLOSING DAY UNTUK SEMUA PENGEDAR SAH SHAKLEE

Assalamualaikum & Hai..


CLOSING DAY SHAKLEE


Seperti biasa,  setiap 30 / 31 haribulan setiap bulan adalah "closing day" untuk semua pengedar sah Shaklee tak kira la pangkat apa sekalipun. Masing-masing akan pulun sehabis mungkin untuk capai target dan memastikan "closing day" adalah berjaya dan menggembirakan.  In shaa Allah.

Ada juga yang dah selesaikan "closing day" sebelum hujung bulan lagi. Macam-macam ragam actually bila tiba "closing day" ni. Ada yang kuarantinkan diri dalam bilik supaya dapat fokus pada penutup bulanan yang baik but of course tanpa mengabaikan keluarga dan tanggungjawab yang lain kan.

So,  untuk closing bulan ni i'm quite happy bila di saat akhir dapat pula order VIVIX dari repeated customer yang memang amalkan VIVIX dalam usaha mengatasi masalah sakit pinggang yang dialaminya.

VIVIX SHAKLEE SEBAGAI ANTI-OKSIDAN TERBAIK
Alhamdulillah syukur. Bertambah-tambah happy bila anak didik Shaklee saya yang sertai biz Shaklee ini melalui #projekduitkepukkepuk telah berjaya mendapat bonus pertamanya pada bulan ini.


TAHNIAH EN. REDZUAN!


Monday, July 30, 2018

KEPENTINGAN PENGAMBILAN KALSIUM OLEH IBU HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Adakah anda sedang hamil?
Selalu diserang sakit gigi dan gusi ketika hamil?
Selalu kekejagan kaki atau tarik mengkarung ketika hamil?
Adakah anda selalu diserang sakit kepala atau migrain ketika hamil?
Adakah anda mempunyai masalah sukar tidur?
Sering mengalami masalah sembelit?


Haaa..kalau semua atau ada di antara jawapan kepada persoalan di atas adalah "YA" maka jangan skip pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kalsium. Nak mudah jangan skip amalkan pil kalsium Shaklee iaitu Ostematrix. Penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung.

Ostematrix Shaklee ni kan sebenarnya istimewa daripada kebanyakan pil kalsium brand lain tau. Sebab tu ramai yang tercari-cari pil kalsium Shaklee ni. Nak tau tak apa keistimewaannya yang membezakan Ostematrix Shaklee dengan yang lain?

Ostematrix Shaklee dirumus khas dengan matriks 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan dan boron untuk membantu membina kepadatan tulang.

Setiap tabletnya bersaiz kecil, & mudah untuk ditelan.

Dengan mengambil hanya 2 biji tablet OsteMatrix menghasilkan peningkatan ketara dalam kadar kalsium darah secara statistik yang diukur selama tempoh 12 jam.
Sebenarnya, kita perlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang lebih kuat supaya ibu-ibu dapat mengelakkan daripada terkena dengan kekejanan kaki, lenguh-lenguh, sakit pinggang dan lain-lain masalah. Terdapat 7 zat istimewa yang terkandung dalam ostematrix untuk kegunaan badan kita seperti yang saya senaraikan dibawah.
  • Kalsium - Blok binaan untuk tulang
  • Magnesium - Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Tembaga, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
  • Ini pengenalan ringkas setiap zat dalam ostematrix & fungsinya

Fakta Pemakanan untuk 1 tablet Ostematrix

Setiap tablet menyediakan:

Ramuan Bahan Per tablet ostematrix

  • Vitamin D3 (sebagai cholecalciferol) 100 IU
  • Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat, dan malat kalsium sitrat) 250 mg
  • Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glukonat dan magnesium sitrat) 100 mg
  • Zink (sebagai zink gluconate) 10.4 mg
  • Tembaga (sebagai tembaga glukonat) 0.05 mg
  • Mangan (sebagai glukonat mangan) 0.05 mg
  • Boron (seperti protein hidrolyzate protein surih) 0.75 mg

Nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan mencegah sesetengah mineral. Kandungan kalsium Ostematrix adalah kadar penyerapan yang paling seimbang ialah 99%. Ostematrix mempunyai formula unik & dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.

Kajian telah menunjukkan peningkatan kalsium meningkatkan kepadatan tulang wanita hamil & juga warga tua dengan berkesan. Selain itu, ada banyak kajian lagi yang menunjukkan pengambilan kalsium yang mencukupi semasa hamil bagus untuk kesihatan.

Mengapa anda memerlukan kalsium semasa mengandung?

Apabila kita hamil, bayi yang sedang berkembang dalam rahim memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu bayi membesar dan membentuk jantung, saraf, dan otot yang sihat. Kalau protein digunakan badan untuk membina otot. Kalsium pula membantu otot kita lebih sihat. Sebab tu dalam set ibu hamil shaklee ada ESP Shaklee untuk sumber protein & juga kalsium. Serta membangunkan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
.
Walaupun garis panduan umum adalah 1,000 miligram sehari (bersamaan dengan tiga gelas susu), wanita yang mengandung atau menyusu memerlukan lebih banyak - 1,200 hingga 1,400 miligram sehari. Ada penyelidikan yang dilakukan saintis untuk keadaan ini.

Sebab itu penting untuk ibu hamil cukupkan kalsium semasa hamil. Biasanya, makanan tambahan kalsium  perlu dimulakan semasa trimester pertama lagi dan jika selepas bersalin kita memang berhasrat nak menyusu badan kepada anak. Lagilah berganda pentingnya. Mungkin boleh cuba set menyusu shaklee.

Memandangkan kalsium penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat di dalam janin, kekurangan kalsium dalam diet mesti di elakkan dan makanan berkalsium ni mesti di jarakkan dari diambil bersama sama makanan kaya zat besi seperti vitalea shaklee. Kedua dua nya penting untuk ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, pengambilan suplemen sepanjang kehamilan harus diambil berdasarkan nasihat pakar obstetrik / ginekologi. Berapa banyak kalsium yang anda perlukan semasa hamil?
Garis panduan berikut akan membantu memastikan bahawa anda mengambil kalsium yang mencukupi sepanjang kehamilan kita.

Kalsium Ostematrix Shaklee ni bukan sahaja untuk ibu hamil tau, bahkan untuk semua golongan. Espcially mereka yang kurang minum susu dan tak gemarkan susu. Eh, jangan tak tau ye memang ada mereka yang tergolong dalam golongan tak sukakan susu macam saya. Kalau nak minum susu tu memang susah tapi bila ada Ostematrix ni senang sikit. Telan je!




Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Sunday, July 29, 2018

PENGEDAR SAH VITAMIN C SHAKLEE AKTIF DI BUKIT BERUNTUNG DAN RAWANG

Adakah anda masih tercari-cari pengedar sah Vitamin C Shaklee dan suplemen-suplemen lain dari Shaklee?

PENGEDAR SAH SHAKLEE AREA PERODUA DAN BUKIT SENTOSA
Jangan risau,  untuk peminat vitamin C Shaklee yang tinggal di kawasan Bukit Beruntung,  Bandar MK,  Sungai Buaya,  Perodua dan Rawang boleh dapatkan daripada saya. Anda yang tinggal di luar kawasan yang disenaraikan juga boleh dapatkan Vitamin C Shaklee daripada saya sebab saya akan uruskan pengeposan ke seluruh Malaysia samada melalui PosLaju, gdex dan City Link.

Sebelum tu saya terangkan sedikit kebaikan Vitamin C Shaklee yang sinonim dengan kecantikan tapi sebenarnya kebaikannya lebih daripada itu.

KEBAIKAN VITAMIN C
  • Imuniti – Kolagen adalah umpakan gam untuk pelekatan otot-otot kita, kekurangannya kulit akan mula menunjukkan tanda penuaan. Ia juga melindungi badan dari jangkitan dan menjaga kesihatan tulang dan gigi.
  • Juga terkenal dengan keupayaan untuk menyembuhkan luka.
  • Mengurangkan “common cold”. Contohnya seperti hidung berair dan selsema.
  • Antioksidant – terbaik juga sebagai agen antioksidant. Ianya melawan radikal bebas yang berupaya menghalang kita dari serangan penyakit yang tidak diingini seperti kanser.
  • Darah tinggi – dikatakan boleh mengurangkan simptom darah tinggi dengan menurunkan tekanan darah anda.
  • Mencegah katarak – penyakit katarak adalah berkaitan dengan mata. Ia berupaya menjaga kesihatan mata dengan memberikan kesihatan mata yang optimum.
So far, pengalaman saya Vitamin C Shaklee yang paling best dan serasi dengan saya. Untuk anda yang nak dapatkan Vitamin C Shaklee boleh hubungi saya seperti nombor telefon yang tertera di bawah.



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964

EN. REDZUAN @ OneDet
Whatsapp/ Telegram/SMS 013-2232594

Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Saturday, July 28, 2018

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MULTIVITAMIN KETIKA HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Multivitamin yang saya maksudkan tentunya Vita-Lea shaklee. Multivitamin amat penting untuk diamalkan oleh para ibu hamil supaya segala nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilanyang tidak dapat diperoleh dari sumber makanan dapat diperoleh ibu dan bayi dengan sempurna.

Manfaat Utama Vita-Lea

1. Penambahan Tenaga Segera — pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

2. Pelengkap Nutrisi – Amat sesuai buat  mereka yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran sebagai menu utama (vegetarian) dan anaemia.

3. Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. Metabolisma — Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

6. Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea

Vita A – Kesihatan mata, kulit. anti-oksida. melawan kanser, cegah rabun malam. bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi. sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat

Vita C – anti oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan ketahanan penyakit, mempercepat penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah

Vita D – memperkasakan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis

Vita E –  Anti-oksida. kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak. atritis. baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut

Asid folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia. osteoporosis, tekanan, ulser mulut, keslhatan kulit

Vita B1 –  menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasa memori dan kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran,masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoester.

Vita B2 –  Tukarkan makanan kepada tenaga. anemia. keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan

Vita B3 – Menukarkan makanan kepada tenaga menghasilkan hormone, merangsang peredaran darah, lower blood ripdi, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus.

Vita B6 –  Metabolisma protin,baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia

Vita B12 – membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan dan keresahan.

Biotin –  Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit

Vita B5 – meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan , atritis,  meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat penyembuhan luka.

Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang. rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut

Fosforus – meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, melegakan kesakitan akibat atritis, anoreksia

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu. kekuatan fizikal, mengawal berat badan

Zat besi – membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat pénenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman

Copper – membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, dan masalah kebengkakan.

Zink – perkasa sistem imun, mempercepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaham minda.

Cadangan pemakanan:

Untuk kesihatan berpaniangan : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali [selepas makan)

Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)

Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 

SUZAINI ISMAIL

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964


Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Friday, July 27, 2018

9 TANDA DAN GEJALA HFMD PADA BAYI DAN ANAK KECIL BERSERTA RAWATAN DAN TIPS MENANGANINYA

Assalamualaikum & Hai..

HFMD

Penyakit kaki tangan dan mulut (hand foot and mouth disease) atau singkatannya HFMD yang sedang tular sekarang ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus, iaitu virus Coxsackie dan virus enterovirus. Mungkin ada kita dengar sekolah ditutup disebabkan penyakit HFMD, terutamanya apabila ramai anak-anak telah dijangkiti HFMD. Ini kerana ia biasa terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama seperti taska, pusat jagaan, mahupun sekolah.

Secara umumnya, ia biasa dijangkiti oleh anak kecil berumur bawah 10 tahun, namun kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah yang paling berisiko untuk dijangkiti.

BAGAIMANA HFMD MEREBAK?

Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Contohnya, tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

9 TANDA HFMD PADA BAYI & ANAK KECIL

TANDA DAN GEJALA HFMD

TANDA DAN GEJALA HFMD

  1. Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)
  2. Sakit tekak
  3. Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  4. Ruam / bintik-bintik berisi cecair (lepuhan kecil kita-kira 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin
  5. Sakit kepala
  6. Hilang selera makan
  7. Kurang menyusu (bayi)
Tanda-tanda lain juga termasuklah:

  1. Cirit-birit
  2. Muntah

RAWATAN / TIPS

Umumnya, tiada rawatan khusus bagi jangkitan HFMD selain daripada langkah yang boleh diambil oleh ibu ayah untuk mengawal dan mengurangkan gejalanya. Antara yang boleh dilakukan termasuklah:
  • Ubat paracetamol dalam dos spesifik yang dipreskripsikan oleh doktor untuk mengurangkan sakit / demam.
  • Berkumur air garam.
  • Pemberian makanan lembut seperti bubur, puding, aiskrim / minuman sejuk untuk mengurangkan rasa sakit pada mulut.
  • Rehat secukupnya di rumah dan mengelakkan tempat-tempat awam termasuklah sekolah / pusat jagaan / nurseri.
  • Menekankan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas memegang anak.
RAWATAN DAN TIPS HFMD

PANTAU KEADAAN ANAK

Biasanya bintik-bintik merah HFMD akan berkurang dan hilang dalam masa 5-10 hari. Dalam pada itu, ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau keadaan anak, terutamanya jika mereka mengalami demam dan sakit mulut hingga tidak mahu makan / minum.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah:
  • Fokus kepada demam (Demam terlalu panas, suhu tidak berkurang.)
  • Hidrasi (Kurang kencing, lemah, mata semakin cengkung.)
  • Muntah / cirit berterusan
  • Kurang aktif, meragam tanpa henti, sawan
  • Kesukaran bernafas, nafas laju
  • Kelihatan pucat, berpeluh-peluh dengan luarbiasa atau apa saja simptom yang membimbangkan.
ELAKKAN JANGKITAN PADA AHLI KELUARGA YANG LAIN

Jika salah seorang anak anda terkena HFMD, maka anda perlu memastikan anak tersebut tidak berkongsi peralatan, makanan, minuman, atau mainan dengan anak-anak yang lain. Selain itu, ambil juga langkah-langkah seperti:
  • Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin. Tidak membiarkan tisu yang dicemari merata-rata di dalam rumah.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Sentiasa mengelap dan membersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

PENCEGAHAN KEPADA HFMD

Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa dan anak-anak yang sedang menghadapi situasi ini di mana anak-anak mereka telah dijangkiti virus HFMD. Hadapinya dengan ilmu, ketabahan dan kesabaran.




*Sumber infografik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 
* Kredit artikel: Sirap Limau

Thursday, July 26, 2018

8 TIPS UNTUK KEKAL CERGAS BERTENAGA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum & Hai..

Bukan malas, tapi letih...

Pernah tak anda mengalami situasi ini semasa tempoh kehamilan anda? Kenyataan seperti di atas tu dulu sangat sinonim dengan saya sendiri. Maklumlah kehamilan pertama ni orang kata kita masih kurang ilmu dalam mengendalikan diri dan ambil masa juga untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Masa kehamilan pertama dulu saya belum lagi mengenali Shaklee. 

Dengan perut yang semakin membesar, belakang dan pinggang mulai sakit. Kaki pula ada yang bengkak seperti tidak mampu menanggung tubuh sendiri. Hendak berehat, tetapi sukar betul melelapkan mata.. Aduhai, itulah letih yang biasanya dialami oleh wanita hamil!

Sepanjang proses ini, tubuh anda sebenarnya sedang bekerja keras untuk membekalkan keperluan bagi janin yang sedang dikandungkan. Maka, jangan biarkan letih anda berterusan kerana ia boleh menjadi lebih serius dan mengganggu emosi anda.


PERUBAHAN FIZIKAL KETIKA HAMIL

 Untuk mengelakkan pelbagai tanggapan dan masalh tercetus, saya senaraikan beberapa tips untuk kekal cergas bertenaga ketika hamil supaya tempoh kehamilan dapat dijalani dengan penuh kegembiraan dan keterujaan.


1. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Ironinya, apabila badan terasa ‘berat’ inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. Namun, anda tidak perlu menjalankan senaman yang sukar, cukuplah sekadar aktiviti yang santai seperti berjalan di taman.

Selain berjalan, berenang merupakan aktiviti senaman yang sangat sesuai dilakukan semasa kehamilan kerana badan anda akan berasa ringan dan terapung ketika berada di dalam air. Aktiviti fizikal lain yang boleh dijalankan termasuklah yoga, aerobik berimpak rendah, dan tarian.


SENAMAN UNTUK IBU HAMIL

Tapi, jika anda seorang yang aktif dan rajin bersukan, pastikan rejim senaman anda turut disesuaikan dengan kadar kehamilan.


2. BANYAKKAN MEMINUM AIR KOSONG

Air yang satu ini terlalu banyak manfaatnya. Tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, letih, lesu, dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kehausan.

Oleh itu, pastikan tubuh anda mendapat air yang secukupnya pada setiap masa. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.


3. MAKAN SEDIKIT TETAPI KERAP

Kajian telah membuktikan bahawa saiz hidangan makan yang sedikit tetapi menyihatkan sebenarnya memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang lebih banyak.

Maka, anda digalakkan untuk mengambil 5 hidangan kecil setiap hari berbanding 3 hidangan utama yang anda biasa ambil pada waktu pagi, tengahari, dan malam.

Bagi anda yang suka mengunyah, isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badam, serta buah-buahan setiap empat jam untuk kekal cergas.
MAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL


4. BERSARAPAN!

Pengambilan sarapan akan menyebabkan sesorang itu lebih bertenaga dan mempunyai emosi yang lebih positif pada hari tersebut.

Pastikan sarapan anda kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang, dan bahagian daging yang tidak berlemak (lean meat) kerana kekurangannya sering dikaitkan dengan punca letih. Pengambilan vitamin C boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut manakala makanan tenusu pula memberi tindakbalas yang sebaliknya jika diambil bersama.


5. HIRUP UDARA SEGAR

HIRUP UDARA SEGAR BAIK UNTUK IBU HAMIL


Sebelum memasuki kereta untuk ke pejabat, hiruplah udara yang segar sedalam-dalamnya.  Udara pagi  mengandungi oksigen dalam jumlah yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Ia tidaklah begitu sukar bukan?


6. MANDI DENGAN KERAP

Di Malaysia, faktor panas dan kelembapan akan menyebabkan kita bertambah letih dan kurang selesa akibat peluh.

Mandi sebenarnya dapat meredakan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, anda juga digalakkan berendam di dalam kolam air suam di rumah untuk merehatkan otot-otot yang telah penat bekerja pada waktu siang.

Cuba titiskan aroma menyegarkan dalam tab mandi sebagai terapi bagi anda yang sukar untuk tidur di malam hari.


7. DAPATKAN REHAT DAN TIDUR YANG BERKUALITI

Antara punca utama letih semasa hamil ialah tidak cukup tidur malam. Kalau ada kelapangan, lelapkanlah mata seketika pada sekitar waktu tengahari.

Sekiranya anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, cuba lakukan tips ringkas ini untuk mendapatkan keselesaan:

Posisi yang sesuai

Gunakan bantal peluk dan susun beberapa biji bantal yang empuk supaya ia menampung bahagian belakang anda sewaktu dalam posisi mengiring. Kebanyakan pakar mengesyorkan posisi ini untuk keselesaan maksima ketika hamil. Pernahkah anda lihat bantal kehamilan? Bentuknya direka khas untuk fungsi ini.


POSISI TIDUR UNTUK IBU HAMIL


Diserang kekejangan kaki letih?

Rendamkan kaki pada air hangat sebelum tidur boleh membantu otot kaki berehat. Pada waktu siang, lakukan senaman regangan ketika duduk di atas kerusi di tempat kerja, sambil menonton televisyen, dan hindarkan daripada duduk bersila terlalu lama.

Minimakan bangun malam untuk buang air kecil

Banyakkan minum air di siang hari dan kurangkan pengambilannya pada sebelah malam. Di samping itu, minimakan minuman berkafein, seperti kopi dan air berkarbonat kerana ia menggalakkan pengumpulan air kencing.


8. AMALKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE DENGAN KONSISTEN

Bila hamil si ibu akan berkongsi segala-galanya dengan bayi dalam kandungan termasuklah sumber makanan yang disalurkan melalui tali  pusat terus ke placenta. Jadinya, pengambilan vitamin tambahan amatlah digalakkan untuk membekalkan keperluan nutrien terbaik kepada keduanya serta membantu membekalkan tenaga buat si ibu. Tak rugi ok amalkan set kehamilan shaklee ni sebaliknya beruntung sebabnya set ni boleh juga diamalkan ketika berpantang dan menyusu nanti.


SET KEHAMILAN SHAKLEE


Mengandung, mengandung juga. Namun ia bukan alasan untuk kita asyik nak baring dan tidur sepanjang masa. Pastikan diri kita kekal cergas ok.


Anda ada tak tips or petua untuk kekal cergas bertenaga ketika hamil? Kalau ada boleh kongsikan bersama di ruangan komen supaya dapat dijadikan panduan dan rujukan pada para pembaca.



Dapatkan Produk/Suplemen Shaklee Daripada Saya. Anda layak mendapat konsultasi PERCUMA: 


SUZAINI ISMAIL

Whatsapp/ Telegram/SMS 012-3464964



Disclaimer: Produk ini tidak mengubati dan merawat penyakit. ia adalah suplemen untuk menyokong kesihatan individu.

Wednesday, July 25, 2018

RESEPI PENGAT PISANG SEMUDAH ABC

Assalamualaikum  & Hai..

Akhirnya hari ni dapat juga penuhi keinginan tekak yang dah berkurun lama nak makan pengat pisang atau ada yang panggil serawa pisang. Untuk kali ni saya guna pisang tanduk ye sebab pisang tanduk ni masam-masam sikit kan. So, tak la cepat sangat rasa muak or kembang tekak kan sebab memang ada orang yang tak suka manisan jenis-jenis bersantan ni. So, straight forward saya kongsikan resepi pengat pisang semudah ABC saya ni.


BAHAN-BAHAN:

Pisang tanduk ( nak guna pisang lain pun boleh macam pisang awak, pisang nangka atau pisang emas)
Sekotak santan (saya guna santan KARA)
3 sudu besar gula merah (nak guna gula melaka pun boleh)
1/2 sudu kecil garam (adjust la ikut kesukaan anda)
Gula (lupa dah sukatan tapi boleh adjust ikut citarasa masing-masing samada suka manis atau kurang manis macam saya)
3 sudu besar sagu (suka letak sagu banyak-banyak)
Daun pandan jangan dilupakan!


CARA-CARA MEMASAK:

1. Potongkan pisang ikut kesukaan anda. Saya guna pisang tanduk jadinya saya potong pisang tu secara serong.
2. Masukkan pisang tanduk tadi dalam periuk dan air sehingga tenggelamkan pisang. Buka api dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan sagu yang telah direndam sebelumnya supaya cepat kembang.
4. Masukkan gula melaka. Kalau suka lebih boleh masukkan lebih. Saya cuma gunakan sedikit untuk "warnakan" pengat pisang saya tu kecoklatan sedikit. So, takde la nampak putih santan je kan. Jangan lupa masukkan sekali daun pandan.
5. Masukkan santan dan kacau selalu supaya santan tidak pecah.
6. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda. Garam tak perlu banyak sebab tujuannya adalah untuk menaikkan aroma rasa lemak santan. Biarkan mendidih sekejap.
7. Tadaaaa...dah siap!


RESEPI PENGAT PISANG TANDUK
Gambar Ihsan Google disebabkan pengat pisang sendiri dah selamat dalam perut masing-masing baru teringat nak ambil gambar.

Senang kan? Bila dah siap bolehlah nikmati pengat pisang tu samada semasa panas atau sejuk. Kalau nak sejuk kena la masukkan dalam petiais dulu. Tapi untuk saya, saya lebih gemarkan makan ketika panas. NIKMAT.

Selamat mencuba ye.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...