Bakal-bakal ibu yang bakal melahirkan samada buat pertama kali ataupun yang telah berpengalaman pastinya akan memikirkan tentang cara untuk mengatasi jaundis/demam kuning bayi kan? Kebanyakan dari bayi-bayi yang baru lahir akan menghidapi jaundis ini samada yang teruk ataupun tidak dari segi bacaan darah. So, hari ni saya nak kongsi beberapa petua atau amalan yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu semasa dalam tempoh kehamilan ini untuk pencegahan awal daripada bayi terkena jaundis.
Semoga dapat menjadi rujukan dan manfaat untuk kita semua termasuklah saya. Antara petuanya adalah seperti:
1. Amalkan meminum susu kambing 2 cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.
2. Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500ml sehari.
3. Amalkan makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air dengan dicampur 5 sudu madu setiap hari.
4. Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.
5. Amalkan minum air kepala muda setiap hari ketika hampir bersalin kerana air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan jaundis.
Alhamdulillah, saya ada mengamalkan 3 daripada 5 petua di atas seperti mengambil kurma sebagai snek harian saya sehinggalah ke saat hendak bersalin. Saya juga mengamalkan pengambilan madu serta minum air kepala muda yang agak kerap semasa trimester akhir kehamilan. Walaupun Hannah juga terkena jaundis tetapi jaundis nya cepat turun dan tidak berpanjangan. Alhamdulillah Hannah dilahirkan dengan sihat, rambut dan kulit kepala yang bersih serta kulit yang gebu.
2 comments:
Info yang menarik ni...anak kedua saya takda jaundis..tp anak 1st teruk juga..
Masa anak 2nd amal susu kambing dgn pati delima..ank tk jaundis...yg sulung teruk juga
Post a Comment