Rata-rata ibu bapa pasti pernah mengalami perkara ini. Tidak kira sama ada ibu bapa baru atau yang telah berpengalaman. Saya juga tidak terlepas dari melalui permasalahan kembung perut terhadap anak saya semasa Hannah masih bayi. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kembung perut pada bayi & banyak juga cara untuk mengatasi permasalahan ini.
Sebagai seorang ibu terutamanya yang baru bergelar ibu, semestinya akan merasa risau & rungsing apabila anak kerap menangis, meragam & menunjukkan rasa tidak selesa akibat kembung perut ini. Selain daripada itu, bayi yang mengalami kembung perut akan mengalami gangguan tidur & selera makan yang berkurang. Jika bayi yang menyusu, mereka akan kerap 'termuak' atau dengan kata lain memuntahkan semula susu tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut Pakar Pediatrik & Kardiologi Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Dr. Long Yew Giin, masalah kembung perut yang berlaku pada kanak-kanak & bayi adalah perkara biasa. Kembung perut biasanya berlaku semasa bayi berusia beberapa minggu setelah dilahirkan & akan berlarutan sehingga bayi berusia 3 hingga 4 bulan. Kembung perut bukanlah 1 penyakit tetapi merupakan sebahagian daripada sindrom.
SEBAB-SEBAB TERJADINYA KEMBUNG PERUT PADA BAYI
Sehingga kini masih belum ada sebab-sebab konkrit terhadap permasalah kembung perut pada bayi ini. Ada beberapa teori yang mengatakan bahawa permasalahan ini berkait rapat dengan:
- Masalah alahan kepada protein susu lembu
- Alahan kepada laktosa
- Usus belum matang
- Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna
- Cara penyusuan samada terkurang atau terlebih susu
- Kurang/tidak sendawakan bayi selepas menyusukan bayi.
Hal ini boleh menyebabkan kembung perut akibat angin yang berlebihan dalam perut.
LANGKAH TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT DARIPADA BERULANG
- Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika dia merengek
- Selimutkan bayi agar dia berasa tenang
- Dodoikan bayi secara lembut
- Kurangkan bunyi bising di sekitarnya
- Bawa bayi bersiar-siar
- Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas
- Amalkan teknik penyusuan yang betul
- Jika bayi menyusu menggunakan botol pastikan pemilihan botol susu & puting adalah bersesuaian
- Sendawakan bayi di setelah setiap penyusuan selesai.
Diharapkan info ini dapat membantu para ibu & bapa dalam menangani masalah ini.
Sumber: Utusan Malaysia, 2 Oktober 2014
1 comment:
Pada saat bayi kembung pasti akan sangat mengkhawatirkan orang tuanya, cara mengatasi maslah kembung pada perut bayi yang dituangkan dalam artikel ini dapat dijadikan sebagai alternatif dalam menyembuhkannya.
Post a Comment