Penyakit jantung sering menjadi pembunuh senyap zaman sekarang baik kepada lelaki atau perempuan. So, harini saya kongsikan 10 makanan yang baik untuk di amalkan untuk melindungi jantung anda. Di samping pengambilan suplemen kita perlu juga memastikan pengambilan makanan harian kita adalah selamat & berkhasiat.
Wednesday, November 19, 2014
10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Penyakit jantung sering menjadi pembunuh senyap zaman sekarang baik kepada lelaki atau perempuan. So, harini saya kongsikan 10 makanan yang baik untuk di amalkan untuk melindungi jantung anda. Di samping pengambilan suplemen kita perlu juga memastikan pengambilan makanan harian kita adalah selamat & berkhasiat.
COQ HEALTH PLUS SHAKLEE
Memandangkan penyakit jantung ini merupakan 'pembunuh' utama penduduk di Malaysia & seringkali menyerang secara senyap tidak mengira tua atau muda, lelaki atau wanita. Oleh sebab itu juga kita disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan sekali walaupun secara fizikal kesihatan kita adalah dalam keadaan baik tetapi organ dalaman tidak akan kita ketahui tahap kesihatannya sekiranya pemeriksaan berkala tidak dilaksanakan.
Saya amat yakin bukan semua daripada kita mempunyai kesedaran terhadap pemeriksaan kesihatan selagi tidak sakit. Betul tak? Dengan keadaan persekitaran yang banyak pencemaran, pengambilan makanan yang pelbagai & pengamalan gaya hidup yang tidak sihat, kita sebenarnya amat terdedah kepada penyakit 3 serangkai ini.
Oleh sebab itulah Shaklee mengeluarkan CoQ Health Plus untuk memberi kemudahan kepada kita dalam usaha menjaga kesihatan organ dalaman kita terutamanya jantung. Jom kita berkenalan dengan CoQ Health Plus ini.
APAKAH COQ HEALTH PLUS?
Ianya merupakan suplemen yang mengandungi ko-enzim Q10. Ko-enzim Q10 ini memainkan peranan penting untuk menghasilkan tenaga dari dalam sel badan kita. Selain daripada itu, ia juga bertindak sebagai antioksidan serap lemak.
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan mengatasi masalah penyakit 3 serangkai ini terutamanya.
FUNGSI COQ HEALTH PLUS
*** Untuk Jantung
- Membantu mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah penyakit seperti arteri tersumbat.
- Menguatkan otot-otot jantung.
- Memperbaiki mutu kehidupan & kesihatan mereka yang telah mengalami kegagalan fungsi jantung.
- Membantu mengawal tekanan darah.
*** Untuk Penyakit Kanser
- Para doktor telah menggunakan ko-enzim Q10 untuk membantu pesakit kanser payudara & menyokong kesihatan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi.
- Ko-enzim Q10 dapat meingkatkan penghasilan insulin yang mana dapat membantu pesakit yang menghidap kencing manis.
- Ko-enzim Q10 digunakan untuk mereka yang mempunyai simptom sakit gusi & 'mascular dystrophy' & memberikan hasil yang sangat memberangsangkan.
- Berdasarkan kepada ujian klinikal yang telah dijalankan, pengambilan ko-enzim Q10 dapat memberi manfaat kepada kepada pesakit Parkinson.
- Obesiti dikaitkan dengan kekurangan ko-enzim Q10 dalam badan.
- Daripada hasil kajian yang telah dijalankan ko-enzim Q10 dapat membantu pesakit yang alami sindrom cepat penat yang kronik.
- Dalam kajian yang melibatkan pesakit lelaki yang tidak subur, ko-enzim Q10 dapat meningkatkan kualiti sperma sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.
Hubungi segera:
Monday, November 17, 2014
CANTIK LUARAN & DALAMAN DENGAN BERTUNGKU
Bila bercerita pasal bertungku ni teringat pula masa berpantang dulu. Lebih-lebih lagi bila proses bertungku tu dilakukan oleh ibu sendiri. Sedapnya rasa badan bila selesai proses bertungku. Rasa segar & ringan badan ni. Proses bertungku ni kalau dapat dilakukan selalu sangat baik utuk pengaliran darah keseluruh badan & akan menjadi bertambah best bila mana tungku tersebut di balaut dengan kain batik & diletakkan bersama daun-daun herba atau ubatan yang wangi seperti daun serai wangi, daun pandan dan lain-lain.
Untuk pengetahuan semua proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
KELEBIHAN BERTUNGKU
* Membantu menghilangkan pening dan migrain
* Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
* Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
* Mengeluarkan angin dan darah toksid serta melancarkan peredaran darah tersumbat
* Membantu meringankan tubuh dan menajamkan penglihatan
* Membantu memecahkan lemak, kolestrol, megeluarkan peluh dan melegakan demam
* Membantu melegakan ketegangan urut leher, stress, belikat, pinggang dan urut sendi di kaki
Untuk merasai kelebihan bertungku seperti di atas, rajin-rajinkan diri untuk bertungku tidak hanya ketika waktu berpantang sahaja tetapi pada setiap masa yang dirsakan perlu.
STATUS HALAL SHAKLEE
Ye..memang betul produk Shaklee ini datangnya daripada US tetapi tidak semestinya barang yang datang dari sana semuanya haram..ye dak?? Mereka amat menitikberatkan apa yang diperlukan oleh kaum muslim di serata dunia dalam penghasilan & pengeluaran produk Shaklee ini.
Buktinya..majoriti jutawan Shaklee di Malaysia adalah jutawan muslimah!!!
Shaklee telahpun mendapat sijil HALAL daripada ISA (Islamic Services of America) yang mana ISA ini telah di iktiraf oleh JAKIM. Persoalan kenapa tiada logo HALAL di botol Shaklee adalah kerana ianya dibuat di US & kilangnya tiada di Malaysia. JAKIM hanya mengeluarkan sijil HALAL untuk produk dari Malaysia sahaja. Jadi, konsumer atau pengguna Shaklee Malaysia tak perlu ragu-ragu dalam mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia sebab setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal dikeluarkan untuk sesuatu produk.
![]() |
| Sijil Halal SHaklee |
Kenapa ISA Tidak Meletakkan Logo HALAL Pada Botol Suplemen???
Sebabnya Shaklee telah membuat permohonan dalam 'group of products' sepertimana ubat-ubatab & suplemen macam kat klinik memang tidak memerlukan cop HALAL, tapi perlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Cuba belek botol Shaklee betul-betul kerana setiap satunya mempunyai nombor KKM.
![]() |
| Contoh No. Kelulusan KKM pada botol Herb Lax Shaklee |
Dengan penjelasan di atas, para pengguna setia Shaklee & kepada yang bakal menggunakan produk Shaklee ini boleh menggunakannya tanpa was-was.
Anda tidak perlu cepat melatah dalam hal ini. Anda boleh mendapatkan penjelasan terperinici daripada pengedar Shaklee yang berdaftar & berdekatan anda.
Hubungi segera:
Sunday, November 16, 2014
APA LEBIHNYA SHAKLEE BERBANDING YANG LAIN???
Sebabnya Shaklee adalah 1 produk jenama dunia & ianya SEMULAJADI SELAMAT, BERKESAN & TERBUKTI selama lebih 50 TAHUN lamanya.
1. SENTIASA SELAMAT
- Shaklee telah menjalani lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun
- Menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
- Memberi jaminan & kesucian
- 100% kepuasan dijamin
- Shaklee telah melaburkan USD 300 juta dalam R&D
- 100 kajian klinikal diterbitkan
- 55 paten
- 54 pingat emas Olimpik - yang dimenangi oleh atlet yang mengguna produk Shaklee
- Telah dijadikan Landmark Study
- Tiada perasa tiruan
- Tiada pemanis tiruan
- Tiada ujian haiwan
- Tiada bahaya kimia
- Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates & dakwat toksik
- Mengguna bahan dikitar semula
Kesimpulannya, anda boleh menggunakan produk Shaklee tanpa ragu-ragu. Pastikan anda memilih produk yang terbaik ini untuk kesihatan anda sekeluarga. Anda boleh dapatkan pelbagai rangkaian produk Shaklee melalui saya.
Hubungi segera:
MENYEGARKAN BADAN DENGAN URUTAN
Tapi harini tertunai juga hajat nak memanjakan diri. Tak dapat gi spa dapat g berurut pun sedap sebenarnya.. Rasa ringan badan & segar jek. Di samping mengamalkan suplemen Shaklee, urutan juga penting untuk memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar. Terutama bagi kaum wanita yang bekerja 8 ke 10 jam sehari, dalam perjalanan pulang dari pejabat pula terpaksa mengadap jammed, sesampai di rumah pula kita perlu menjalankan tanggungjawab rumahtangga membuatkan badan menjadi terlalu letih sebenarnya sebab kita telahpun menggunakan tenaga semaksimum yang mungkin dalam sehari.
Jadi, tak salah kiranya kita membelai badan kita sekali-sekala dengan urutan, lulur mahupun bertungku. Dari hari Jumaat lagi saya telahpun buat appointment dengan Kak Salina yang tinggal di Taman Anggerik, Bukit Sentosa ini untuk pakej urutan & juga bertungku. Sedap sangat rasa bila dapat berurut satu badan & juga bertungku. 2 jam masa di ambil untuk selesaikan 2 sesi tersebut. Nasib la Hannah pandai membawa diri & berkawan dengan anak bongsu Kak Salina. Dapatlah saya menikmati urutan & bertungku dengan aman walaupun kadang kala Hannah datang juga menjengah.
![]() |
| Dengan berurut dapat me'rileks'kan minda & badan |
Di sini saya senaraikan kebaikan mengurut yang sememangnya baik untuk kesihatan dalaman & juga luaran.
KEBAIKAN MENGURUT
- Dapat membantu untuk menghuraikan @ melepaskan simpulan-simpulan urat
- Dapat membantu mengendurkan ketegangan urat saraf & otot- otot badan
- Dapat membantu melancarkan perjalanan darah
- Dapat membantu memberi ketenangan kepada tubuh badan
- Dapat membantu untuk mengelakkan daripada penyakit tertentu.
Jika anda yang tinggal di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rawang, Rasa, Serendah, Sungai Buaya & sekitarnya yang ingin mendapatkan perkhidmatan urutan, sauna, rawatan muka dan yang berkaitan daripada Kak Salina bolehlah hubungi beliau di 012-2773051.
Saturday, November 15, 2014
MALAM MINGGU DI UIAM
Kali kedua saya ke sini bersama Hannah menemani suami bermain bola sepak. Malam ni game antara Perodua Manufacturing dgn Perodua Global.
Permainan dimulakan dalam hujan renyai2.. Si isteri yang ada pula masing2 menjaga anak-anak yang berkejaran di atas balapan. Hannah seronok la dia sebab ada geng nak bermain bola & berlari.
Kesudahannya adalah seri iaitu Perodua Manufacturing 2 dan Perodua Global juga 2 gol. Masing2 dah kepenatan & kelaparan, moh le kita mencari makan. Tempat makan pilihan semeatinya di Taman Bolton sebab nak makan kerabu kaki ayam special..
Ok lah..tuan tanah nak menjamu selera dulu. Selamat menjamu mata dengan gambar2 di bawah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...
-
Assalamualaikum... Salam Ramadan semua..Bagaimana ibadah puasa anda setakat hari ini? Semoga kita dapat hadapi Ramadan mulia tahun ni deng...
-
Kepada peminat-peminat makanan & suka mencuba masakan dari pelbagai negeri "mai sini kami nak habaq". Haa..faham tak deng...
-
PENGEDAR SAH SHAKLEE BERHAMPIRAN ANDA Khas untuk mereka yang tinggal di area Rawang dan masih tercari-cari pengedar sah Shaklee Rawang d...






