Wednesday, November 5, 2014

BUANG TOKSIN DALAM BADAN DENGAN ASPARAGUS


Asparagus

Kehadiran toksin dalam badan kita akan menyebabkan kita sering keletihan, tidak bermaya, badan terasa berat, insomnia, daya ingatan & tumpuan lemah, masalah sistem pencernaan, masalah sendi, masalah kulit dan lain-lain. Antara sayuran yang boleh menyahtoksin dari badan kita adalah seperti asparagus.

Asparagus pasti sahaja tidak asing bagi ‘vegetarian’ atau peminat setia sayur-sayuran. Ada yang mengenalnya sebagai tanaman herba yang memliki ketinggian 100-150 cm juga tidak mengeluarkan bunga. Banyak manfaat yang ada pada tumbuhan ini
 
Asparagus atau dikenali sebagai ‘asparagus officinalis’ dan berasal daripada keluarga ‘liliaceae’, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.
 
Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.
 
Ha, kalau anda nak tahu, jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ‘eczema’ dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

Peminat jenis sayuran ini pastinya gembira kan sebab disebalik menjadi sayuran kegemaran secara tidak langsung ianya memberi kebaikan dengan menyingkirkan toksin dari badan anda.

Sumber

4 comments:

anmashealthcare said...

Asparagus ni biasa nama kampungnya apa ya?

:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Unknown said...

sedapnya asparagus.. goreng dgn butter ckit.. hehe
CARA RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERKESAN

Suzaini Ismail said...

Biasa memang panggil asparagus je sis..:)

Suzaini Ismail said...

Betul tu Fisha..Disebalik kesedapan dia ada khasiat nye juga untuk kesihatan kan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua kengkawan yang mengenali diri ini. Maaf zahir & batin daripada keluarga kecilku ini at...