Tuesday, July 14, 2015

TIPS UNTUK ELAK MENGANTUK KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN



Lebih kurang 2 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya masing-masing sudah tidak sabar untuk pulang berhari raya di kampung halaman kan? Saya juga begitu. Semestinya bakal pulang ke kedua-dua kampung halaman di Kedah dan juga Perak.


Walau di mana sahaja kampung halaman anda pastikan anda merancang perjalanan terutama bagi mereka yang memandu bersendirian. Pastikan anda tidak mengantuk untuk mengelakkan sebarang masalah dan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Jadi, sebelum anda pulang ke kampung halaman, jom tengok tips yang saya kongsikan ini untuk mengelakkan anda mengantuk. Mudah-mudahan info yang dikongsikan ini dapat membantu anda.

Antara tips nya adalah:
  •  Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan
Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya terutamanya tidur yang mencukupi. Untuk memandu berseorangan ataupun bersama keluarga sekalipun untuk perjalanan yang jauh anda perlu memastikan tubuh badan anda sihat dan berada dalam keadaan yang tenang. Kadang-kala keadaan stress boleh membuatkan anda hilang tumpuan pada pemanduan. Jangan sesekali memaksa diri untuk memandu dalam keadaan stress atau mengantuk kerana ianya akan mengundang bahaya. Apabila anda berasa letih atau mengantuk, berehatlah seketika di RnR yang disediakan oleh pihak lebuhraya.

  • Elak memandu berseorangan
Seeloknya bawalah seorang rakan atau ahli keluarga sebagai teman berborak anda agar anda tidak mudah berasa bosan dengan perjalanan yang panjang atau mengalami kesesakan. Pelbagai topik boleh dibualkan untuk mengelak mengantuk. Jika anda keletihan untuk meneruskan perjalanan sekurang-kurangnya kawan anda boleh mengganti anda untuk meneruskan perjalanan. Saya juga mengamalkan perkara yang sama. Takkan saya biarkan Mr. J memandu bila dia kelihatan letih atau mengantuk. Pelbagai topik yang akan kami borakkan untuk menceriakan suasana. Jika kedua-dua kami tak mampu untuk meneruskan perjalanan, kami akan berhenti di tempat yang cerah & tidak sunyi di RnR yang disediakan untuk tidur seketika melepaskan keletihan.

  • Pasang radio atau lagu secara kuat 
Saya rasa cara ini ramai yang praktikkan kan? Bukan sahaja untuk perjalanan jauh, malah untuk ke tempat kerja sekalipun tetap akan saya pasangkan radio dengan kuat untuk elak mengantuk dan stress menghadapi kesesakan jalanraya. Memandu dalam keadaan yang terlalu sunyi terutamanya di waktu malam memang akan cepat membuatkan kita rasa bosan & mengantuk. Pasanglah lagu-lagu kesukaan anda. Untuk pulang ke kampung berhari raya pastinya seronok apabila dapat memasang & mendengar lagu-lagu raya yang evergreen.

  • Berehat sekejap jika perlu
Seperti yang saya katakan di atas tadi, sememangnya saya dan Mr. J akan berhenti di mana-mana RnR yang berdekatan untuk tidur atau berehat seketika sekiranya kedua-dua kami tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Ada kalanya kami akan berhenti untuk minum atau makan dan membetulkan segala urat-urat dan otot-otot untuk recharge tenaga semula. Bila rasa sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan kami akan mula bergerak semula.

Jangan merisikokan diri anda dan kelurga semata-mata ingin sampai cepat di kampung halaman.

"Berhati-hati dalam pemanduan...Biar lambat sampai asalkan selamat... Ingatlah orang yang tersayang"

SELAMAT BALIK KAMPUNG & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

2 comments:

Unknown said...

Tips yang berguna....selamat hari raya....

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik dan sangat berguna untuk diamalkan oleh para pemandu yang mengantuk ketika memandu. Untuk mencegah mengantuk kita juga digalakkan untuk merancang masa perjalanan kita agar tidak tersekat di dalam kesesakan jalan raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...