Thursday, April 16, 2015

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN HANYA DARI RUMAH

Zaman sekarang tiada yang mustahil. Antara nak atau tidak untuk berusaha memajukan diri. Paling terkini pasal isu GST. Saya takkan komen pasal GST ni sebab ianya telahpun berlaku. Tapi saya sokong & bersemangat dengan GST yang satu lagi ni iaitu GENG SHAKLEE TERHEBAT (GST). Saya sangat berbesar hati untuk membantu anda menjana pendapatan sampingan hanya dari rumah sahaja.





Antara Geng Shaklee Terhebat

  BAGAIMANA CARANYA?

Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah empayar hebat kami iaitu WAHMillionaire sebagai permulaan perjalanan anda untuk menjana pendapatan sampingan di mana di dalam empayar hebat kami ini terdapat ramai yang hebat-hebat & telah berjaya menjana pendapatan sehingga 4 ke 5 angka & ada juga yang menuju ke 6 angka. Kami akan memberi panduan kepada anda "from hero to zero". Jadi anda tak perlu risau tentang bisnes ini.

SIAPA YANG BOLEH MENJALANKAN BISNES INI?

  • Wanita / Lelaki yang berkerjaya
  • Pelajar 
  • Penganggur
  • Surirumah sepenuh masa
  • Sesiapa sahaja yang berminat & bertekad untuk berjaya

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Banyak sebenarnya kelebihan menjadi ahli Shaklee ini tetapi saya hanya akan tekankan 3 perkara sahaja iaitu:

1. Bisnes yang sangat MUDAH
  • Tidak perlu pergi pintu ke pintu untuk menjual produk. Segalanya hanyalah dihujung jari.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu keluar malam meninggalkan family semata-mata untuk menghadiri 'discussion' atau 'meeting'.
  • 'Support group' yang hebat.
2. Yuran pendaftaran yang MURAH
  • Tak perlu buat pinjaman bank a.k.a berhutang bertahun-tahun.
  • Yuran pendaftaran hanya serendah RM80 seumur hidup.
  • Bisnes yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
3. Menjimatkan MASA
  • Segala urusan pembelian boleh dibuat melalui 'online'. Jadi tiada alasan untuk tidak berbisnes.

Haaa..bestkan bisnes ni? Yang paling best adalah BONUS akan dimasukkan ke akaun  bank anda setiap pertengahan bulan di saat kebanyakan dari kita sudah kekeringan duit.

Alhamdulillah..Walaupun saya hanya menjalankan bisnes ini separuh masa, saya tetap akan pastikan setiap bulan saya akan terima bonus! Siapa nak bagi kita duit di tengah-tengah bulan melainkan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Anda berminat & ingin tahu selanjutnya bolehlah isikan borang seperti link yang disediakan di bawah. Saya akan hubungi anda & pastinya anda tidak akan menyesal.

SAYA INGIN MENJANA MENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN SHAKLEE

Pastinya layanan & konsultasi terbaik buat anda.

Hubungi segera: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

Saturday, April 11, 2015

PROMOSI HEBAT SHAKLEE DI BULAN APRIL 2015

Assalamualaikum semua..

Salam Hari Minggu!! Sekejap je kan masa berlalu..sekarang dah pun 11 April 2015. Ramai ke dah tahu Shaklee promo apa bulan ni??? Ok, dipendekkan cerita bulan ni Shaklee tawarkan promosi untuk produk-produk yang bersesuaian untuk kesihatan minda kanak-kanak, untuk pengurusan berat badan, untuk kesihatan hati, untuk kesihatan kulit, untuk kencing manis dan lain-lain.

5 PRODUK OK PROMOSI BULAN NI!! BEST KAN???


Promosi Shaklee Bulan April 2015


So..jom kita tengok secara ringkas produk-produk promosi bulan ni.

GLA COMPLEX

Fungsi & Kebaikannya:
  1. Meningkatkan tahap kesuburan wanita
  2. Melegakan PMS/senggugut  & melambatkan menopouse
  3. Memperbaiki masalah kerap membuang air kecil
  4. Menentang kanser - mengecutkan cyst
  5. Membantu menangani masalah ekzema, alergik, kegatalan & kulit kering
  6. Mengawal kolesterol
  7. Menghalang penambahan berat badan
  8. Mencantikkan kulit & menghilangkan jeragat
  9. Menguatkan rambut & kuku
Siapa yang perlukannya?
  1. Mereka yang mempunyai masalah PMS/senggugut kronik
  2. Mereka yang mempunyai masalah kesuburan & ingin hamil
  3. Mereka yang menghidap kencing manis & darah tinggi
  4. Mereka yang mempunyai masalah berat badan
  5. Mereka yang menghidapat arthritis rheumatoid & ekzema
  6. Mereka yang inginkan kulit cantik & bebas jeragat

LECITHIN

Fungsi & Kebaikannya:
  1. Membantu memecahkan lemak & kolesterol
  2. Membantu proses pelangsingan, obesiti & mengempiskan perut
  3. Mengoptimakan penyerapan vitamin larut lemak
  4. Membantu mencegah alergi
  5. Mencantikkan kulit & otot
  6. Melindungi hati
  7. Memperbaiki fungsi prostat lelaki
  8. Bertindak sebagai pelincir sendi-sendi badan
  9. Menghalang tekanan darah tinggi
  10. Meringankan stress
  11. Mempertingkatkan daya ingatan
  12. Membantu masalah insomnia
  13. Membantu masalah sembelit
  14. Menghalang pembentukan batu karang
 Siapa yang perlukannya?
  1. Penghidap diabetes/kencing manis
  2. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut
  3. Pesakit strok
  4. Pesakit buah pinggang
  5. Pelupa
  6. Mereka yang mengambil karbohidrat yang banyak
  7. Mereka yang mengalami masalah fokus
  8. Ibu yang menyusukan anak
  9. Mereka yang mengalami masalah penghadaman

DTX COMPLEX

Fungsi & Kebaikannya:
  1. Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun & bahan kimia
  2. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  3. Membantu mencegah & merawat masalah batu karang
  4. Membantu masalah kulit seperti psoriasis & ekzema
  5. Membantu mereka yang mempunyai masalah endometriosis
  6. Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis
 Siapa yang perlukannya?
  1.  Mereka yang terdedah dengan bahan kimia & racun
  2. Mereka yang tinggal di persekitaran yang kurang sihat
  3. Mereka yang sukakan makanan ringan & segera
  4. Mereka yang mengalami masalah berkaitan hati yng lain-lain.
CINCH SHAKE MIX

Fungsi & Kebaikannya:
  1. Memberi rasa kenyang berjam-jam lamanya
  2. Mengurangkan selera makan bagi mereka yang sukar mengawal nafsu makan
  3. Memberi tenaga berpanjangan
  4. Meningkatkan metabolisme badan
  5. Memelihara otot
  6. Menghilangkan lemak yang berlebihan
  7. Mengurangkan berat badan
 Siapa yang perlukannya?
  1. Mereka yang mempunyai masalah berat badan & sukar untuk menurunkan berat badan
  2. Mereka yang inginkan berat badan / BMI yang ideal
VITALEA FOR KIDS

Fungsi & Kebaikannya:
  1. Membekalkan kalsium pembina tulang yang kuat
  2. Membekalkan Vitamin B harian
  3. Meningkatkan sistem imun badan
  4. Membekalkan 19 vitamin untuk kesihatan
  5. Menyokong tumbesaran sihat
 Siapa yang perlukannya?

Kanak-kanak seawal usia 2 tahun sehinggalah ke orang dewasa.

Ini adalah sedikit sebanyak penerangan ringkas tentang kebaikan produk-produk promosi pada bulan ini. Jika anda berminat untuk dapatkan untuk orang-orang yang anda sayang bolehlah berhubung dengan saya.

Pastinya layanan & konsultasi terbaik buat anda.

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

Wednesday, March 25, 2015

HAPPY BIRTHDAY ANAK SYURGA MAMA..

Assalamualaikum semua..

Lama sudah tak menaip di sini..Eh2..ni first entry di tahun 2015. Sungguh lama menyepi kan? Bukan apa..masalah biasa ja..apa lagi kalau bukan masalah internet provider. Sebab saya baru je berpindah ke rumah sendiri, so connection wifi jadi lost cemana entah. Padahal pindahnya kat kawasan yang sama. Selang 2 buah rumah je dari rumah sewa. Klako jek. Lama jugak P1 nak overcome my problem. Bila dah ok tuan rumah pulak busy kerja kan. Maklum la tahun baru 2015 awal2 tahun dah banyak resolusi yang perlu di settle kan.

Ok2..back to the real story..Entry pertama di tahun 2015 ni special dedicated buat my only one daughter (for now) , my sweetheart, my everything, NURHANNAH DAMIA BINTI MOHAMAD JAMIL.


HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY PRINCESS!
Semoga sentiasa dibawah rahmat & lindungan Allah Taala..
Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang baik untuk adik2 kelak..
Semoga membesar dengan sihat & sempurna..
Semoga menjadi hamba Allah yang taat & berjaya di dunia & akhirat..

Mama & Babah love u so much sayang..

24.03.2011 - 24.03.2015 genap sudah usia anak mama & babah 4 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Dah big girl dah anak mama sorang ni. Hannah memang sorang anak yang bijak, walaupun kadang kala membuatkan mama jadi rasaksa kat rumah..hahaha..tapi Hannah selalu pandai pujuk mama. Bila Hannah rasa bersalah memang susah betul dia nak mintak maaf tapi dia akan kiss2 mama..hug2 mama..mungkin itu cara Hannah luahkan permintaan maaf dia. Namapun budak2 kan, so dorang memang akan sentiasa belajar benda yang baru & apply dalam kehidupan seharian mereka. Sebab tu kita yang dah dewasa ni kena tunjuk teladan yang baik kan.. Apa2 pun Hannah memang sporting!! Hannah lah kawan baik mama (BFF) yang paling setia..kawan gaduh mama jugak..kawan shopping mama (babah jangan jeles k!)..Sebab tu mama akan sunyi bila Hannah kadang2 takde kat rumah ikut mak2 sedara balik bercuti di kampung or ikut maktok & tokwan balik Kedah.

Semoga 1 hari nanti bila Hannah baca blog mama yg mama memang akan wariskan pada anak-anak mama ni tahu how much i love u & miss u ok. Walaupun blog ni banyak bercerita pasal Shaklee tetap akan mama selitkan perkembangan anak2 mama sebab Hannah & bakal adik2 pun akan menikmati kelebihan & kebaikan Shaklee ni sebab Shaklee akan DIWARISI oleh anak2 mama juga.

Hannah sendiri pun sejak umur 1 tahun dah merasai Shaklee melalui susu badan mama sebab mama dah amalkan ALFAFA & ESP untuk memperbanyakkan susu & memberikan khasiat terbaik melalui penyusuan badan. Walaupun Hannah tidak menyusu badan sepenuhnya tetapi mama tetap pastikan setiap malam or bila2 masa Hannah bersama mama..mama akan direct breastfeed Hannah. Alhamdulillah sampai 2 tahun setengan Hannah dapat nikmati susu mama.

Starting 2 tahun Hannah dah start minum MEALSHAKES & OMEGA GUARD mengikut jadual. Alhamdulillah memang nampak banyak sangat perkembangan positif dari semua segi yang akan mama ceritakan di entry2 yang lain In shaa Allah. Latest Hannah juga amalkan VITALEA for KIDS.

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuknya. So, Shaklee pilihan mama untuk bekalkan nutrien yang terbaik bagi menyokong tumbesaran anak2 mama di samping mengamalkan makanan2 sunnah yang lain seperti madu & kismis. In shaa Allah..

So, sempena birthday Hannah semalam mama & babah sempat celebrate kecil-kecilan di KFC. Hannah punya request untuk birthday cake Frozen akan mama tunaikan. Jangan risau tau sayang..Semoga-gambar2 di bawah akan jadi kenangan indah buat Hannah. Eh.. tak lupa juga tokwan & maktok juga sempat buat pre-birthday celebration Hannah dekat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Terima kasih maktok & tokwan..

Tempat dah tersedia..

Layan birthday girl main pasir dulu..

Special posing dari birthday girl..

Birthday girl dengan babah (Birthday boy to be.hahaha)..

Best sangat lettew boleh main pasir..

Habis hati dapat main pasir pantai..

Posing nakal dari Hannah..

Hannah posing dengan tokey yang belanja dinner malam tu a.k.a tokwan Hannah..

Menu simple2 jek..

Hannah dgn tokwan, Angah Izati & Angah Judin..

Haaa..ni malam tadi birthday girl request nk makan KFC jek..

Hannah dengan Mama..

Happy Birthday Hannah sayang..

Hannah & babah..

Birthday girl a.k.a anak daddy's girl..

Last but not least..HAPPY BIRTHDAY PRINCESS MAMA & BABAH!! Mmmuaah..mmuuuahhh.. mmuaaahh..




Sunday, December 21, 2014

BERHUJUNG MINGGU DI FELDA TROLAK UTARA

Sempena dengan hari minggu memang entry bebas khas untuk hari minggu akan dicoretkan di sini. Maklumlah Isnin hingga Jumaat hari untuk mencari sesuap nasi, mengerah tenaga untuk keperluan masa depan. Hari minggu sahaja hari yang istimewa untuk dihabiskan bersama suami & anak tersayang.

Mesti digunakan dengan sebaiknya. So..minggu ni kami sekeluarga berhujung minggu di Felda Trolak Utara, Sungkai iaitu rumah mertua saya. Kebetulan banyak pulak undangan majlis perkahwinan daripada sedara-mara & juga kawan2 sekampung suami.

Plan asalnya memang nak bawak mak mertua saya ke majlis perkahwinan anak saudaranye di Kuala Kurau, Perak. Last minute plan tak menjadi disebabkan kesihatan mak mertua saya yang tak mengizinkan. Jadinya memang rezeki kami la untuk menghadiri majlis perkahwinan pemain hoki negara iaitu Mohamad Sukri bin Abdul Mutalib yang juga merupakan kenalan suami ketika aktif bermain hoki suatu masa dahulu merangkap member sekampung.

Alhamdulillah..sampai sahaja kami di tempat diadakan majlis tersebut pengantin pun sampai. Jadi dapatlah Hannah melihat & berjumpa dengan pengantin. Sekarang memang perangai Hannah kalau ke majlis perkahwinan mesti kena nampak or  jumpa pengantin dulu baru dia puas hati. Kalau tak keberangkalian taknak balik tu sangatlah tinggi. Sebab tula kalau nak ke mana-mana majlis perkahwinan mesti kena plan ke sana dekat2 dengan waktu ketibaan pengantin supaya tak perlu menunggu lama & Hannah pun tak mengamuk sebab tak dapat tengok pengantin.

Sambil tu lepas ke kenduri ambil peluanglah untuk ke bandat Sungkai untik misi mencari teh ais. Haaa..sape suruh En.Suami taknak bangun awal pagi tadi & taknak ke pekan Sungkai untuk bersarapan. Maklumlah di rumah mertua ni memang sejuk pagi2, memang malas nak bergerak keluar ke mana-mana tambahn pula setelah keletihan bekerja semalamnya. So, ni kira macam qada balik la sebab pagi tadi tak dapat ke Sungkai. Memang pe'el saya kalau balik rumah mertua mesti akan ke Sungkai.

Sampai rumah semua keletihan. So..apa lagi mencari bantal & tilamlah jawabnya. Memang satu hari yang meletihkan tapi best sebab sekali-sekala sahaja dapat balik kampung selagi En. Suami masih bekerja di waktu normal. Tapi..dengar kata minggu hadapan En.Suami dah kena masuk shif semula. Waaaa..tak sukanya!! Tapi apakan daya, tanggungjawab terhadap kerja mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kan.

Diharapkan anda juga dapat memanfaatkan hari minggu anda denga  sebaiknya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Sebelum mengakhiri entry kali ni jom kita jamu mata dulu dengan gambar2 pilihan hari ini.






Friday, December 19, 2014

TESTIMONI HOT VITA-C SR SHAKLEE!!!

Assalamualaikum semua..Sempena dengan bulan demam Vita-C SR, Vita-E & juga Collagen Powder dari Shaklee ni, hari ni saya nak kongsikan beberapa testimoni yang nyata berpuas hati dengan hasil yang mereka peroleh daripada penggunaan Vita-C SR Shaklee ini secara berterusan.

Untuk dapatkan hasil yang diinginkan tak kiralah apa produk sekalipun perlu diamalkan secara berterusan & konsisten kerana setiap individu mempunyai tempoh penerimaan yang berbeza-beza terhadap produk2 baru yang masuk ke dalam badan kita. Sedangkan kita juga sebagai manusia perlukan 'tempoh perkenalan/suai kenal" dengan seseorang individu baru ataupun apabila berada di tempat baru inikan pyla sistem badan kita yang kompleks ini. Ada sesetengah customer yang hanya baru 1 minggu mengambil Vita-C ini telahpun memperoleh hasil yang dikehendakinya manakala ada antara customer yang memperoleh hasil positif terhadap penggunaan Vita-C ini setelah pengambilan botol kedua. Apa yang penting anda jangan berputus asa dahulu sebelum anda mendapat hasilnya terutama sekali apabila anda telah serasi dengan suplemen tersebut.

JOM KITA TENGOK APA KATA MEREKA TENTANG VITA-C SR SHAKLEE INI.



Alhamdulillah, selain untuk kecantikan Vita-C Shaklee juga bertindak sebagai "immune booster" yang dapat memberi kelegaan demam. Walaupun mengambil masa untuk pulih tetapi dengan izin Allah demam customer ni dah reda & secara tidak langsung dapat mengelakkan badan kita dimasukkan 'dadah' lagi. Sihat secara semulajadi lebih membahagiakan. Saya juga amalkan pengambilan Vita -C Shaklee yang dipatahkan 2 apabila mengalami demam atau selsema.


Kulit berasa segar setelah bermasker Vita -C Shaklee!! Saya juga setuju dengan feedback cutomer ni sebab saya sendiri juga alaminya. Jangan tak tahu ye Vita -C ni selain daripada boleh di telan ianya juga boleh dijadikan masker. Cantik luar cantik juga di dalam.



Customer ni berpuas hati dengan pengambilan Vita-C ni kerana kulit tanga  dah tak berdarah lagi dek kesan kimia pada sabun pencuci baju or pinggan yang menyebabkan berlaku iritasi pada kulitnya. Vita-C juga boleh memberi kelembapan pada kulit.



Jeragat juga semakin berkurangan setelah mengamalkan Vita-C Shaklee ni. Bonus untuk customer ni bila mana masalah Eye bag pun selesai..Alhamdulillah...

Apa tunggu lagi?? Sementara bulan promosi ni lah anda perlu grab peluang yang ada untuk mencuba.

BELI 6 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL
BELI 2 BOTOL DAPAT 5% OFF

BELI 1 BOTOL DENGAN HARGA RM92.50


Thursday, December 18, 2014

BETIK DAPAT BESARKAN PAYUDARA?


Jeng..jeng..jeng.. Benarkah buah betik dapat membesarkan saiz payudara? OMG..my favorite fruit ni!! But mostly saya akan cari betik ni bila saya sembelit. 

Actually jawapan kepada persoalan di atas adalah MITOS semata-mata ye. So, anda tak perlu risau untuk mengambil betik dalam pemakanan seharian anda. 

FAKTA MENGENAI BETIK

Sebenarnya betik ni kaya dengan Vitamin A, C & kalium. Jumlah kalorinya juga sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat dalam sebiji buah betik membantu mengurangkan risiko penyakit kanser, penyakit jantung & juga strok.

10 KHASIAT BETIK

  1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. 
  2. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  3. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi. 
  5. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  6. Betik mempunyai sifat-sifat anti-radang dan sifat-sifat kejang.
  7. Sentiasa memakan betik membantu melegakan loya dan rasa loya.
  8. Betik juga sangat baik untuk rambut dan membantu mengawal kelemumur. Syampu betik adalah baik untuk rambut dan boleh diperolehi di kedai-kedai kesihatan yang banyak.
  9. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan. 
  10. Betik jus membantu mengurangkan jangkitan-jangkitan usus besar bayaran dari jangkitan, nanah dan mukus. Penggunaan yang kerap akan membantu dalam memperbaiki masalah.
So, betik ni selain untuk kecantikan ia juga mempunyai kebaikan dalam mengatasi masalah-masalah penyakit kronik seperti yang disebutkan tadi. Selain daripada buah betik itu sendiri, daun/pucuk betik & juga biji betik mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Teruskan mengamalkan pengambilan betik untuk menyokong kesihatan anda.



Wednesday, December 17, 2014

TIPS SIHATKAN RAMBUT TERUTAMA BAGI WANITA YANG BERTUDUNG

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Oleh kerana itulah kita perlu menjaga kebersihan & kesihatan rambut terutama bagi wanita yang bertudung. Hal ini adalah kerana wanita bertudung samada yang berkerjaya ataupun tidak akan menutup kepala hampir seharian yang menyebabkan kulit kepala sentiasa lembap akibat peluh. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak ditangani dengan segera. so, harini saya nak kongsi sikit tips untuk sihatkan rambut setelah seharian bertudung.


Foto Kredit : Google



Foto Kredit : Google

TIPS RAMBUT SIHAT


  • Cuci rambut setiap hari dengan syampu dan urut kulit kepala menggunakan hujung jari dengan lembut.
  • Usahakan mencuci rambut pada waktu petang agar terhindar dari sinar matahari secara langsung.
  • Jika perlu bertudung segera, keringkan rambut sebelum memakai tudung.
  • Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah. Ini bagi mencegah kerosakan rambut.
  • Ketika di rumah, biarkan rambut terlerai tanpa diikat. Ini bagi memberi kulit kepala bernafas.
  • Sikat rambut sebelum tidur dan elakkan tidur di atas rambut.
  • Amalkan suplemen untuk membantu rambut agar kekal sihat, cantik & bersinar.


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN RAMBUT


VITA-LEA

Vita-Lea Shaklee

Merupakan satu-satunya multivitamin daripada Shaklee. Ianya dapat membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk rambut kekal cantik & sihat.

Gabungan pelbagai vitamin di dalam Vita-Lea seperti Zink, Copper, Biotin, Vitamin A, Vitamin E serta pelbagai gabungan Vitamin B seperti B1, B3 dan lain-lain dapat memningkatkan kesihatan & kecantikan rambut daripada terjadinya uban di usia muda, keguguran rambut, rambut bercabang 7 berbuah serta lain-lain masalah lagi.

ENERGY SOY PROTEIN (ESP)


ESP

Seperti yang ramai dah tahu, ESP memang kaya dengan protein yang amat diperlukan badan untuk pembentukan pelbagai otot & tisu termasuklah rambut. Mengapa rambut dikaitkan dengan protein? Ini kerana rambut terbina daripada asid amino dan mengandungi 91% protein. Kulit, rambut, organ, otot dan kelenjar terbina daripada protein, di mana protein merupakan sebahagian daripada sel dalam tubuh manusia. Oleh itu, sel yang baik terbina daripada jumlah protein yang mencukupi dan diserap dengan baik. Ia membantu tumbesaran, memelihara dan memulihkan sel yang rosak. Maka tidak hairanlah jika masalah rambut gugur berkait rapat dengan kekurangan protein. 

ZINC COMPLEX 
 

Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee dapat mengatasi masalah rambut gugur & beruban.

Masalah rambut perlu ditangani sedari anda mengetahuinya kerana jika ianya dibiarkan masalah ini akan menjadi lebih serius & secara tidak langsung akan merosakkan penampilan harian anda samada anda bertudung atau tidak. 

 
Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies

***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali
 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...