Monday, July 6, 2015

5 KHASIAT TELUR KUNING YANG MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN




Kebanyakan daripada kita ada yang tak suka makan kuning telur kan? Anak saya, Hannah pun tak suka makan kuning telur dalam telur rebus kecuali kalau di buat telur dadar, telur mata atau telur separuh masak baru Hannah makan. Hairan juga sebab sebelu ni dia minat sangat telur kuning sampai berebut dengan orang lain. Haaa..mungkin selera sudah berubah kot. apa-apa pun anda perlu tahu bahawa telur kuning ni banyak khasiatnya tau. Antaranya:
Kaya Nutrisi
  • Untuk pengetahuan anda, bahagiankuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandungi protein. Rupanya khasiat sebiji telur tersembunyi disebalik telur putih.

Kaya Dengan Vitamin K
  • Jarang untuk kita peroleh Vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh 'rebut'vitamin jenis ini dalam kuning telur. Vitamin K jarang ditemui pada sayur dan buah sebaliknya anda boleh perolehinya daripda kuning telur. vitamin K sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah Osteoporosis. So, lepas ni kalau makan telur janganlah dibuang telur kuning tu ye.

Otak Sihat
  • Kuning telur juga mempunyai Vitamin B-Complex yang tinggi. Oleh kerana itu, jika anda makan kuning telur pastinya dapat meningkatkan kecerdasan otak. Khasiat ini diperlukan untuk mencegah tekanan dan alzheimer.

Penurunan Berat Badan
  • Mitos ada menyatakan bahawa apabila makan telur kuning akan menyebabkan berat badan naik dan tinggi kolestrol. Sebaliknya kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan energi tubuh walaupun anda tidak makan banyak, hasilnya kalori tubuh anda dapat digunakan secara efektif.

Mencegah Kanser Payudara
  • Seperti yang para wanita sedia maklum kanser payudara amat digeruni. Istimewa untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana mengandungi selenium. Nutirisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar.
Walau bagaimnapaun, pengambilan telur kuning berlebihan juga akan membawa mudarat kerana ia juga mempengaruhi kadar kolestrol dalam tubuh kita. Makan secukupnya dan tidak lebih 2 biji telur sehari.

Tetapi ada juga sesetengah daripada kita yang tidak suka telur. jadi, daripada mana kita boleh dapatkan nutrisi yang ada dalam telur seperti Vitamin K, B- Complex dan selenium? Selain daripada sayuran, buah-buahan dan sumber-sumber makanan lain, cara yang paling mudah untuk kita peroleh nutrisi tersebut semestinya daripada pengambilan B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Untuk mendapatkan produk Shaklee, hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

Saturday, July 4, 2015

PETUA MUDAH MEMBERSIHKAN KOTORAN TANPA MELENGUHKAN TANGAN


Petua membersihkan Kotoran di dapur

Dapur dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Eh, ke ada wanita yang tak suka masuk dapur? Saya yakin memang ada wanita sebegitu tetapi kita abaikan sahaja sebab hari ini saya nak berkongsi petua-petua mudah untuk membersihkan kotoran terutamanya di dapur tanpa melenguhkan tangan. Antara petua-petua yang telahpun saya cuba adalah seperti berikut:

1.  SERBUK PENAIK

Serbuk penaik boleh digunakan untuk membersih kotoran-kotoran degil di dapur. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menuang serbuk penaik dan air secukupnya di atas kuali. Biarkan lebih kurang 15 minit. Serbuk penaik ini dikatakan mampu menanggalkan kotoran dengan cepat.

2.  CUKA

Seperti yang kita sedia maklum cuka ni bersifat tajam dan mampu menghakis. Cuka perlu dituangkan di atas periuk atau kuali yang berminyak. Biarkan selama 10 minit sebelum anda menggosok dengan sabun.

3.  PANASKAN PERIUK

Jika kotoran masih terlekat, anda mungkin boleh mencuba untuk memanaskan kembali periuk atau kuali supaya minyak mencair terutamanya lemak-lemak makanan. Selepas itu, tuangkan air suam dan bersihkan dengan sabun dan air suam.

4. GUNAKAN BASIC H

Sekarang segala kerja rumah saya terutamanya di dapur menjadi mudah dan lebih yakin kerana kandungannya adalah semulajadi & selamat. Saya dah tak risau sekiranya anak saya Hannah hendak menolong saya membersihkan pinggan atau botol susunya kerana Basic H tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang merbahaya seperti phospate yang mungkin boleh membahayakan kanak-kanak jika terkena mata dan sebagainya. Basic H dihasilkan daripada bahan-bahan yang berasal daripada kelapa dan jagung.


Oleh yang demikian, sangat sesuai digunakan oleh mereka yang alergik terhadap sabun dan lain-lain bahan pencuci. Kegunaan Basic H adalah 1001 macam. Penggunaan Basic H juga amat menjimatkan kerana sehingga kini setelah 3 bulan menggunakannya untuk menyelesaikan pelbagai urusan surirumah masih belum habis separuh botol.

Kesimpulannya, kita mempunyai banyak pilihan dalam apa jua yang kita lakukan. Jika ada produk yang selamat digunakan seisi keluarga apa salahnya kita mencuba kan?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.

Hubungi segera: 

FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse
pm/whatsapp/call : 012-3464964
WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali

Friday, July 3, 2015

5 BAHAYA KERINGKAN PAKAIAN DALAM RUMAH



Saya tahu mesti ramai antara kita yang sidai pakaian dalam rumah kan especially mereka-mereka yang bekerja. Almaklum la keluar rumah seawal pagi dan sampai rumah pula dah malam. 5 hari seminggu bekerja hanya punya hari minggu sahaja untuk selesaikan kerja rumah dengan lebih sempurna tetapi takkan nak tunggu hari minggu baru nak basuh baju kan? Kalau isirumah ramai mesti hari-hari bakul pakaian kotor akan penuh kan?

Sedangkan saya yang hanya tinggal bertiga pun hari-hari bakul pakaian kotor penuh. Nak tak nak memang terpaksa basuh pakaian 2 hari sekali dan semestinya sebelah malam. Memandangkan dirumah takde pengering jadinya terpaksa keringkan manually dengan menyidai pakaian di ampaian. Jadinya, kadang-kala sesudah subuh saya akan menyidai pakaian di luar rumah tetapi kadang-kala apabila terlalu mengejar masa atau hari mendung atau hujan memang saya akan menyidai pakaian di dalam rumah, di dalam bilik belakang. Bila hari mula mendung, rasa tak yakin nak biarkan pakaian disidai diluar memandangkan rumah yang baru saya duduki bulan March lepas masih belum dipasang awning.

Sambil membelek-belek majalah Mingguan Wanita, terbaca pula info bahawa menyidai atau menjemur pakaian dalam rumah boleh membawa kepada masalah kesihatan. So, saya kongsikan di sini info tersebut supaya dapat memberi manfaat dan menjadi rujukan di kemudian hari.

BEBERAPA ALASAN MENJEMUR PAKAIAN DALAM RUMAH BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN

  1. Boleh Mededahkan Diri Kepada Kanser
  • Risiko kanser ini datangnya daripada pelembut fabrik atau pakaian yang mempunyai kandungan acetaldehydes yang tinggi. So, lepas ni kita perlu mengambil tahu kandungan bahan tersebut dalam pelembut fabrik kesukaan kita sebab sudah semestinya kita akan menggunakan pelembut fabrik untuk memastikan pakaian kita berbau wangi dan segar.
       2. Pengaruh Alergi
  • Jika anda mempunyai masalah alergi pada kulit atau sebarang masalah yang melibatkan  gangguan pernafasan, maka anda perlu mengubah habit menjemur pakaian dalam rumah kerana udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Ini adalah salah satu faktir utama anda mengalami alergi seperti ruam dan gangguan pernafasan.
       3. Beracun
  • Pernah tak anda basuh pakaian lepas tu terlupa nak sidai untuk satu tempoh masa yang lama? Sesudah anda pulang dari kerja dan anda dapati pakaian tersebut sudahpun berbau busuk walaupun semasa anda membasuh tadi anda telahpun meletakkan pelembut fabrik. Itulah racunnya. kemudiannya, udara tersebut disedut dan lama-kelamaan akan memberi kesan buruk pada kesihatan anda tanpa anda sedari.
       4.  Penyakit Asma
  • Pengeringan pakaian di dalam ruangan rumah akan menyebabkan peningkatan kelembapan dan secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan pada debu. Ini adalah satu alasan utama yang menyebabkan asma dan alergi.
      5. Lemahan Sistem Ketahanan Tubuh
  • Jika anda selalu melaksanakan aktiviti menjemur pakaian dalam rumah, lama-kelamaan akan menyebabkan sistem ketahanan tubuh anda menjadi lemah. So, adalah tidak pelik sekiranya anda atau keluarga sering diserang selesema, batuk ataupun demam dan juga penyakit-penyakit lain.
Kesimpulannya di sini, kita perlulah memaksimakan aktiviti menjemur pakaian di dalam rumah jika kita sayangkan keluarga kita. Saya akui, kadang-kala atas sebab-sebab tertentu kita terpaksa menjemur pakaian kita di dalam rumah kerana bukannya semua dari kita mampu atau gemar untuk ke dobi untuk mencuci kering pakaian. Sebagai seorang wanita perlulah sedaya upaya memastikan yang terbaik buat keluarga kita.

Gambar Ihsan: Google

Thursday, July 2, 2015

BENARKAH PRODUK MILK BOOSTER DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU?

 

 

Sengaja saya pilih tajuk ini untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan juga ilmu dari hasil pembacaan saya agar kita sama-sama dapat memahami konsep penyusuan ini terutama buat bakal-bakal ibu. Jika soalan tersebut diajukan kepada saya, saya akui produk milk booster atau penggalak susu ibu banyak membantu saya meningkatkan dan memperbanyakkan susu ibu sehingga saya dapat menyusukan Hannah sehingga usianya 2 setengah tahun. Perasaan saya? Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana Allah telah izinkan & permudahkan niat saya untuk menyusukan Hannah sehingga umurnya 2 setangah tahun.


TAPI..produk milk booster bukanlah 100% yang membantu kerana anda perlu tahu dan faham hakikat bahawa menyusukan anak adalah perkara yang bersifat semula jadi dan memang fitrah manusia. Allah telah menciptakan setiap wanita yang mengandung dan melahirkan boleh menyusukan bayinya asalkan ada kemahuan dan niat sejak awal lagi. Kebanyakan wanita sekarang semuanya nak yang ekspress terutamanya wanita-wanita yang berkerjaya termasuklah saya satu ketika dahulu. Apabila dari awal otak dah set dengan "susu badan tak ada", "anak asyik menagis kerana tidak kenyang" dan lain-lain pemikiran negatif maka secara automatik kita sudah menghantar mesej salah kepada otak yang akhirnya menjejaskan pengeluaran susu ibu. Jangan lupa ye, setiap apa yang kita cakap dan minta adalah satu doa.

Setelah saya disahkan hamil memang saya dah pasang niat mahu menyusukan anak saya dengan susu ibu. Walau bagaimanapun, akibat daripada kekurangan ilmu penyusuan ini, saya jadi kelam kabut dan stress bila hari pertama melahirkan Hannah susu badan saya tiada. TIADA LANGSUNG! Semasa di wad bersalin pula memang Hannah dah pandai nak melekap saja dengan saya dan apabila diletak di katilnya mulalah dia menangis. Sedih hati seorang ibu bila di pemikiran ibu ni si anak sedang kelaparan. Akhirnya, terpaksa la juga singgah kedai beli susu formula setelah dibenarkan keluar hospital. Hari ketiga dah start mengurut. Lepas mengurut tu susu keluar memancut-mancut sampai baju asyik basah dan boleh buat stok lagi. Pada hari ketiga juga barulah Hannah dapat menikmati susu ibu yang pertama yang kaya dengan kolostrum. Alhamdulillah sekali lagi. Apa itu kolostrum? Nanti saya akan share di dalam entry seterusnya. In Shaa Allah.

Walaupun susu badan dah ada but still saya masih berikan Hannah susu formula sebab pemikiran cetek saya ni yang mana saya takut pengasuh Hannah tak dapat uruskan EBM dengan baik dan atas permintaan pengasuh Hannah juga untuk memberikan susu formula sebab katanya Hannah akan cepat kenyang. Saya hanya menyusukan Hannah sepenuhnya pada sebelah malam dan juga pada hari cuti. Sehinggalah saya bertukar pengasuh Hannah pada usia Hannah setahun. Ummi Hannah siap offer lagi untuk berikan Hannah susu EBM sekiranya ada stok. Alhamdulillah, dari situlah saya semakin bersemangat untuk buat stok EBM walaupun untuk bekalan harian sahaja dan walaupun ketika itu Hannah sudahpun makan makanan pejal. Setiap hari bekerja saya akan luangkan masa 5 hingga ke 15 minit untuk mengepam dengan konsisten sebanyak 3 kali sehari. Syukur daya dikurniakan seorang Pengurus yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Bermula daripada pengasuh kedua lah saya mengamalkan Alfafa dan ESP untuk membekalkan tenaga dan juga membantu memperbanyakkan susu ibu. Sehingga kini saya mengamalkannya walaupun sudah tidak menyusukan Hannah lagi. Kini, saya masih lagi belajar, saya masih lagi menggali ilmu-ilmu berkaitan penyususan kerana saya sudah memasang niat dan keazaman untuk fully breastfeed anak yang kedua (jika dikurniakan rezeki oleh Allah untuk hamil zuriat yang kedua).

Kesimpulannya di sini, ibu-ibu perlu mempunyai ilmu dalam penyusuan ini dan jangan mudah berputus asa. Para ibu sendiri perlu memahami formula penghasilan susu ibu iaitu asas "supply and demand", menjadualkan waktu pengepaman, mengambil makanan yang berkhasiat, minum air masak yang mencukupi, menjaga pemakanan dengan diet yang seimbang dan menyerahkan 100% pergantungan hanya kepada Allah. Secara logiknya, jika badan ibu letih dan lesu serta stress sahaja memanjang, memang susu akan berkurangan. Jadi, si ibu memang perlukan milk booster atau suplemen sebagai salah satu ikhtiar untuk membantu ibu-ibu kembali bertenaga, sihat dan cergas agar penghasilan dan kepekatan susu ibu tidak terjejas.



GASTRIK BUKAN HALANGAN UNTUK BERPUASA


Gastrik adalah salah satu topik yang saya amat minati sebabnya saya juga mempunyai gastrik since sekolah menengah lagi. Lama kan? Gastrik saya semakin teruk bila saya sudah bekerja sebabnya saya ni termasuk kategori workaholic kot. Since saya mula2 kena gastrik until sekarang tak pernah sekalipun saya tinggalkan puasa kerana gastrik. Seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini, gastrik bukanlah penghalang untuk saya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Hopefully anda juga tidak menjadikan alasan gastrik untuk tidak berpuasa ye.


APAKAH PENYAKIT GASTRIK?


Gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hiakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut (Gastrik Akut) atau terjadi secara perlahan (Gastrik Kronik). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus asid perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

PUNCA-PUNCA GASTRIK


Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik terjadi antaranya:
  • Jangkitan kuman (Helicobacter Pylori)
  • Pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan.
  • Pengambilan makanan secara tidak menentu.
  • Peningkatan usia
  • Tekanan perasaan

SIMPTOM-SIMPTOM GASTRIK


Lain orang lain simptomnya. Antaranya adalah seperti:
  • Sakit pada bahagian atas perut. Tahap kesakitan ini mungkin akan kurang atau semakin teruk selepas pengambilan makanan.
  • Kembung perut.
  • Loya dan muntah.

Jika anda mengalami gastrik terutamanya di bulan Ramadhan ini sudah tentu akan mengganggu ibadah puasa kita. Walau bagaimanapun, jika sekiranya anda mengalami gastrik semasa berpuasa anda dinasihatkan untuk tidak terus berpuasa dan segera berjumpa doktor kerana jika dibiarkan masalah gastrik anda akan menjadi lebih teruk.

BAGAIMANA SAYA MENGATASI MASALAH INI?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Hubungi segera: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali


Wednesday, July 1, 2015

DOAKAN KEJAYAAN "SPEEDY TIGERS" UNTUK KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK DI BRAZIL 2016


Hati berdebar-debar tatkala menantikan detik 12 tengah malam untuk menonton The Speedy Tigers iaitu pasukan Hoki Malaysia yang akan berentap dengan India pada malam ini. Perlawanan antara Malaysia dengan India akan disiarkan secara langsung pada jam 12 tengah malam semestinya waktu Malaysia. Jom sama2 kita doakan kejayaan mereka agar dapat melayakkan mereka ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada tahun hadapan.

The Speedy Tigers
Gambar Ihsan: MStar

Menceritakan sejarah hoki ni saya sebenarnya memang tak minat sukan & tak tahu-menahu disiplin permainan hoki ni. Saya mula jatuh cinta dengan sukan hoki sebab Ex Boyfriend saya a.k.a my husband now selalu sangat bawak saya dating di Stadium Hoki. Hahahaa.. Tak sangka juga saya berkahwin dengan adik kepada Penjaga Gol Hoki Malaysia, Roslan Jamaluddin & abang kepada Izad Hakimi Jamaluddin. Until now jika ada perlawanan hoki yang melibatkan adik ipar & abang ipar saya, pastinya kami akan sampai ke tempat perlawanan jika ada kelapangan. Semua 7 beradik sebelah suami saya akan berkumpul untuk sama-sama menyaksikan perlawanan secara live.

Berada dalam keluarga hoki menyebabkan saya juga terjebak dengan hoki. Even my Hannah pun akan excited untuk melihat perlawanan daru mula sampai habis game. Tengoklah malam ni jam berapa agaknya my Hannah akan tidur. Sekaran pun dia dah standby depan TV dengan babahnya.

Ok, jom get ready depan TV untuk menyaksikan perlawanan The Speedy Tigers menentang pasukan India. Semoga kemenangan milik pasukan The Speedy Tigers. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia mendoakan anda wahai The Speedy Tigers.

Good Luck Abang Iparku & Adik Iparku..

SALAM 15 RAMADHAN: KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG HARI

Assalamualaikum semua..

Pejam celik..pejam celik kita dah pun sampai ke pertengahan Ramadan iaitu dah pun 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia & diberi kesempatan untuk bertemu lagi & menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Alhamdulillah juga pada tahun ni dapat sambut 1 Ramadan di rumah keluarga saya di Alor Setar Kedah bersama-sama ayah dan emak. Sayangnya satu-satunya adik saya tak dapat join bersama berikutan tidak mendapat cuti. Almaklum la, tinggal di Selangor memang tiada cuti untuk awal Ramadan kan. Saya & Mr. J memang dah lama planning cuti ni.

Macam biasa bila balik berpuasa di kampung halaman terasa best sebab dapat makan masakan ibunda tercinta selain daripada dapat ke bazar2 Ramadan yang superb best. Bazar Ramadan favourite saya of course la di depan Billion & juga di sekitar kawasan Stadium Darul Aman. Saya berkesempatan pergi ke bazar Ramadan dari 1 hingga 3 Ramadan. Biasa la kan di awal-awal Ramadan memang sangat sesak dengan lautan manusia pelbagai kaum. Tapi kali ni ada 1 air istimewa yg saya jumpa di bazar berhadapan dengan Billion iaitu Teh Ais "Green Tea". Teringat-ingat kesedapan air tu sampai sekarang. Menu favourite lain-lain tu biasa la macam bihun sup utara, ayam golek dan lain-lain. Tapi menu yang paling win semestinya air Teh Ais "Green Tea" & Teh Bunga Madu.

Berpuasa tahun ni rasa lebih bertenaga, sihat & cergas. Almaklum la saya ni ada gastrik kan. Haippp..gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa tau. Kawan office pun tegur muka glowing je, cergas je macam tak puasa. Alhamdulillah boleh bekerja seawal sahur hinggalah menutup mata untuk tidur. Saya sendiri rasa berbeza dengan Ramadan2 lepas sebab saya dah tak perlu berebut surau untuk take a nap di waktu rehat tengah hari yang hanya setengah jam itu. Kadang2 tak sedar pun dah sampai waktu rehat rupanya. hahaha..

Apa rahsianya?Jeng..jeng..jeng..takde yg istimewa pun. Selain daripada niat berpuasa & menjaga sahur saya juga amalkan & konsisten mengambil ESP, Ostematrix, Vitamin C & juga Peppermint Ginger Plus. Selain dari itu, saya juga amalkan pengambilan Lecithin & Alfafa Complex selepas berbuka. Alhamdulillah dah  masuk 15 hari puasa ni masalah gastrik takde pun menyerang & saya takde pun buat spare ubat-ubatan khas untuk gastrik. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Selain dari suplemen yang saya nyatakan tadi, bagi anda yang nak kekal cergas & bertenaga boleh juga amalkan 3 serangkai ni.

Produk Hot Shaklee



Seisi keluarga boleh amalkan 3 serangkai ni. In shaa Allah anda dapat lalui & laksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Macam mana cara nak dapatkannya? Senang saja..Hubungi saya seperti details di bawah.

Hubungi segera: 


FB Page: Ilhamku Hannah Vitahouse

pm/whatsapp/call : 012-3464964

WeChat : amerainies


***COD sekitar Bukit Beruntung, Rawang, Rasa, Serendah, Batang Kali




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...