Thursday, November 27, 2014

5 TEMPAT MAKAN BEST DI ALOR SETAR YANG WAJIB ANDA CUBA!


Kepada peminat-peminat makanan & suka mencuba masakan dari pelbagai negeri "mai sini kami nak habaq". Haa..faham tak dengan ayat di atas tu? Senang je ye. Jangan confuse pula dengan perkataan kami tu sebab orang utara bahasakan diri "saya" tu sebagai "kami".

Memandangkan saya memang berasal daripada Alor Setar, Kedah banyak tempat makan yang best sebenarnya. Kadang-kadang kedai tu macam gerai biasa je tapi masakan ramai, meja penuh & membuatkan orang akan berulang-ulang untuk berkunjung. Saya akan senaraikan 5 tempat makan best di sekitar kawasan Alor Setar yang WAJIB anda cuba bila berkunjung ke sini dan yang pastinya saya pun akan berulang ke tempat makan ini setiap kali pulang ke Kedah.

1.  PAK YA LAKSA TELOK KECHAI

Laksa ni best sebabnya kuah dia lain daripada yang lain yang tak pernah saya jumpa di mana-mana. Menggunakan laksa beras & bahan-bahan lain seperti timun, bawang dan cili padi bagi sesiapa yang sukakan pedas. Tapi...yang paling best laksa ni disertakan sekali bersama "sambal nyok" & hirisan pucuk putat yang dihiris halus. Terbayang-bayang dah ni kesedapannya. Kedainya memang terletak di Jalan Teluk Kechai, Alor Setar. Laluannya menghala ke Jeti Kuala Kedah ke Langkawi. Senang nak cari sebab tepi jalan je.

Gambar Ihsan dari Google

Gambar Ihsan dari Google

2.  NASI ROYALE

Nasi Royal ni macam nasi kandar. Nasi dia berwarna kuning gitu. Kat Alor Setar ni ada banyak cawangan tapi yang paling saya suka makan adalah di Pantai Johor, berdekatan dengan Istana Anak Bukit. Bermacam-macam jenis lauk yang disajikan antaranya daging masak hitam, ayam goreng, ayam masak merah/madu, udamg goreng, ketam goreng dan lain-lain. Yang membuatkan nasi royal menjadi igauan ramai sebab mix & match kuahnya. Nasi Royal ni sangat terkenal sampaikan terpaksa beratur panjang. Tapi jangan risau jika anda ke cawangan ini servisnya adalah tip top & ad juga kedai-kedai lain yang menyediakan makanan tempatan lain.


Pelbagai lauk disediakan di Kedai Nasi Royale

Siap sedia untuk masuk mulut

3.  GULAI PANAS ORI KAK YANG

Gulai ikan temenung (kembung) yang sangat marbeles!!! Tiap kali balik Kedah memang saya & family takkan lepaskan peluang untuk bersarapan di sini. Sarapan pun dah makan gulai ikan ok. Jangan main-main. Lokasinya terletak di Pasar Nelayan, Seberang Kota yang juga di Kuala Kedah. Memang sedap apabila di makan bersama ulam-ulaman & sambal belacan. Kat kedai tu boleh juga request untuk masakan lain misalnya anda membeli udang fresh & ingin makan di situ, then boleh minta Kak Yang masakkan  udang tersebut seperti udang goreng ke, udang masak masam-manis ke tapi akan dikenakan cas berasingan la. Menikmati gulai ikan temenung dengan suasana riuh-rendah di pasar memang best. Anda mesti cuba!!!

Nampak biasa tapi boleh buat bertambah nasi tau
Ni la kedainya Gulai Panas Ori Kak Yang

4.  BURGER GEMILANG

Menyediakan pelbagai jenis western food. Terletak di tepi jalan juga iaitu di Medan Kota, Alor Setar. Senang nak di cari. Sebut je Gemilang semua orang tahu. Burger Gemilang ni juga ada banyak cawangannya tapi saya selalu makan dekat Medan Kota, Jalan Pegawai sahaja. Walaupun namanya Burger Gemilang tapi saya sangat sukakan Chicken Chop nya. Memang sedap & harga berpatutan.
Gambar Ihsan Google: Kedai Gemilang Burger

Gambar Ihsan Google: Burger Daging Special

Gambar Ihsan Google: My Favourite Chicken Chop di Gemilang Burger

5.  MEE SHAREEF & KOTEOW KERANG ZAN

Kedai ni memang kedai favourite saya dari zaman sekolah rendah lagi. Terletak di Jalan Kampung Seberang Perak, Alor Setar. Anda boleh melalui Burger Gemilang untuk sampai ke sini. Saya & emak saya memang sukakan Koteow Kerang Zan ni sebab kerangnya fresh & banyak. Ayah & adik saya pula sukakan Mee Shareef ni. Jadi bila makan di sana memang akan ada 2 pinggan Mee Goreng / Mee Rebus Shareef dengan 2 pinggan Koteow Kerang Zan.
Kedai Koteow Kerang Zan masa ni baru nak buka. Hanya berdepan dengan Kedai Mee Shareef je.
Kedai Mee Shareef
Mee Goreng Yummylicious..

Banyak lagi sebenarnya tempat makan yang menarik di Kedah, terutamanya di Alor Setar ni. Nanti saya blogkan lagi ye agar dapat memberi inspirasi kepada semua food lover samada dari Kedah sendiri ataupun luar daripada Kedah.

Jangan lupa try na!!!

9 comments:

Unknown said...

Nmpk sedap...dulu dok kedah 3 tahun taping tak tau pun tempat- tempat...

Suzaini Ismail said...

Sebenarnye banyak lagi tempat makan best area Alor Setar especially nya. Nanti kalau ada kesempatan bolehlah dtg lagi ke Kedah. Boleh roger-roger saya.

Sheikh Hj. Abdul BARI Al-Muhammad Shahib Mirbath said...

Ya benar sekali. Tok dah pekena..alhamdulillah sangat baik

Sheikh Hj. Abdul BARI Al-Muhammad Shahib Mirbath said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Suzaini Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Suzaini Ismail said...

Terima kasih tok..Tok dah ke semua tempat seperti yang tersenarai ke?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh suggestkan kat saya tak kedai makan yg buka waktu tengahari sampai malam?

Suzaini Ismail said...

Waalaikumussalam Fiera..kalo ikut dalam 5 tempat makan dalam entry ni..antara yg buka dr tengahari macam Pakya Laksa Telok Kechai, Gulai Panas Ori Kak Yang tu dari pagi pun dah buka. Yang lain2 tu start petang lepas Asar pun dah buka. Selamat mencuba!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...